![]() |
Some of the first day's |
Hari pertama di Disneyland bermula agak lewat. Lebih kurang pukul 4 lebih petang. Ye lah kan, sampai pun dah pukul berapa.
Untuk ke sana dari hotel, kene naik shuttle bus yang akan bawak terus ke Disneyland. Kurang 10 minit, sampai la. Masa sampai kat pintu gerbang tuh rasa cam nak lompat-lompat happy sebab excited. Tapi tak buat pun ngeee...
Sebab tempat ni agak luas, cadangnya kitorang nak naik tren dulu pusing-pusing tinjau-tinjau so boleh la decide nak ke mana esoknya. Nak cover habis Disneyland memang tak dapek la. Luas jugak! Attractions pun banyak. Kalaulah Hong Kong tu dekat macam Singapura je memang GB tak kedekut nak upgrade to annual pass terus so boleh pegi selalu! Layan fireworks aje pun ok!!! Ehem!
*
So kitorang naik tren. For info, route tren kitorang dah study. Spot of interest sepanjang route pun kitorang dah study. Tempat nak ngap punnn kitorang dah study, huhuhu. Sebab memasing ada map, so ada la idea sikit sebanyak. So agenda utama hari tu adalah untuk pusing by train, mark tempat yang nak spend masa esoknya, pastu cari makan malam dan lepak depan Cinderella's Castle tunggu fireworks pukul 8 malam.
Tup tup sampai first stop kitorang disuruh turun. Kitorang ingat boleh la abiskan circle...rupanya kene turun. Kalau nak naik balik, kene beratur balik dan naik ikut turn. Wuwuwu. Tak sanggup den nak beratur lagi!
Sudahnya kitorang turun menapak je. Menapak pun takpe sebab tak panas. Tapi jalan-jalan pusing-pusing ajelah. Tak singgah mana-mana pun sebab takut terbabas timing. Just amik-amik gambo. Posing-posing. Pastu dalam pukul 6 petang, kitorang bergegas pegi ke Tahitian Terrace Restaurant. Aha...for info...ini adalah satu-satunya restoren yang dah certified halal dalam Disneyland nih. Syukur kan...? Walau satu set Chicken Tandoori and Lamb Kebab with Indian Briyani Rice dia rege HKD80 (MYR32 kalau tukar duit kat Malaysia. Kalau tukar kat Hong Kong harganya jauh lebih mahal!)...tapi redha je. Makan sampai habis! Sebab ehem frankly kan....rasa dia boleh tahan sedap! Hahaha!!!
**
Lepas tu jalan lagi... Dan lebih kurang pukul 7 gitu terus pegi chop port nak tengok fireworks. Nak amik gambo!!!! Dan...time tu la GB sedar yang GB dah tertinggal tripod dalam bilik hotel!! Arghhh!!!!
***
Redha je lah. Bengang sikit dengan diri sendiri tapi itu tak menghalang GB untuk merasa sisi romantik dalam diri GB dari saat fireworks bermula sampai habis (lebih kurang 10 menet!) sambil amik gambar dengan setting burst dan tangan angkat tinggi-tinggi sebab tak nak nampak kepala orang depan...hewwwww......
![]() |
Handheld. This is not video. A gif animation instead. |
![]() |
Same goes to this one. I should have produced a better animation if I did not leave my tripod. |
P/S: Pengajaran Day 1 Part 3: 1. Pastikan tripod tidak tertinggal kalau plan nak amik gambo fireworks. 2. Lepas dah chop tempat untuk tengok fireworks, jangan pegi mana-mana dah sebab kemungkinan untuk orang lain take over port itu adalah teramat tinggi, even port itu adalah sebuah tong sampah sekali pun! Nak ke toilet? Mintak tolong member jaga rapi tempat kita. 3. Pastikan botol air mineral kosong sentiasa ada dalam beg. Untuk kemudahan beristinjak ye kawan-kawan... ;D.
...to be continued...
mujur ada restoran halal di situ....
ReplyDeleteCantiknya fireworks!!!
ReplyDeleteTeruja!
@Amin A. R
ReplyDeletehaaa..syukur kan? makanan dia pun sodap!
@littlehumblelynn
ReplyDelete10 minit keterujaan live kak! siyes best!
Kat negara-negara macam Hong Kong, China, Kemboja, memang kena ada spare air botol selalu sebab toilet kat sana tak guna air.
ReplyDelete@azieazah
ReplyDeletesingapore pun sama kan kak..
Wah terujanya fireworks macam tu!
ReplyDeletehaha... gB cam tak cukup tinggi jer tgn tu sbb pcl npk ada kepala org sikit lindung gambar mula tuh.
ReplyDeletebest gila ...mesti teruja !
Adik makin jauh berjalan jadi tak buat lompat lompat bintang?
ReplyDeleteAkak tumpang tengok gambar sajelah(",)
Cantik fireworks tu!
ReplyDeleteErr mahainya makanan, gulp!
tak pernah teringin nak ke Disneyland..
ReplyDeletepernah ke France.. tak pi pun Disneyland..
u citer mengenai disneyland.. teringinlah pulak..
klaau takde botol air mineral pakai tisu pun boleh istinjak .... hehehe
ReplyDeletesibbek de botol mineral buat cebok...hehe..
ReplyDeletesebotol air mineral ni mmg wajib ada bersama kalau ke luar negara
ReplyDeleteBestnya.. Kalau tahu GB nak ke HK.. boleh kirim keychain atau ole2 yang menarik kat sana.. By the way, nice pic.. Lain kali jangan lupa bawa tripod tu tau...
ReplyDeleteGB dok hotel mana ye
ReplyDeleteGB dok hotel mana ye
ReplyDeletecantik...!! (walaupun tak nampak dan merasainya sendiri hehe)
ReplyDeletettg botol air mineral tu..byk jugak akak baca...kalau ke oversea...dibuatnya toilet yg takde wayar kat paip tu...yalah dia org guna tisu ja kan...:)
my dream place ever...
ReplyDeletewahhh..
ReplyDeletecantik beb!!
salam GB..
ReplyDeleteKalau akak sampai depan pintu Disneyland pun rasanya akak nak lompat2 jgk sbb excited.. he..he..
Nasihat botol air tu memang sangat betul. Even ke Singapore sekali pun, botol air dan tisu kering, wet baby wipes semua kena ada dalam beg juga kan GB?
ReplyDeleteAla... usah kata HK dekat S'pore yg dekat tu pun sama. Kena sentiasa ada mineral water...
ReplyDeleterasanya tak kan smpai ke sya ke sana...pasti awak bergumbira kan..syabasss
ReplyDeleteterasa ke hong kong jgk bila bc entry gb...hihihii
ReplyDeletetak guna tripod pun mantop tu.
ReplyDelete.
Interesting! Teringin pulak nak belajar post gif animation
ReplyDeleteye la..ramai yang cakap kalau ke sana kena selalu bawak air dalam botol/hehe
ReplyDeletewah seronoknyer GB !
ReplyDeleteSelain Malaysia & Indon, kat negara lain semua kena sediakan botol air mineral.... huhu
ReplyDeletewehhhhhhhhhhhhh! ni dah tahap Wak Gelas letak gif animation! ohsemmmmmmm....sila ajar saya! hahahahah
ReplyDeletewahh.. fireworks!! cantik..
ReplyDeletecantik nya firework..best2
ReplyDeleteokela tuuu.., kahhh
ReplyDelete