31/10/2015, Sabtu
Berikut adalah GB dalam posisi paling selalu dibuat kalau travel ke mana-mana. Memandang dunia dari lensa kamera. Duduk di depan beri kelebihan sebab GB nampak apa yang akan dan mahu di capture. Lagi-lagi kalau nampak sawah padi bertingkat-tingkat kat sini, asyik jelah mengetik-ngetik selagi tak habis kawasan sawah.
Sebenarnya yang lain pun macam tu juga, bukan GB sorang. Huhuhu~
Maka. setelah bergerak dari Istano Basa Pagar Ruyung, kita mahu solat dan seterusnya ke Paya Kumbuh. Tapi tiba di suatu simpang, Pa'Unchu mengubah haluan dan masuk ke satu kawasan kampung. Katanya cantik di situ. Belum ada tamu dari Malaysia dia bawa melalui jalan tu. Katanya jalan ini akhirnya akan bertemu dengan jalan besar tadi di hujung simpang, jadi gak usah risau.
Rupanya Pa'Unchu bawa ke sini. Tiba di kawasa sawah padi ni, GB dah jadi tak keruan. Terus minta berhentikan kereta sekejap. Sekejap katanya. Terus berlarian semua orang, tamak tengok view sawah padi nan menghijau. ada gunung di hujung saujana, dan lembu sedang meragut rumput. Pesawah masih tekun biarpun hari sudah petang. Maka dengan segala kamera kitorang ke tengah dan ke tengah menyusuri batas, demi suatu keterujaan yang dah lama terpendam!!!
Wow ayat.
Secara seriosanya... semua view dari semua tempat kitorang berdiri adalah bagai suatu pengalaman baru. Kalau diberi seluruh hari, ke atas ke tengah ke tepi dan ke bawah lah kita. Kalau diberi seluruh hari, maka akan terpacaklah kitorang kat situ menunggu benam matahari di tempat antara paling indah pernah disaksi.
Drama sangat lah GB ni!
Tapi memang betul pun. Nak tau lebih, layan je la gambo-gambo kat bawah. GB tak taruk semua tapi.. Sebab semua bermaksud 200 lebih gambo kawan-kawan kena layan. Heheheh~
Sebenarnya Pa'Unchu pun teruja mengambik gambar, sama macam kitorang. hahaha!!!
Orang di sini pelihara anjing untuk menjaga tanaman dari disondol dek babi hutan~
Sebaik sahaja sebelum bergerak, kitorang dengar bunyi itik. Banyak itik. Dan dari kejauhan semua berjalan terkedek-kedek dalam satu barisan, untuk pulanr.
Sudahnya kitorang yang tak jadi pulang dulu demi nak capture moment itik pulang petang nih~
OK dah.
Kite belum solat. Cari masjid yuk!
lenguh wak scroll banyak2 gambar yg ohsem., huhu2
ReplyDeleteini pon dah banyak saya delete2 wak. huhu~
Deletebeb . nti iols link ya... hahahaaaaa...
ReplyDeleteiols curik gambo nan itu yer...
nak yang ada water mark ke yg takde watermark?
Deleteada lima itik tepi sawah!!
ReplyDeletenampak??!
ketua dia itik kampung melayu subang!!
kehkehkehhh
siot aaa dak juji!!!
kahkahkahhhhh
itik paling lemak la tuh! hahahahaa
Deletetengok gambar sawah padi awak tengok balik gambar sawah padi kiter....hmmmm banyak kiter kena belajar lagi
ReplyDeletedah hapdet belum??
Deletecantiknya sawah dia macam karpet
ReplyDeletecantik awak.... tiap kali jumpa... nganga duluuuu
DeleteCantik sungguh pix pix GB. Seriously ohsem...
ReplyDeletemekasih ye awak. hihihi
DeleteHhahahahah, baru nak kata ada 5 itik lawa dlm gambar....nun dr singa dah ckp
ReplyDeleteitik yang tak reti reti nak balik. hahaha
Deletemanaabambennnnnnnnnnnn...??!!!
ReplyDeletehurmmmmmm....
kehkehkeh
kat blog jujie ada! hehehe
DeleteSubhanAllah...MasyaAllah...
ReplyDeleteIndahnya pemandangan... :)
cantik mak.... rasa cam taknak balik!
Deletecantik2 sawah tu. jadi teringin nak ke Bali lahhh... Jatiluweh cam ni lah kan sawah dia.
ReplyDeletesaya tak pernah ke balik lagi. kalai ke sana pun mesti saya nak jugak singgah kat sawah dia. hihihi
Deletei wantabambennnnnnnnn!!
ReplyDelete*hentak hentak kaki tangan*
disinilah tempat kami menskodeng abambennnn ..
*dramaciket*
ko ingat ko je boleh bederama..
cepatla update....
boleh lock tak.. jangan bagi sesiapa link..
* jeling budak ituuu *
eeeee. sini jugak dia nak dramaaaa!!
Deletehahahaha!!!
boleh jadi petani moden di sini GB
ReplyDeletesini masih lebih tradisional nekcik.. saya ada jumpa kincir air tapi tak sempat snap gambo!
DeletePuas tgk foto2 sawah padi!
ReplyDeleteKalau la ada bawak picnic basket leh makan tepi sawah :).
kalau tak rushing masa tu.. memang dah lepak dah makan kerepek kat pondok dan tunggu sunset! hihihi~
Delete