31/10/2015, Sabtu
Journey to Sawah Lunto
Perjalanan dari Alahan Panjang ke Sawah Lunto adalah agak lama juga. Jarak perjalanan adalah lebih dari 80km. Lebih kurang 2 jam. Bagi yang mahu, boleh lah tidur dulu. Tapi GB tak dapat tidur. GB cuci mata dulu.. Sebab sepanjang perjalanan mata memang segar dengan view yang indah-indah. Kita lalu kampung, sawah padi, kebun sayur, pekan kecil, etc... sambil melihat kehidupan pagi orang-orang di Sumatera Barat ni...
 |
Jalan kampung di pinggir tasik |
 |
Jalan mendaki di kawasan kampung~ |
 |
Pertamini, 'adik' kepada Pertamina~ |
 |
Di kawasan ini cuaca masih sejuk. Kabus dan jerebu masih memutih~ |
 |
Kebun sayur nan subur... |
 |
Sawah padi botingkek tingkek... |
 |
Makcik-makcik nak pergi kenduri. Kat sini kalau ada majlis kawin.. mereka pakat pakat bawa beras... gula.. dan garam.. |
Di sini mereka masih membanting padi tau!
Dan tiba di Kota Solok. Di sini suhunya sudah panas, tidak sejuk seperti di Alahan Panjang,
Lunch break and journey continued
Kita singgah makan sekejap kat Kota Solok ni.. Makan dan refresh.
 |
Singgah lunch kat Rumah Makan Solero Kampuang |
 |
Dan teruskan perjalan sesudah kenyang. |
 |
Dan akhirnya kita pun tiba di penghujung Kabupaten Solok |
 |
Dan pengembaraan di Kota Sawah Lunto pun bermula...!! |
Kota Sawah Lunto ni menariknya adalah ia bagai satu gabungan senibina Minang dan senibina Belanda dalam satu Kota. Pengaruh senibina Belanda dapat dilihat pada banyak bangunannya yang lama-lama. Dan lokasinya pula diapit Bukit Barisan menjadikannya fotogenik di dalam foto.
 |
Di kota ini... orang ramai sedang rancak berjualan |
Muzium Kereta Api Sawah Lunto
Muzium ni hanyalah salah satu dari banyak tempat pelancongan yang ada di kota ini. Kalau boleh spend masa sehari suntuk atau dua di sini, pasti langkah akan jadi lebih panjang lagi. Kalau nak tengok apa lagi yang menarik di Kota Sawah Lunto ni, boleh baca kat
sini.
 |
Senarai tempat pelancongan di Kota Sawah Lunto ni ... |
 |
Heritage trail di Sawah Lunto. Best jugak kalau boleh spend sehari dua kat sini kan?? |
Keretapi wap merupakan salah satu pengangkutan utama di Sawah Lunto, pada suatu masa dahulu. Fungsinya adalah untuk mengangkut arang batu sampailah ke Pelabuhan Teluk Bayur di Padang. (
sumber). Antara keretapi yang paling terkenal adalah Mak Itam, yang berplet E 1060, tapi sudah direhatkan sejak awal 2013 lagi...
Stesen Sawah Lunto juga akhirnya tidak beroperasi lagi dan dijadikan muzium. Tapi apa yang menarik, landasannya masih dikekalkan. Dan itu yang membuat GB rasa dekat di hati, sebab GB suka sangat landasan keretapi!
Sebenarnya masa kat situ muzium itu ditutup. Takpelah, kita tengok-tengok luar pun ok~
 |
. |
 |
Ni lah tuil tuil untuk kawal landasan keretapi kot? |
 |
GB suka railway. Ada satu memori di situ. |
 |
Ada anak anak bermain dan bila ditujukan kamera... tanpa malu mereka terus beraksi! |
 |
Seronok lettewww jalan jalab kat landasan ketapiiii |
Selesai di sini. Kita mahu ke satu tempat yang lagi menarik lepas nih! Next entry eh!
ok nnti kite link..
ReplyDeleteoit!!!!
DeleteHahhahaa
ReplyDeleteBak kata Elly....
Cam siot je budak kat atas tu!
hahaha!! nak kene budak atas tuh!
Deleteserius tak ingat kita makan kat mana tengahari tu...!
ReplyDeletesatu je memori?
memori daun pisang?
memori berkasih?
memori tercipta ?
memori sekuntum rindu?
memori cinta suraya?
er...
penat gugel cari tajuk lagu ni...
kan settle danau dibawah, membawang, masuk kebun org bagai, gaduh pokok apa kt kebun org, kita turun dan terus lunch
Deletelupa la tu
kat Solok kan?
Deleteyang toilet dia bersih tu..
ada lauk telor dalam usus ..
dah ingat!!
memori landasan ketapi tepen! hahah!!!
Deleteeh jap. ade laa gambo lauk telur sumbat usus tu. taknak taruk tapi!
Deletemajor renovation apakah yang berlaku ini?!
ReplyDeletemana blog roll yang ada nama abam ben ituuu??
kahkahkahhhhhhhhh
chait! hahahaha!!!!
DeleteTukar la balik...
DeleteTak best la layout camni...
Hahahaha
kita sgt suka 1st pic tu!
ReplyDeleteuntung aaa duduk depan tak mabuk kepayang dan boleh ambik gambar pemandangan dan wiper dari depannnn..
Deletehahahaha!!!! best gilak dok depan! takpaa.. next trip kita kasi chance orang lain pulop dok depan!
Deletedepan belah kiri tak pe
Deleteekau jangan depan belah kanan
den takuit!!
laju jantuang den!!
kehkehkehhhhhhh
Amboi Kina :P
ReplyDeleteRasanya kalau ke sini time bukan jerebu, lagi cantik kot..
Baju kuning kak Izat tu cun la!
Kalau den pakai, den nak kenakan dengan topi biru.
Biru + kuning = minion! Hahaha
Best la foto2 dlm perjalanan tu! Macam saya ada dalam kereta tu sekali. Kalau saya ikut mungkin saya kena duduk dengan luggages.. hehehe...
ReplyDeleteBanyak kan lauk pauknya. Habis tak?
The kids shot is sooo sweetttt!