Waktunya untuk makan tengah hari bagi perut orang Malaysia. Bila kita travel macam ni bab makan adalah penting. Kalau macam GB, GB suka try benda baru. Lebih rare, lebih local, lebih GB suka. Namun perlu juga consider kawan-kawan lain, selera mungkin berbeza jadi perlulah kita memahami.
Tapi kat Aceh ni makanannya lebih kurang kat Malaysia jugak. Tak begitu mencabar taste buds. Jadi untuk lunch kali ini kita vote for nasi kambing setelah diberi pilihan oleh Pak Saiful - kambing atau ayam?
Makan di Lem Bakri. Nama je restoren nasi kambing tapi ayam pun ada jugakkkk.
 |
Nin nama dia rojak buah. Disebabkan rupa dia rare dan tak penah jumpa kat Malaysia... GB beli nak rasa. Sedap gak! |
Harini hari Jumaat. Dah jadi undang-undang di sini, waktu solat (tak kira la solat Jumaat atau bukan) tak dibenarkan ada kenderaan di atas jalan raya ya. Kita-kita ini juga tak dibenarkan berkeliaran mengambil gambar sana-sini sebab nanti akan ditangkap oleh polis syariah. Bisnes apa jenis jua pun tidak boleh beroperasi. Maka sebab tu, Pak Saiful tumpangkan kitorang kat Pizza Hut dulu sementara dia gi solat.
Kitorang dah berkira-kira nak gi pejabat pos lepas habis solat Jumaat nanti. Sebab nak beli setem. Konon nak pos poskad ke kengkawan. Akan tetapi... kecewa. Sebab lambat pulak nak buka semula selepas solat Jumaat tu. Sedangkan kita kena berkejar cari tiket feri ke Pulau Weh pulak.
Jadi... kita kensel lah plan tu ye... kite gi cari tiket feri ke Pulau Weh. Supaya lebih mudah, kita beli saja tiket pulang pergi ya. (Pulang pergi = pergi balik = return).
Saja taruk nota dalam kurungan tu sebab GB dah gaduh dengan orang kaunter: Saya mahu tiket pergi balik lah... bukan pulang pergi! Habis kalau pulang dan pergi, bagaimana saya mahu balik??
Dramaciked!
 |
Ni haa tiket pulang pergi |
 |
Tambang adalah 170 ribu rupiah seorang ye... |
Feri akan berlepas setengah empat (3.30pm bukan 4.30pm ye.....), jadi kita masih punya waktu untuk pusing Banda Aceh lagi. Pak Saiful bilang, situs Tsunami Kapal PLTD Apung dekat saja, jadi mari kita ke sana!
 |
Sampai dah. Besar!!! |
PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) Apung ni letaknya di Desa Punge, Blancut, Banda Aceh. Kapal ni dulunya merupakan sumber tenaga elektrik bagi wilayah Ulee Lhue, tempat asal tertambatnya kapal ni sebelum Tsunami. Panjangnya adalah 63 meter dan dengan berat 2600 ton, bayangkan macam mana kuatnya ombak Tsunami tu sampai mampu membawa kapal seberat ni sejauh 5 kilometer dari tempat asalnya. Hanya seorang dari 11 orang anak kapal yang terselamat waktu tu...
Dan akhirnya bila terdampar di tengah-tengah penempatan di Banda Aceh ni, pemerintah membeli tanah kawasan ini untuk dibangunkan sebagai monumen peringatan Tsunami.
(
Sumber di sini)
 |
Gambar DrSinga ni tak boleh dijadikan perbandingan sebab GB suruh dia gerak ke dapan. |
 |
Aha. Yang ni better kot. Nampak tak betapa besar sangat kapal ni?? |
 |
Saksi bisu |
 |
Dalam yang ini, Iyra lagi besar dari kapal. HIkhikhik! |
 |
Cubaan menipu penyukat tinggi. |
 |
Selpie malu-malu tunjuk dahi dengan kening je! |
 |
Diorang panjat sampai ke atas, tapi GB panjat sampai tingkat 2 je. Takut terleka. |
 |
Nampak dak Iyra dari kejauhan, maka kite kasi tembak satu kali! |
 |
Dalam banyak-banyak section, sini la yang GB paling nak masuk. Tutup pulak.... |
 |
Talipon! |
 |
Tengok bawah. Nampak sauh tu. nampak tak besar dia macam mana??? |
 |
Waktu terjadinya Tsunami diabadikan di sini. |
 |
Landscape beralun-alun bagai ombak |
Ok dah! Moh ke jeti. Kang terlepas feri naya. Sebab lepas tu besok pulak lah feri baru ada ye!
Chop! Nasi kambing tu sedap tak?
ReplyDeleteaziela - sedap jugak! Dia bukan la macm nasi ayam tu.. tapi nasi putih dengan lauk pauk kambing masak pelbagai jenis.
DeleteMemang nampak besar kapal tu!
ReplyDeleteGB, section yg tutup actually section apa ya?
En syed- nampak macam services area. Tak sure sebenarnya. Tapi paling nak buat adalah berdiri dekat atau sentuh atau duduk dekat sauh tu. Tapi tak boleh sebab sauh tu kat dalam kawasan tu. Aishhhh...
DeleteMenarik. Tapi uncle belum pernah sampai lagi.
ReplyDeletepatutnya dak iyra baring sebelah sayh tu baru best kan!!??
ReplyDeletesedapnya jus terung belanda!!!!!!!!
kapal diesel bagi elektrik?
ReplyDeletewoo, smpai mcm tu sekali eh?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesection yang GB nak masuk tu section ape? ada ape kat dalam tu...
ReplyDeleteadik iyra kalau berposing memang hebat :)dan bersungguh DrS menjinjat hiks
Kikikiki...
ReplyDeleteSiap bawak akauntan ..
Grup yg bagus
Ada arkitek, doktor, akauntan dan????
saksi bisu.. sgt sesuai nama jolokan utk kapal tuh
ReplyDeleteKiranya kapal tu berfungsi macam janakuasa la kan... bekal elektrik utk kawasan tempat kapal tu berlabuh dulu la kan...
ReplyDeleteuih. strict gak eh undang-undang islamik kat sana...
ReplyDeleteRumah puing tu apa??
ReplyDeletelepas makan..
ReplyDeletemasuk dalam kereta..
dengar lagu Ahmad Jais ..
pehhhhhhh...
kahkahkahhhhhhhh
Terimbau kenangan stay atas kapal camtu. Eheh..
ReplyDeletebesarnya sauh !
ReplyDeleteBila nekcik nak sampai ni ye
ReplyDeletemembayangkan ai juga ada di situ.. ;)
ReplyDelete