Hari terakhir. Nyaman sungguh rasa terjaga pagi-pagi di kota ini. Rasa selamat dan aman. Terasa bagaikan terlindung. Terlindung disebabkan adanya 'rampart' yang mengelilingi kota ini. Kota tua berusia ratusan tahun tinggalan Portugis. Kota yang sudah saksikan macam-macam sejak berabad lamanya.
Banyak yang menarik untuk dibaca tentang kota ini. Sumber terdekat dah tentu lah Wikipedia. Tapi kalau digali lagi rasanya lebih banyak dan lebih menarik!
The Morning Dew
Cantik sungguh view dari dorm kita. Susah nak move on sebenarnya. Tapi tak boleh berlama-lama di balkoni. Kena cepat bangun, mandi dan bersiap. Sebab mentari sangat pantas meninggi.
The Morning Stroll
Masih terlalu awal untuk sarapan. Sisa-sisa cahaya terbit mentari masih ada lagi. Jadi, jom kita jalan-jalan dulu!
Kota ini telah mulai hidup. Orang jogging, jalan-jalan amik angin, baru balik surau.
![]() |
I'm sooo gonna miss this view after this! |
![]() |
Kite terserempak dengan local people ini, tidak putus-putus kata-kata nasihat supaya mengingati Allah. Alhamdulillah... semoga beliau diberi pahala berkekalan.. Amin... |
Setiap sudut di kota ini perlu ditinjau. Sebab percayalah, banyak sangat yang cantik dan unik untuk dihargai. Betul-betul heaven untuk pencinta seni. Pencinta sejarah. Dan pencinta fotografi.
The locals are also interesting!
Dan tuktuk jual roti ini. Comel sangat! Dari jauh boleh dengar lagu apa tah GB tak tau tajuk menandakan tuktuk roti sedang ada di kawasan!
And found this loving father with his newborn daughter...
And yes, construction site!!!
Milk bar! Must try next time!
The Souvenirs Shopping kat Kedai Runcit
One thing about us kan, kitorang memang tak pegi kedai souvenirs sebab tak minat kot. Tapi bila nampak kedai runcit ni bukak, senyum lebar semua orang. Bukan main menyoping lagi kat kedai runcit tu, beli barang bawak balik. Teh la, sabun la. I don't know, but I feel so excited sebab it reflects how the locals live kot!
The Breakfast
Kota ini tak besar sangat, tapi the slow strolling make it so huge to cover. Tiba waktunya perut dah rasa lapar dan hari makin panas. Dah waktunya untuk sarapan. Jadi kita balik ke Peddlar's Inn untuk makan dan berkemas sikit sebab nanti mudah nak check out.
Tengah tunggu sarapan siap, nampak pekerja lori sampah lalu. Oh, macam kawasan lain kat Sri Lanka ni, Galle Fort juga sangat bersih! Lori sampah pun tak berbau! Pelik betul!
![]() |
For the breakfast, Kak Ana potongkan mangga yang dibeli semalam. Boleh makan sama-sama! And ada avocado jugak! |
![]() |
Perfect breakfast! |
![]() |
I noticed this: Nanti bila nak beli jem baru, pulangkan botol kosong ni dan dapat jimat Rs10! |
The Stroll, continued to outside The Fort
Lepas sarapan, kita sambung jalan dalam kota dan teruskan ke luar kota. Panas, berpeluh jugak. Tapi sekurangnya dapat lihat betapa kehidupan luar kota sangat berbeza. Lebih sesak. Dan ramai. Tapi masih bersih. Dalam kota ni kehidupannya macam lebih elit dan tersusun.
![]() |
Rectification of drainage works juga ada dilakukan untuk memastikan sistem saliran dalam kota kekal baik. |
![]() |
Tempat ini wujud di celah-celah kedai. Kena masuk periksa baru nampak. |
![]() |
Gereja yang masih dalam proses ubahsuai |
![]() |
Post office! |
![]() |
Dan muzium! |
![]() |
Perpustakaan pun ada! |
Di kota ini lembu-lembu bebas macam haiwan comel..
And this majestic Ficus benjamina!
What Sri Lanka means kalau tak ada kriket??
And we were heading outside the fort..
Berkaki ayam. Tak apa sebab bersih. |
Banyak berbeza berbanding dengan di dalam kota kan??
Air kelapa kuning tak sempat pula kita rasa... |
Pintu masuk kota sedang direnovasi. Sayang sungguh.. |
The Lunch
Lunch kita sangatlah sedap! Ikan bakar dan nasi. Since dah hari last dan duit baki group masih banyak, kita makan mewah sikit. Mahal sikit lah dari hari biasa. Tapi memang puas hati. Makan sedap and had a good time. Sampai terbabas timing. Hehehe...!
![]() |
Masa amik gambo ni tetibe dengar orang cakap Melayu. Orang Malaysia!!! |
![]() |
Nyum to our lunch! |
![]() |
And must try the famous Gelato! |
![]() |
Serius sedap!!! |
The Journey Back
Waktu on the way back to Colombo ni GB sempat tengok lagi apa yang patut selagi bateri kamera masih ada dan memory card belum penuh. I mean, Sri Lanka ni sangat banyak benda unik dan menarik untuk dilihat dan di capture!
Lembu kawal traffic. Mana ada kat tempat lain! |
And the creativity. Daun pisang inspired design untuk bus stop! |
![]() |
And yes, singgah sini sekejap. Tak beli pun. Tak tau pun nak buat apa. Singgah toilet je. Hehehe~ |
![]() |
Beautiful sunset on our last day~ |
Dan akhirnya malam baru sampai airport. Dalam 3 jam jugak baru sampai. |
And, it's a wrap.
Sungguh Sri Lanka adalah destinasi yang unexpectedly gorgeous and satisfying. Banyak... banyak sangat yang kita buat di sana dan semuanya menggembirakan. Tak tau dah nak tulis macam mana lagi, tapi itulah dia.
:)
No comments:
Post a Comment
...kerana komenmu begitu berharga! :D