![]() |
Thank you Nekcik sebab bagi GB gelang dan coin purse yang cantik ni...! :D |
Sabtu lepas GB ajak mak gi Tesco Shah Alam sebab nak usha-usha baju Orked by Jovian Mandagie tuh. Excited jugak membelek sebab kat Tesco Bukit Indah kat JB ni takde. Untuk baju berjenama designer, harga dia adalah ok, range dia dalam RM300 (Setakat yang GB nampak la. Ada banyak lagi kot tapi tak abis pusing.).
Lepas tu GB pusing tempat t-shirt dan beli 2 helai t-shirt kaler hijau dan purple yang berharga RM12 sehelai. Hahaha!
Baju raya? Belum beli lagi. Mungkin akan end up macam tahun tahun sudah. Grab je mana yang sempat kat kedai dan mix and match. Istilah buat baju raya berenda labuci bertema adalah tak pernah wujud bagi GB. Cuma tahun ni ada yang sarankan GB pakai baju kurung moden. Baiklah!
P/S: GB memang cerewet sikit bab baju. Sebab tu baju tak banyak. Selalunya pakai sekali je, lepas tu bagi adik. Ada beberapa pasang je yang GB betul-betul berkenan dan pakai sampai lunyai. Satu lagi, masa memilih tu GB suka bayangkan, adakah GB akan pakai untuk kali kedua dan ketiga dan seterusnya tanpa orang perasan kita pakai baju yang sama? Kalau jawapannya mungkin ya, GB letak balik, tak beli. Kedekut pun ya kot? Hahah!