Good Morning Nuwara Eliya
Terjaga dari tidur dalam kesejukan dan terus diri menyedari sedang berada di Nuwara Eliya; 1,868m dari paras laut, kawasan tersejuk di Sri Lanka. Kaki terasa sengal kebas kerana cuaca yang begitu sejuk, mahu memijak lantai dan ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat Subuh juga seakan berjalan di atas ketulan ais. Sejuknya.... brrrr...!!!
Semalamnya sewaktu tiba tiada apa yang boleh dilihat, segalanya hitam gelap, tidak langsung boleh bayangkan bagaimana keadaan sekeliling dalam gelap zulmat begitu. Hanya kabus tebal sahaja yang kelihatan, itu pun kerana disinari cahaya lampu kereta kami. Dan apabila tiba di Hill Breeze Holiday Bungalow, tempat kami tidur malam itu, terus sahaja masuk ke dalam kerana di luar begitu sejuk berangin. Dan selesaikan makan malam; kami makan kottu yang dibeli, dan pemandu kami juga masakkan sejenis hidangan ikan untuk kami cuba. Tapi semua penat untuk terlalu menikmati apa yang ada; dan agak marah juga atas beberapa insiden; cuma kenyangkan perut sekadar mampu dan masuk terus ke bilik untuk rehat dan prepare apa yang patut untuk esoknya.
Dan pagi ini, barulah kelihatan bumi Nuwara Eliya yang rupanya sangat indah ini. Nyaman, dan ada kebun-kebun sayur di sekeliling tempat penginapan. Apabila keluar dari bilik, terasa udara penuh dengan aroma bawang besar lantas membuat kita semua tertanya-tanya, kebung bawangkah semua ini?
Sebenarnya bukan bawang, tapi leek. Patut lah aromanya sebegitu...
Terasa membuang masa diam sahaja di sini tanpa keluar melihat sekeliling. Dari kejauhan sudah kelihatan pagi di sini sudah mulai hidup. Nampak segala bunga, sayur, bukit-bukit, penduduk tempatan, dan segala yang indah di sini dalam kelam kabus yang kadang-kadang menebal juga dan laju berlalu menampar sejuk segar pada pipi. Subhanallah...
Kita semua segera keluar. Dan GB tinggalkan kamera di bilik, dengan hanya berbekalkan smartphone, cuba merakam keindahan di Nuwara Eliya ini.
 |
Orang kalau dah rajin, kat tempat orang pun dia tetap rajin. Hehehe |
 |
Makhluk bergerak spotted! |
 |
Bagai menyerap aura bunga-bunga, nampak tak betapa berseri Dr Singa? |
 |
Terlalu banyak bunga. Geram kalau dibiarkan! |
 |
Orang lokal yang ramah tamah |
 |
Iyra bersedia untuk rock the day! |
 |
Tempat cantik dan bersih begini, longkangnya juga cantik berbunga! |
 |
Thanks Coconutz Ana tolong amikkan gambar! |
 |
Ini misi berjaya kami - tangkap lokal dan selfie beramai-ramai! |
 |
My selfie attempt. Not as good as Coconutz Anaa |
 |
Terlalu subur bunga di sini. Biji benihnya bercambah di tangkai! |
 |
Tuk tuk! |
 |
KEmbali ke Bungalow untuk sarapan |
 |
Lantern bunga teratai - mereka masih lagi dalam perayaan menyambut hari Buddha |
Kiribath
Antara misi berjaya juga. Ini adalah kiribath, hidangan Sri Lanka. Nasi impit yang seakan nasi lemak tapi dimpit dan dipotong begini; sambal, pedas sangat!!!!; dan gula untuk kami supaya pedas sambal boleh dikurangkan.
Sebenarnya sedap juga. 2 ketul jugak GB makan. Oh, mungkin juga sebab Iyra bawak serunding, jadi makannya berselang dengan sambal dan serunding. Senang nak dibuat ni. Akan GB buat sendiri tak lama lagi.
 |
Kopi. Dan susu segar. |
The journey continues dan kejutan manis
Kita harus bergerak untuk aktiviti seterusnya pada hari ini. Aktiviti major, highlight of the trip. Tapi sebelum itu ada kejutan manis buat Iyra. Dia dapat bunga dari pemandu kita.
Sebenarnya GB pun dapat juga. :)
Dari pemilik bungalow. Bunganya GB pressed dalam buku dan sekarang sudah kering sempurna.
Amboihh.. Dapat bunga ros lagi tu. Hehe.
ReplyDeletekikiki!!! orang bagi kite amik!! hahaha!!
Deletetengok semua gambar ni dapat rasa macam tempat tu segar dan nyaman je
ReplyDeleteececeh hahaha
memang pun!! sejuk segar dan berbau bawang! eh!!
DeleteOh cik bunga....:)), best nya tengok gambaq ni semua....rasa macam mck juga ada di sana...
ReplyDeletealhamdulillah.. tu le tujuan GB mCk.. biar la yang tengok ni rasa macam ikut bersama. hehehe
DeleteGadis bunga dapat bunga ye..
ReplyDeleteseronok kalau ada di tempat yg hijau2 ni kan..
rasa segar.
saya memang pantang tengok bunga ni kak yan hahaha. kaau orang tak bagi pun saya mintak. hahaha!!
Deletetapi yg ni orang bagi la.. ngeee
apesal akak tak perasan entry nih...
ReplyDeletecis cis..
mendamaikan kan kan kan
(teringat sejuk pastu tak mo mandi opss...)
beku bulu roma nak mandi! hahahaha
Deletemmg kwsn ladang tnam bunga2 ke mcm cameron higlnds tu?
ReplyDeletesebenarnya kawasan ladang sayur. bunga tu tanam tempat lain kot. lupa pulak nak tanya...
Deleteseronoknya berjalan2 pusing dunia
ReplyDeletealhamdulillah.. tapi belum sampai 5/100 dunia pun lagi.. hehehe
DeleteKiribath!!! Sedap!!!
ReplyDeleteKalau GB buat, jemput la saya ye.. hehehe
Beautiful captures, as always :).
thank you en syed..
DeleteinsyaAllah kiribath tu kalau Gb buat GB tayang ek! hahahaa
pesal la akak tak perasan entry nih ...hahahahah
ReplyDeletelagi lagi mana lagi entry
throwback sungguhla
hahaaa..
ampun ana..
kite pegi lagi laaa. akak tak perasan ek? hahaha!!!
Delete