Indonesia
Isnin, 22/5/2017
Selamat Siang, Jakarta
***
Mencari VOC Galangan
Sebelum pulang, kita pergi cari VOC Galangan dulu. Sebenarnya tempat ni sebuah gudang, yang kalau ikut pembacaan GB, gudang art. Bangunan lama tinggalan Belanda. Dan art. Menarik tak menarik?
Bagi GB menarik sebab ia ada sangkut paut dengan sejarah dan seni dan architecture. Lagipun rasanya tak ramai orang ke sini, so why not kan?
Ok dah jumpa!!! |
Berusia hampir 400 tahun, aura sejarahnya sangat terasa bila masuk ke sini. Tak ada orang pun. Ada restoren tapi malam baru bukak. Ada lawn yang luas. Dan cocok untuk events, mainly for wedding reception.
Jadi apa yang kita buat di sini, hanya meninjau-ninjau mana yang patut. Masuk restoren kosongnya. Naik tingkat atas. Dan masuk toilet.
Bangunan lama ni memang sesuatu sangat. Kalau boleh tak payah fikir sangat, cepat-cepat habiskan urusan dan keluar. Masa masuk toilet sorang-sorang, rasa semacam sikit.
Tapi kagum jugak tengok bangunan hampir 400 tahun masih utuh di Kota Jakarta ni.
Inside the restaurant |

Off - To airport
Sebenarnya sebelum pegi airport, kita singgah beli barang sikit. Macam biasa kalau jalan-jalan tu, shopping adalah aktiviti paling last sekali. Kadang-kadang rushing beli kat airport aje. And of course dah takde benda nak buat, kita tengok aje lah apa yang jalanan di Jakarta boleh offer...
Sekian. Esoknya masuk keje. Macam tak biasa... :'D

akhirnya tamat la kahkahkah
ReplyDeletekenapa ko hamek gambo tume fattah tgh cuci yak yak...
ReplyDeletetp seram ja masuk toilet tu.. sebab tu suruh korang tunggu masa basuh yak yak fattah.. ahahahaa