Ye, tajuknya sahaja sudah menceritakans segala-galanya. Sebenarnya sebelum tu, disebabkan malam dan jalan gelap, GB tak lah melayan pemandangan sangat sebab tak nampak apa-apa dan GB ni pulak rabun malam. Percaya sahaja kepada Pa'Unchu. Most of the time GB tertido, tapi ada ketikanya terjaga juga bila kereta dibrek secara mengejut. Uii... urut dada GB!
Dipendekkan cerita, Pa'Unchu terus sahaja bawa kitorang ke sini.
Penginapan Danau Di Atas,
Alahan Panjang,
Jalan Imam Bonjol,
No 227,
HP 082171176375
Disuruh lihat dahulu kamarnya dan alhamdulillah, segalanya ok. Ada TV, water heater dan ekhem wifi yeehaaa!!! Sebenarnya GB tak kisah sangat benda-benda tu sebab kita cuma nak tempat untuk berehat aje sebelum meneruskan kembara panjang pada hari esok. Hehehe.
Lepas dah check in bagai, kitorang pegi cari makan malam. Sepanjang trip kitorang di sini, tidaklah hanya nasi Padang sahaja yang kitorang makan, melainkan ada berbagai-bagai jenis lagi yang kita cuba. Barulah rasa macam orang local!
Ada api menyala-nyala ni, cocok sangat sebab cuaca adalah teramatlahhhh sejuk!!! |
Kedai depan rumah tumpangan |
Moden. Tak gonjong. |
Yuk kita cari makan malam!
![]() |
Sini yuk! Gambo dicilok dari sape-yang-punya-saya-minta-ijin-ye-mekasihhhh!!! |
Ini password wifi tempat makan. Hahaha!!! |
~End of Day 1~
Amboi! mentang-mentang asyik ke seberang
ReplyDeleteStyle bahasa pun dah jadi macam bibk-bibik bapak-bapak:)
siap bagi password senang la nak berwifi
ReplyDeleteudah pandei bilang2 pokoknya hahahaha
ReplyDeletesedap makanan saya malam tu
ReplyDeletelupa apa nama..
kuahnya macam kuah kacang..
masa ko tidur.. ada satu masa tu.. dekatttt sangat dengan lori depan tu masa pa'unchu nak potong..
pa'unchu siap kata.. oh.. tidur .. patutlah senyap.. kalau tidak.. pasti jerit!!
kehkehkehhh
makanan kina malam tu sangat sedap, masih boleh ingat rasanya...
ReplyDeleteSiomay kot
ReplyDelete