(Amaran: Entri ni panjang gile kot! Baca dengan risiko sendiri...)
Since GB dah penah cerita panjang lebar pasal jalan-jalan kat KK ni masa last time pegi, maka GB cerita pendek-pendek sudah. Pasal tempat yang GB pegi...boleh baca balik kat entry lepas. Nanti GB taruk link. Kecuali kalau ada tempat yang baru GB sampai, baru GB akan bercerita. Boleh?
Kali ini GB terbang dari Senai Airport, naik Air Asia. Berempat. Tiga terbang dari Senai, sorang terbang dari LCCT. Diorang semua first time ke KK. Dan GB pulak baru tiga kali. Patut jumpa kat KKIA dalam pukul 9.30 malam. Tapi....
Sorang geng jenjalan lambat. Dia sangkut kat jammed kat Jalan Skudai dan GB pulak terpaksa melencong ikut highway yang jauh 2 kali ganda dari jalan biasa sebab jammed jugak. Dalam pada tu GB pulak dok risau geng KL. Dapat SMS, mungkin tak dapat join katanya. Dia busy sangat the whole day. Sampaikan lagi 25 minit nak boarding, dia dalam bas lagi. Kata dia, kalau sempat...sempat la. Kalau terlepas...dia balik umah ja. Aduh... GB rasa nak pitam. Siyes! So on the way tu asyik busy call sana sini sebab nak follow up status. Adoi...mood hampir kena cantas!
Tapi...kitorang semua managed to get to the airport on time! Alhamdulillah. Member KL depart kul 7.25pm gitu. Kitorang pukul 8.20pm. Tapi...flight delay pulak.... 2 jam lebih ok! Rasa bengang pulak sebab baru lepas berpeluh berlengas sebab lari mengejor flight tadi. Huh!
Sampai KK... tengah malam dah. Kesian geng KL. Penat kot tunggu kat airport lama-lama. Terus kitorang amik kete sewa, drive to hotel, check in, dan tido!
*
Esoknya...kitorang check out, gi isi minyak full tank, dan terus gi Jesselton Point. Sampai, cari tiket boat, cari makan dan terbang ke Pulau Mamutik. Terbang pakai bot laju le tapi... hihihi...
Kat Pulau Mamutik ni kitorang snorkeling aje. First time ever GB snorkel ok! Setengah jam jugak duduk aje kat atas pasir sebab takut nak masuk dalam air. Kaki je basah...kepala tak basah pun. Lepas tu try rendam-rendam. 10 minit abis kat situ. Praktis pakai goggle dan praktis bernafas. Slow slow sangat.
For info...GB takut air ye...
Lepas tu baruuu berani nak ke tengah. Rendam-rendam badan. Biar floating. Tu pun kadang panik gak bila rasa kaki tak jejak dan air laut masuk dalam mulut. Yeckkk! Nasib baik teringat GB tengah pakai life jacket, kalau tak sure meraung minta tolong punye...
Takpe...slow-slow...no panic...no panic...
Tup tup sedar tak sedar...GB dah terapung sampai ke tengah rupanya. Leka tengok ikan... batu karang... Oh... Subhanallah... cantikkk sangat! Terus berangan nak snorkel lagi next round kat tempat lain pulak....tapi kene beli waterproof casing untuk camera la. Sebab rugi laaa snorkel tak amik gambo!
Tetiba GB dengar orang jerit-jerit. Uiks...apasal? Terus tengok darat...apa jadi? Rupanya life guard suruh naik atas darat. Hujan! Time tu baru la nampak langit hitam, rasa angin kencang dan ombak kuat. Tapi GB kat tengah laut lagi dan dilambung-lambung pulak tuh! Tu namanya snorkeling tak ingat dunia!
Lepas naik ke darat, hujan turun lebat sangat! Yang pelik semua orang nak berlindung bawah shelter. Padahal tadi memasing main air laut. Ni air hujan tak nak main pulak? Hahaha!
**
Kitorang balik ke Jesselton Point by tengah hari. Lapar balik... Tapi kitorang tak boleh lambat sebab nak drive ke Kundasang pulak, dan wajib sampai sebelum gelap. So kitorang makan kat Tamparuli je. Makan kat tempat yang sama yang macam
GB penah makan dulu tau. Kedai sama, menu lebih kurang, harga pun murah macam dulu jugak. Hihihi. Sambil bawak geng pegi jalan dan amik-amik gambo kat the
real Jambatan Tamparuli hehehe... Ye laa...kalau diorang drive sendiri sure diorang tak melencong masuk ke Pekan Tamparuli. Sure nye terus ikut jambatan concrete baru tu dan ingat
'laa..macam ni je ke Jambatan Tamparuli?'. Betul tak??
Sempat lagi tuuu beli baju kat Pekan Tamparuli....adey!!!
Rumah Terbalik? Nanti la masa on the way balik... Tak excited nak pegi pun...tengok le cemana nanti. Huhuhu...
***
This time kite sewa kereta dan GB drive. Nak ke sana sini pakai GPS dak Nokia 3210 tu aje. Heheh. Bilik kat Kundasang pulak GB book kat Agoda.com. Masa sampai tu dah pukul 4 lebih. Lambat jugak. Sebab singgah
Pekan Nabalu, tengok souvenirs, naik look out tower, makan nenas. Pastu jem sikit kat Jalan KK-Kundasang. Sebab ada kegiatan repair jalan dan melebarkan jalan kat beberapa tempat.
So bila sampai, GB terus ke Kinabalu Mountain Lodge. Mula tu GB ingat Kinabalu Mountain Lodge ni tempat yang sama yang GB tido
dulu. Mountain Resthouse. Ingat dia dah renovate dan tukar nama. Dah masuk nak parking pun, pastu bila tengok balik...eh..sama je macam last time datang. Nama pun sama. Silap dah ni... Nasib baik owner dia bagitau mana sebenarnya lokasi lodge tu.
Jalan masuknya adalah 500 meter
sebelum entrance ke KK Park ye. (Yang Mountain Resthouse tu pulak 500 meter
selepas entrance ke KK Park...). Dari simpang entrance nak ke tempat tu kena drive lagi 1 km ke dalam. Dengar macam 1 km je kan...tapi 10-15 minit jugak baru sampai. Jalan sangat mendaki. Berkerikil. So kena slowww je. Sempit pulak tu. Tapi view cantik di kiri kanan buat driving slow-slow itu sangat menarik!
Sebenarnya...masa first time datang Kundasang dulu...GB tidur kat satu tempat yang GB dah lupa apa namanya. Puas google kat google map... macam jumpa, tapi macam tak betul. Rupanya masa on the way nak ke lodge kitorang tu akhirnya GB jumpa tempatnya. Halleluyah Retreat Centre. Rasanya dulu nama dia lain. Tapi kan...GB punya excited sampai tak sabar pulak nak datang lagi ke Kundasang walaupun time tu memang dah ada kat Kundasang pun! Hahaha.
Tapi...nak tau tak apa yang buat Gb tak boleh lupa tempat ni?
Bangun awal pagi. 3.30 pagi. Tunggu terbit mentari. Awan gemawan dan bukit bukau berbalam sudah semacam pulau di lautan saat disimbah cahaya mentari pagi... View tu GB tak penah dapat kat tempat lain. Situ je! Situ! 11 tahun...11 tahun ok... GB simpan memori tu dan tak pernah lupa malah asyik termimpi-mimpi. Dan next time ke Kundasang, GB dah tau nak tido kat mana! Yeahhh!!!
Akhirnya...kitorang sampai jugak kat Kinabalu Mountain Lodge itu... Sungguh indah view dari situ. Cantik sangat. Nyaman sangat. Sejuk sangat! Dan lepas check in, GB terus cari toilet! Sejuk!!!
****
Lepas solat, kitorang turun. GB nak layan sunset. Nampak tak nampak aje sunset nye, tapi indah sangat. Indah... tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Dulu pun GB penah layan sunset jugak tapi dari tepi jalan la. Lebih kepada kejar sunset time tu. Time tu punye sunset....ohsem! Tapi GB tak dapat capture dengan baik. Nak tengok?
Sana.
So this time GB santai aje menyunset. Angin dingin memang kencang berderu. Tapi takpe...sejuk gedi pun GB tak kisah... Terus tunggu blue hour. Sampai hilang semua warna. Lepas tu masuk dalam makan megi. Hehehe.
P/S: Esok punya agenda bermula awal. So tido jom. Sejuk woh!