![]() |
Roost Cafe, Jalan Dhoby, JB |
Kat umah mak ayah GB yang di Sungai Petani tu, perabot masih ada lagi. Sengaja disewakan dengan perabot sebab malas nak angkut semua pindah Shah Alam. Antaranya kerusi lama yang dah berusia hampir 30 tahun. Ala...kerusi kayu zaman dulu yang kene taruk kusyen tu...
Kalau ikutkan... mak nak jual kerusi tu dulu sebab kite dah ada set lain. Tapi GB tahan-tahan...tak payah la jual. GB asing-asingkan... ada yang GB taruk dalam bilik tidur GB. Ada yang taruk kat ruang tengok TV. Sebabnya GB sayang kerusi tu. Ada kenangan zaman kanak-kanak (masa di Kuantan) di situ.
Dengan kerusi tu la dulu GB buat kubu dan main dengan adik-adik. Mak bertempik sebab bersepah, then kemas balik...tapi tak lama. Lepas tu eksaited nak buat kubu semula. Lepas tu bersepah balik, mak muncul dari dapur dan bertempik lagi. Heheh...Macam tu lah sampai beberapa kali sehari...
*
GB ni sentimental sikit. Penyayang. Sebab tu banyak barang lama kat rumah GB tak bagi mak jual. Tunggu nanti GB nak amik taruk kat rumah sendiri. Satu benda yang GB cari... almari gobok buat simpan lauk yang dulu selalu ada kat mana-mana rumah yang GB pegi. Dulu kat umah tokwan ada gobok tu, tapi lepas tokwan meninggal... gobok tu dah taktau pegi mana. Buaian besi lama yang selalu GB duduk berbuai dengan tokwan pun dah bercerai berai.. Nak mintak takut... nak pasang tak reti. Berkarat gitu je. Sedih pulak sebab kenangan GB dengan tokwan tak banyak mana pun... Kan GB membesor kat Kuantan. Balik Kedah jumpa tokwan pun berapa kali je.
Ada yang cakap... 'Ala...beli je baru...'. Tapi GB tetap rasa yang beli baru tak sama feelnya walau bentuknya sama.
Taktau lah. Mungkin sentimental terlebih sangat kot. Huhuhu~
pandangan kita sama..along suka deco ni...sejuk jer hati tgok....
ReplyDeleteBetul gB
ReplyDeleteBarang lama mmg punya sentimental value...
Jangan tak tahu
Kami pun jenis nak buang sayang.. Kumpul2 sampai sanggup sewa rumah simpan barang2 lama..
Habis tu.. Takda yg lama.. Mana dtg yg baru? Tak gitu?
benda benda lama termasuk perabot tu, kita simpan sebab sentimental value nya...Pernah tgk rancangan Rick's Restorations kat channel History? Saya suka rancangan tu...org hantar barang2 lama yg kalau kita tgk " teruknya keadaan! "...tapi diminta utk di restore semula, demi sentimental value...dan hasil akhirnya...wallah!!
ReplyDeletehttp://www.ricksrestorations.com/
ms setuju sangat dengan tajuk kat atas tu...eeeh terkeluar topik kah hehehe
ReplyDeletesentimental value sebenarnya tiada ganti nilainya...
ReplyDeletesama saja peel dgn anak2 akak. bila jumpa kusyen tu pakat buat kubu juga
ReplyDeleteitulah perangai manusia...tak mungkin sama citarasa...so ikutlah kehendak hati sendiri...baru puas hati..
ReplyDeletegobok simpan lauk tu yang jaring kaler hijo tu kan
ReplyDeletekat rumah kampung kita kat ganu ada. old skool sangat. jaring pon ada dah koyak sket
GB, gobok simpan lauk aku masih ada kat rumah tu. Tapi tak simpan lauk dh masa la. Guna untuk simpan bahan kering macam megi ke, nescafe, gula, garam tu semua la.
ReplyDelete--yang hensem di hati kita tak semestinya hensem di mata orang laen-- hehehe...
ReplyDeleteBanyak kenangan lama terhakis di minda akak mungkin faktor umur kot. Lemari lauk tu punya kenangan tersendiri kan GB?
ReplyDeleteKerusi kayu yang ada kusyen tu masih ada kat rumah saya. bila nak dekat raya cat balik kayu dia terus nampak baru..
ReplyDeletealmari lauk tu memang legend,
ReplyDeletekalau boleh simpan dan cat elok2
memang ada nilai tersendiri :)
Mesti GB ni jenis suka menyimpan dan sayang nak buang barangkan. Hehe
ReplyDeleteyg antik mahal harganya
ReplyDeletesalam hujung minggu dari Bunda..
ReplyDeletesaya pun jenis sentimental, tp skrg kena belajar jadi kurang sentimental sikit, suami tak suka simpan bahan2 arkib mcm saya...huhu
ReplyDeletebenda yang menyimpan kenangan memang sayang nak di buang kan?/
ReplyDeletebenda lamani kalau dijaga meman g cantik tapi kalau terbiartu tak comel dah...
ReplyDeletepandangan orang tak samakan...
Dalam bab ni, kita boleh jadi geng... Akakpun sama macam GB.. Sayang dengan benda2 lama especially arwah abah punya sebab dia kan dah meninggal.. Dia punya typewriter akak jaga dengan elok.. Kalau biarkan, memang dah jahanam dah dikerjakan dek anak2 buah..
ReplyDeleteYang ralatnya sebab almari baju masa zaman tentera dulu dah jahanam masa renovate rumah dulu.. Pekerja tu dok pijak2 dan jadikan almari tu macam tangga... Sedih betul.. Almari tu besar, takde tempat nak simpan.. berhujan berpanas, lama2 lerai la dia.. huhuhu...
Sekarang ni akak dok jaga kerusi rotan satu set tu.. Banyak yang dah tercabut tapi akak ikat balik.. Mak kata nak buang tapi akak tahan.. Akak kata tu abah yang beli dulu.. So, adik akak ikat mana2 yang dah tak boleh nak paku tu dengan cable tie.. Kusyen yang asal memang dah takde.. Sayang gak kat kusyen tu sebab Dunloppilo original lagi tu.. Nak beli kusyen macam tu sekarang ni memang tak dapat la..
Lagi satu, set Chess dengan papan Carom yang arwah abah beli masa kitorang kecik2 dulu pun habis hilang dan jahanam.. Semuanya dek penangan cucu2 mak.. Lagipun masa dorang kecik akak kan kat JB.. Jadi takde siapa yang pantau semua tu..
Ehh, dah macam satu entry pulak komen akak ni.. Maaf ya GB.. Bukan apa, seronok berkongsi minat yang sama... heeeeee...
Lagipun kualiti yang baru dan lama sangat jauh berbeza. Dulu2 brang semua baik2. Besi semua padu dan tebal. Kayu semua tahan lasak. Zaman sekarang, kalau setakat berat badan akak nie, duduk tak menghenyak pun dah jahanam.
ReplyDeletebetul tu GB...taste setiap org kan bebeza..tapi bila lihat brg2 lama dan klasik ni mmg cantik..
ReplyDeleteHye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeleteJs pun teringin nk beli gobok lauk tu...kt mna ada jual ye...hihi
ReplyDeleteDah dua tiga kali singgah sini...harini baru nak tinggal jejak.
ReplyDeletebarang lama adalah elok di simpan, tak menyesal/teringat2 nanti....makcik pun tercari2 juga 'almari lauk'
memang penyayang jgk.. tapi kalau dah sarat sangat rumah, terpaksa lepaskan pada yang berpatutan..
ReplyDeletenilai yang orang lain tak mungkin tahu.. kenangan yang tinggal buat kita sayang nak buang barang yang ada. Selagi ada ruang kita simpan elok2.. ;)
ReplyDeletenilai yang orang lain tak mungkin tahu.. kenangan yang tinggal buat kita sayang nak buang barang yang ada. Selagi ada ruang kita simpan elok2.. ;)
ReplyDelete