![]() |
Boardwalk ke hujung benua |
Ahad lepas, lepas puas menggugel tempat-tempat best yang boleh dijelajah kat sekitar JB ni, akhirnya GB dan member decide nak ke Tanjung Piai. Lama dah plan nak ke sini, tapi Ahad lepas sebenarnya benda tu jadik something unplanned that worked. Takpelah. Plan lama-lama pun selalunya tak jadi pun kan? Yang redah tu pulak yang menjadi biasanya.
Mujur dalam bab ni GB ada member sekepala segila. Eheheh.
Tapi, kenapa Tanjung Piai ek? Ala..senang je. Mesti la sebab nak jejak kaki kat Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia. Cool kan?
*
Pegi sana macam biasa, pakai GPS. Tapi to be frank signage yang ada adalah agak efektif, jadi kalau tak pakai GPS pun insyaAllah boleh sampai takde sesat. Sampai sana dalam kul 5 lebih. Beli tiket. Amik-amik gambo kat landmark depan tu guna kamera pinjam, then Asar dulu, pastu jalan meredah hutan paya bakau. Redah ikut boardwalk ajelah.
Tiket sorang rege RM5 ye.
Dari Kompleks Pelawat, boleh jalan ke tip of Mainland Asia tuh. Jalan lebih kurang 635 meter, sampai la ke hujung benua tuh. Tak terasa macam berjalan sejauh tu pun sebab tengok tup tup nampak globe tu, eh, dah sampai hujung? Mungkin sebab sepanjang jalan tu ada banyak info pasal paya bakau, pastu boleh snap gambo, baca-baca, agaknya tu pasal tak terasa jauhnya. Jauh ke tapi? Heheh.
![]() |
Dah sampai hujung. Yeay! |
*
Mulanya rasa mungkin macam nak spoil je sebab sebenarnya Ahad tu hujan. So kalau nak amik gambo langit tak cerah mana. Tapi turned up jadi cantik pulak sebab ada reflections atas lantai basah. Dan seronok tengok laut. Monyet pun ada. Dari sini boleh nampak sunset (dan sunrise juga rasanya), tapi kitorang tak tunggu. Tak nampak sunset pun sebab mendung. Dalam tak tunggu tu lama jugak la bertapa kat situ. 6.50 baru gerak balik. Dah gelap. Orang pun takde. Nyamuk banyak.
Sampai kat Kompleks Pelawat rupanya lampu dah tutup. Kecuali kat info kaunter. Ingat ada orang lagi, tapi rupanya monyet yang dah take over! Cekcepat kitorang jalan ke parking lot. Tinggal 2 kereta je dan kat keliling tu monyet banyak betul! Alahai...
Nasib baik masih ada orang tunggu kat gate, dia bunyikan hon, mungkin sebab nak halau monyet kot. Cekcepat kitorang masuk dan kunci pintu. Cabut! Lepas keluar je, gate pun terus tutup.
Rupanya dah setengah jam tempat tu tutup. Isk! Nasib baik tak bawak tripod bagai, mau carried away menyunset kan? Pastu gelabah sebab dah gelap. Hahaha!
![]() |
Interprem sikit. Hewwww... |
P/S: Bunyi macam scary kan? Tapi GB dan member gelak-gelak dalam kete sebab rasa kelakar. Ad hoc mini getaway yang berjaya! Nanti kite gi yang betul-betul punye pulak!
hihi mujur dorang tunggu kat pagar..kalo tak bermalam pulak gb kat situ kan :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSampai Tanjung Piai lebih 10 tahun lepas...hu hu hu hu tempat ni tadak lagi masa tu
Bila nak ajak ni?
tempat kapal berlabuh ke?
ReplyDeletetak semapt 'dapat' sijil ke...?tanda dh ketanah hujung benua?
ReplyDeletebestnya :-)
ReplyDeletevedi veci veni jugak akhirnya!!
ReplyDeleteada jual fridge magnet tak kat situ hihi
ReplyDeletenampak kapal bersusun... sibuk juga selat tu ye..
ReplyDeletecantik tempatnya..
ReplyDeletesetengah jam?selamat la tak kunci lagi kalau tak mau tido ngan cik nyet huhuhu
Bestnye! Nak pergi la! :-)
ReplyDeleteHahahhah...monyet take over kaunter. So, x dapat sijil lah yer...hihihihi
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi kat situ..
ReplyDeleteMasa masuk dia tak inform ke pukul berapa tutup. Nasib baik tak kena kerumun dek monyet..
ReplyDeleteOk.payung tu comel. Hehe.
ReplyDeletebila nak bersnorkeling di Sibu Island?
ReplyDeletenak tanya. signboard tuh bahasa apa.?!
ReplyDeleteCuma nak komen...Payung GB tu lawaaaaa....sekian terima kasih..
ReplyDeleteHehe..tak jauh dr kg saya & kak zakie tu.
ReplyDeleteLast time pegi sana pun musim ujan, lngsung xleh masuk sbb ada fenomena air psg besar. Dah mcm air terjun kat tangga ke kaunter tu.
tempat tu bila dah nak malam( lepas sunset), mmg agak scary...hahah
ReplyDeletedah lama saya merancang nak ke tg piai tp tak kesampaian smpai skrg. Nak sgt lihat penghujung benua asia ni. Stkt ni baru smpat smai ke penghujung borneo sahaja kt tg simpang megayau kudat sabah.
ReplyDeletecantik jugak tmpt ni...mmg terbaiklah..^^
ReplyDeleteeh...ada 3 gambor lah..hihi
ReplyDeletekak ati berazam kalau ke JB
wajib tempat ini ada dlm plan :)
Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..
ReplyDeleteTerima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com
assalamualaikum GB....mama x masuk lagi ke sini bila senang nak juga pergi la ke sini...best la..:)
ReplyDelete