Beraya bukanlah beraya namanya kalau bukan di desa. Sebab tu walau dah gigih drive dari JB ke KL, malam raya pertama tu masih gagah berkonvoi dari KL ke Kedah pula. Kalau nak diikutkan memang penat, tambahan pulak sepanjang bulan puasa ni GB punya energi macam hilang tak tau ke mana. Tapi bila dah sampai...tengok sawah padi, sunrise, Gunung Jerai... dan dan hilang penat!
Dua malam di rumah makngah kat Kampung Batu 18, Yan...GB masih tak jemu menatap Gunung Jerai dari kejauhan dan masih seronok terbongkok-bongkok mengambil gambar padi yang dah tunduk menguning waktu golden hour.
Padi tunduk itu nampak lebih indah sebab masih ada embun yang berkilauan bak intan di daunnya
Lepas tu terdengar suara memanggil dari dapur, suruh masuk dalam untuk sarapan. Sarapan kita adalah nasi putih panas-panas, ulam rebung buluh madu fresh dan sambal belacan, sambal ikan dan ikan masin goreng. Ahh..syurga!
Lepas tu baru bersiap nak pergi beraya pula.
Indah kan beraya di desa? Tambah-tambah pulak sebab masih boleh update gambo kampung masuk kat facebook walau takde wifi...heheh! :)
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ye kawan-kawan. Untuk pengetahuan, GB dah maafkan semua orang dalam hidup GB. Tolong maafkan GB jugak eh. Tengkiu... :)
P/S: GB tak jemu juga nak taruk gambar kampung ni walau dah beberapa kali featured kat blog ni. Kalau nak tengok yang lepas-lepas, silalah tengok kat entri sini , sini, sini, dan sini.
Teena teringin sangat nak ke sawah padi. Seumur hidup x penah masuk sawah. Sebab kampung xde sawah..huhu
ReplyDelete#selamat Hari Raya Aidilfitri. :)
salam
ReplyDeleteLawatan di petang syawal dari tirana aduka
kg k.zie batu 17. depan simpang sedaka. dekat sangat tu dgn 18 (kat sana org panggil 17 dan 18 saja kan, tak sebut penuh kg. batu.....
ReplyDeletesaudara gb 18 masuk ikut sungai tu ka?
assalama GB..selamat hari raya..maaf zahir dan batin.
ReplyDelete18 tahun acik dok Tanjung Karang..selama tu la bergelumang ngan sawah padi
uncle nampak sarang labah-labah .. betul ke apa yang uncle nampak tu ?
ReplyDeleteorg utara mmg mkn nasi pagi pagi kan
ReplyDeleteselamat hari raya.. maka rugilah siapa yg tidak dikurnia kampung halaman... tiadalah nikmat berhari raya seperti kita yg ada kampung ni....
ReplyDeleteGB.... maaf zahir dan batin ya....
Seronoknya ada sawah padi..
ReplyDeleteKat sini takde apa2.. Sawit merata-rata.. Mujurlah sawit tu belakang rumah.. Kalau depan rumah, sesak jugak mata... huhu..
*Tak beraya ke manapun.. Duduk rumah je.. Having fun with siblings.. masak2 + makan2 + gelak2.. :)
selamat hari raya maaf zahir dan batin.
ReplyDeletemana nak lawan nay beraya dikampung kan GB? Nasib baik kita ada kampung.
Kampung akak pun ada sawah padi tepi bukit .
selamat hari raya ! heh heh heh
ReplyDeletewow so cantik!!!
ReplyDeleteye lah kita tak beraya kerana tak punya desa. jeles!
thank u maafkan kita.
sji
Selamat Hari Raya buat GB jgak...
ReplyDeleteRasa tenangkan kalau rumah depan sawah padi..sejuk je mata memandang..
Nasib baik kakak ada kampung:)
ReplyDeleteKakak dah ada rumah, bila nak rasa kuih kakak. Jemputlah sebab semua dah dok menunggu GB tau..
Kampung tetap kat hati. Nnati kalau dah boleh beli kamera macam GB akak tayang2 jugak gambo padi cam gitu...ahahaa...
ReplyDeleteGB, yang golden nya is you. Gambar nie super amazing. Boleh bingkaikan, gantung kat dinding bilik. Sejuk dan damai jiwa yang menyelaminya. Selamat Hari Raya dik. Tiada kesalahan untuk di maafkan.
ReplyDeletefoto terbaekkk...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Beb.
Maafkan salah silap aku.
.
tu arr naper diharap padi seberang.,ahhHKss
ReplyDeletepsst. gambirn padi menghijo tu memey jeliterr.,,;-D
bila dapat balik kampung tengok suasana yang tenang jauh dari hiruk pikuk kota.. heaven sekejap rasanya.. ;)
ReplyDeleteselamat hari raya GB.. gambar GB semua cantek cantek.. mahu tahu jenis detail kamera yang digunakan.. boley.. =)
ReplyDeleteawak... pokok padi ni...kita nak cakap jelita sesangat...dah ade org cakap pulak... (tapi kita dah cakap masa awak tunjuk tu hari...kan..)
ReplyDeletekali ni kita nak cakap pokok padi yang lawa macam kita hehhe ..boleh...
ade spider web....
bila nak bawak kita ke sini....
dan .. kita takde gambar berdua hari raya kali ni... ;(
salam lebaran dari bunda...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya GB.. makan masakan kampung memang syurga.. uuuuhhh!! nyaaamaaannn...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..Cantik gambar padi tu..
ReplyDeletemeriahnya blog GB.. CANTIK!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya GB! Maaf zahir dan batin ya... :)
rebung buluh madu... Hhmmm sounds yummy
ReplyDeleteDapat tak kuih seman?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin GB..menu breakfast mmg the best! kalau balik kg MS memang suka sangat mengadap breakfast camtuh :)
ReplyDeletelain kali nak ikut balik Yan!!
ReplyDeletepsst..
harap mimpi jadik kenyataan!! hahhaaaaaaaaaaaa
betul GB..kat kampung banyak objek utk disnap..pucuk ubi kayu pun akak snap hehe
ReplyDeleteoo..Gb ni orang kedah rupanya..
ReplyDeletesalam raya gb, maaf zahir batin..
ReplyDeletebetul bila maafkan orang hati jadi lega, moga Allah redha dan orang pun sama maafkan
pergi juga ke sawah padi..
ReplyDeletebaru nak bercamwhore2
sekali dah kena pacat
langsung sampai balik tak pergi dah sana...haha
Wah.. Sarapan dengan nasi putih.. Agak janggal kan. hehe
ReplyDeleteSelamat Hari Raya GB :)
ReplyDeleteseronok... seronok beraya...!!!
ReplyDeletesaya punyalah selalu tgk sawah padi dari kecik, so bila balik kampung, padi keliling rumah pun terlupa nak tgk keindahannya macam GB buat!
ReplyDeletecantiknya.. GB guna lens micro eh?
ReplyDeleteraya klau xbalik kg memang xsah. selamat hari raya juga,, mohon maaf jika ada salah dan silap :)
dulu umah nenek CiM kat melaka, belakangnya sawah padi. lps tu dah takde anak bangsa yg nak menuai pagi2, diratakan....jadilah taman...hampeh ler bagi kita2 ni yg suka take2 pica' ni.
ReplyDelete