![]() |
Lepas sunset, kitorang lepak jap tepi pantai sampai betul-betul gelap. Nak tunggu pukul 9 malam sebab nak join Moonlight walk, tapi cam lambat lagi je. Baik pegi makan jap. Pegi cafe, belek menu je nak dekat 20 minit sebab nak order benda yang cepat siap, sebab takut tertinggal ketapi. Tapi last-last bende yang cepat siap banyaknye takde, kecuali mushroom soup. Boleh laaa dari takde, buat alas perut.
Pukul 9 startlah kitorang berjalan dalam gelap pusing pantai, meredah kemuncup dan patah balik ke pantai. Time ni excited memasing nak tengok Bioluminescent Ostracods atau 'blue sands' atau 'sea firefly'. Benda ni dibawak dari laut ke pantai dan akan melekat kat pasir di gigi air. Kalau tengok betul-betul, akan nampak cahaya warna biru berkerlipan kat pasir. Boleh amik dengan tangan. Tapi kalau pakai lampu suluh, kite takkan nampak kerlipan cahayanya. GB cuba amik gambo tapi fail sebab tripod tinggal kat kaunter. CPL dapat capture a few times tapi... :)
Oh. Kat sini ada cerita kelakar sikit. Guide yang bawak kitorang pada mulanya budak pompuan. Lepas tu separuh jalan guide lelaki ni take over. Dia la yang bawak kitorang gi tengok blue sands kat pantai. Sekali imbas, nampak macam someone yang GB familiar dan terfikir pulak nak kenal. Terfikir je pun. Tetibe encik guide macam melekat dengan kitorang berdua. Macam kitorang berdua je yang nak tengok blue sand, macamlah orang lain taknak tengok. Eh?
Pastu kitorang berdua nak stay, nak amik gambo bintang. Bintang sungguh banyak di langit yang tak berawan. Best sangat! So GB dan CPL nak gi amik tripod dulu kat kaunter. Encik guide tuh ekhem tetibe nak belajar amik gambo bintang kononnye. Hahahaha! Maka temanlah kitorang ke kaunter dan patah balik ke pantai pun dia ikut. Sungguh-sungguh nak belajar amik gambo bintang ye?? Sungguh-sungguh jugakla mengajo sampai patah tripod GB! Huwaaaa!!!!
Kitorang sengih-sengih sesama sendiri bila dia tanya itu ini. Berdua je ke? Adik beradik ke? Berapa malam kat situ? Bilik nombor berapa? Jaga-jaga tidur malam, ada banyak creatures. Katanyalahhh.... Amboi amboi amboi...
Takpelah...terima kasih sebab teman kitorang memblue sands, membintang dan mengumang-umang di tepi pantai ye. Dia ajak karoke, tapi kitorang balik bilik ah nak rehat! Dan nak cabut kemuncup!
![]() |
Umang-umang di bawah cahaya lampu torchlight encik guide. :D |
P/S: Aktiviti malam kat sini yang itulah. Moonlight walk dan karaoke. And tripod murah GB dah terkubur di sana.... sobs! Nasib baik GB bawak satu lagi tripod yang DrSinga bagi dulu. Dan satu lagi...be careful of what you are wishing for. Kita tak tahu bila waktunya hijab langit terbuka luas. :)
Assalamualaikum,
ReplyDeletecer citer macam mana rupanya bluesand tu
awak...
ReplyDeleteeerrr... ada citer seram2 ke?
ReplyDeletenak tgk bluesand tu...
kalau dulu masuk hutan, ada sesetengah kulat yang ada bio-luminance nih gak... tapi masa tu tak ada kamera, masih budak lagi....
jadi takde la gambar bluesand tu yer gb? alaa....
ReplyDeletealaa...kumbang mana nak lepaskan bunga depan mata hehe..
ReplyDeletefirst time tengok umang2 !
ReplyDeleteSampai patah tripod apa-apa gambarlah yg dicaptured agaknya..
ReplyDeletesiapa nama dia encik guide ituu ..??
ReplyDeleteGB ... kagum akak ni tengok hasil tangkapan ni.. ehm kena bersabarlerkan nak tunggunyer...
ReplyDeleteen guide yang sedang mencuba nasib...
Tiba2 teringat zamana muda2.
ReplyDeletehensem betul umang2...
ReplyDeletecantik..
ReplyDelete:)
assalamualaikum GB...cantik2..
ReplyDeletewarghhhh cantik.......... nasib penyu tak bertelur kat Pulau Sibu... :)
ReplyDeletemesti bestkan...
ReplyDeleteTeringin pulak nak tengok blue sand tu..
ReplyDeleteEncik guide tu dah jatuh hati ka? :D
wawaawaa...sudah ada yg nak pasang jaring
ReplyDeletewawaawaa...sudah ada yg nak pasang jaring
ReplyDeletewah seronoknyer
ReplyDelete