Atap Gonjong = Atap Minangkabau
***
Misi mencari tempat tidur bermula.
Kita pergi tengok satu hotel yang baru, tapi nampak macam belum siap. Ada bahagian struktur yang masih terdedah. Dari situ nampak Danau Di Atas agaknya tapi kalau malam dah tentu tak nampak apa-apa. Takde wifi. Tapi ada water heater - penting juga. Pa'Unchu tolong survey kan dahulu berapa cajnya satu malam. Within budget, tapi kita tak segera setuju kerana katanya nak bawa tengok satu lagi tempat. Tapi, kita semua dah lapar... makan dulu yuk!

Rumah Makan Warna Baru.
Nasi Padang.
Masaknya sedap dan GB especially sangat teruja dengan ulam sawi celurnya. Sebab daun dia tebal dan tak pahit dan sangat sedap! Sungguh tak sama rasanya dengan sawi di Malaysia! Sambil makan nasi, kita makan jajan keropok sapi, dan sambil juga tengok view Danau Di Atas yang kelihatan dari situ.
Budak ni jual stroberi. Matanya cantik warna hazel. GB nak snap depan tapi dia malu pulak~ |
Nindiaaaa.. kepok kulit lembu! |
Jemput makan.... |
Dari luar rumah makan boleh nampak Danau Di Atas |
Seperti yang dijanjikan kita lepas tu tengok pulak tempat lain untuk tidur. Kali ini kita cuba tengok rumah tumpangan milik kerajaan.
Villa Pemerintah Kabupaten Solok. Atau Alahan Panjang Resort.
Tengok dari jauh memang nampak cantik. Letaknya betul-betul di tepi tasik (Danau Di Atas). Ada pulak pokok-pokok pine di sana-sini Dah la cuaca sejuk. Memang ohsem sangat nampaknya.
Akan tetapi... maintenance kawasan tu hancho. Tak terjaga. Ada banyak villa berupa cottage tapi kebanyakannya kosong. Cottage yang nak disewakan tu pun nampak scary macam rumah berhantu. Memang la ada view tasik yang ohsem. Tapi keliling dan dalamnya menakutkan. Lagipun ada apa pada view kalau malam tak nampak apa-apa?
Kebetulan GB terjumpa berita tentangnya di sini.
Tengok guardhouse je dah tahu macam something wrong |
![]() |
Ni haa rumah yang nak disewakan. GB memang ragu-ragu nak masuk bila tengok rupa dia cenggini! |
Dari dalam nampak view tasik. Sejuk. |
Selpie sedikit. Jangan tengok GB. Sebaliknya tengok je perabot yang berhabuk. Gambo lain GB tak amik sebab shocked tengok rupa dia macam tu. |
Kat belakangnya ada view macam ni. |
Remark: Kawasan tu sebenarnya tengah renovate. Mungkin next time GB ke Alahan Panjang lagi kawasan tu dah siap. Boleh la try tidur tepi tasik pulak!
***
Takpelah. Pa’unchu bilang elok kite gerak aje ke Kabupaten Solok Selatan. Karena dibimbangi akan membuang masa kalau terus-terusan mencari tempat tidur si Alahan Panjang ni. Lagipun, kata pa’Unchu, Alahan Panjang tidak ramai pelancong. Tenang aja. Pasti akan ketemukan tempat tidur nanti malam.
Uii... GB menulis berslang Indo!
Ada orang mandi manda dalam kesejukan air Danau di Atas |
***
Mencabar jugak bila nak tulis entri pasal tempat yang belum di cover google steet nih. Ada beberapa tempat yang GB tak pasti namanya tak dapat nak trace sebab Google Street belum cover kawasan-kawasan kat Sumatera Barat ni.
Ini masjidnya. Banyak masjid berkubah serupa di sini. |
Kat belakang masjid nampak view ini~ |
![]() |
Dan ini |
![]() |
Kakak kakak dan makcik makcik sedang berkuliah |
![]() |
Sempat juga bertanya tanya dengan ramahnya |
![]() |
Bangunan beratap gonjong yang sudah usang bumbungnya |
Dari sini kita perlu terus 30km lagi dan akhirnya kita melintasi sempadan Kabupaten Solok Selatan, Nagari Saribu Rumah Gadang!!!
Sebelum sampai kita berhenti kejap kat tepi jalan bila nampak bangunan cantik ni. Istano Rajo. Amik gambar jap, pastu teruskan perjalanan ke Kawasan Saribu Rumah Gadang.
Istano Rajo
Ini baru satu. Bayangkan macam mana pulak view atap gonjong yang banyak macam ni kat Kawasan Saribu Rumah Gadang nanti?
Next entry...
salam ukhwah dari ana, menarik perkongsian GB di sini, teruja melihat keunikkan negara orang yang di pamerkan..:)
ReplyDeleteRp500 000 dua bilik kat situ!!
ReplyDeletepensan dengar!!Convention Villa tu!!
Seram seram sejuk nak melangkah semak samun tu! takut ada nagin!!
tapi
bak kata Pa'Unchu
Tenang ajaa..
The uncovered area of Padang. Perghh..mmg thrill sgt tu dik oii
ReplyDeleteya udah....mau tidurin di mana GB ?
ReplyDeletebestnye GB..take care..gambau ko amik cantik2..
ReplyDeleteSaya especially suka shots GB yg tembak dari dalam kereta. Terasa kembaranya :). Dapat lihat apa yang GB lihat. Nice lah!
ReplyDeleteSebenarnya kan, ada macam2 cara nak rakam travels kita dan ini adalah satu cara yang saya suka, yang saya sendiri pun buat juga :).
budak lelaki mata hazel tu pon pemalu mcm wak jugak erk., kehkeh2
ReplyDelete