Human mind and body needs to be forced and pushed and stimulated and activated in order for it to do something a human being thinks is impossible for him to do. Macam Adidas punye quote, "Impossible is nothing".
*
Last wiken GB balik Shah Alam (SA) naik bas. Tapi GB dah beli tiket online hari Isnin lagi. Namun sebab terlebih heksaited GB terbeli tiket salah hari. Gabra 2 jam! Nak kene beli tiket baru ke ni?? Pastu baru tau rupanya tiket tu boleh tukar hari... Cekcepat GB gi Larkin Sentral tukar hari. Kene caj RM3.40. Better la dari bayo another RM35 untuk tiket baru kan? Huhuhu...
Jumaat tu GB mintak budak opis tolong hantarkan ke Larkin Sentral. GB kabo ke dia, bas GB kul 11.30pm gerak. So dia stay opis dulu sementara GB balik siap-siap. Lambat jugak GB balik pun...dalam pukul 9pm. Dah siap packing-packing, GB lepak jap tengok TV. Jam pun pukul
10.30 malam. Sejam lagi baru bas gerak. Larkin Sentral dalam 7-8 minit away je dari umah GB.
For final check-up, GB bukak wallet nak cek apa yang kurang. Kuarkan tiket nak pastikan tarikh betul atau tak (lagi sekali). Ok. Tarikh dah betul. Tengok time.
11pm. Gulp. 11??
Oh no...terus call budak opis. Masa tu dah pukul 10.40pm. Gila. Gila! Budak opis bebel jap sebab dia kat opis lagi sebenarnya (senak pankreas dah time nih!). 5 minit kendian dia call lagi. Jalan jammed. Ada roadblock katanya. Mungkin sampai lambat. Arghhh...lagi senak pankreas GB!!!
Takpe. GB doa banyak-banyak, kalau betul kepulangan GB ni ada kebaikannya, maka GB akan naik jugak bas tuh walau ada halangan. Kalau GB tak dapat naik bas tu...pasti ada hikmahnya. Kalini GB berserah dan bertawakkal pada Allah.
**
Kul
10.50pm. Dak opis GB call. Dah dekat.
10.53pm, dia sampai. Cekcepat GB naik dan dia pecut laju-laju ke Larkin Sentral. Tepat pukul
10.59pm kitorang sampai. Time tu dah nampak ada satu bas Transnasional dah gerak kuar dari platform. Huh. Dupdapdupdap dah jantung GB. Tapi ada satu lagi bas Transnasional belum gerak. Harap-harap itu bas ke Shah Alam.
Berlarian GB ke platform tu. Bila sampai, tengok-tengok tu bas ke KL...sah lah yang dah gerak tadi tu bas ke Shah Alam. Cool GB cool. Jangan gabra. GB saja buat-buat tanya kat driver bas ke KL tu,
'Bang, bas ke Shah Alam dah gerak ke?'
'Dah, baruuu je gerak. Nak gi Shah Alam ke?'
'A'ah...ala..boleh tak tolong call kan driver dia suruh stop jap?'
'Abang boleh try call dik, tapi dia ni susah sikit nak angkat talipon. Takpe, abang call jap eh...'
*****************************************************************************
'Dik, tu bas tengah nak kuar simpang, dia tunggu kat situ.'
'Ok, tengkiu banyak!'
Dan...bermulalah adegan explorace GB berlarian berWatson Nyambek dengan kasut wedges dan handbag gedabak kaler biru demi mengejar bas idaman yang dah dihon-hon dek bas-bas lain yang nak kuar simpang tapi kene block dek bas GB. Gittewww...
Sampai je...co-driver dia yang dari jauh ada gaya cam Dr. Faiz angkasawan tuh dah turun menunggu. Kacak tuh! GB dah sempit paru-paru sebab semputttt....!!!! Nasib baik diorang tak marah. Hihihi...
*
Back to mukadimah. Berlari adalah sesuatu yang GB tak suka buat sebab GB tak yakin GB boleh berlari. Tapi bila dalam keadaan terpaksa yang mana melenggang kangkung bukanlah satu opsyen yang bijak, rupa-rupanya GB mampu berlari. Laju ok! Sekian.
P/S: Sila paksa GB buat benda lain yang GB rasa GB tak mampu buat juga. Seperti mengorat orang lelaki bujang yang berpotensi ke...susah nho GB nak buat, tapi kalau terpaksa boleh je kan kan?? :p