Musim hujan sekarang. Kat JB ni asal pukul 3 petang je, hujan. Asal hujan je..pukul 3 petang. Hihih. Tempat lain gitu jugak ke?
Bila hujan kerap dan lebat ni, pergerakan memang la sedikit terbatas, nak nak GB kene turun site. Tapi hujan tu rahmat, jangan lupa. Dan jangan lupa jugak yang waktu hujan ni adalah waktu yang mustajab untuk berdoa sebab waktu ni pintu rezeki terbuka luas.
Bila hujan ni kadang-kadang kite cepat lapar. GB laa...orang lain GB tak tau. Selalunya terasa nak makan benda panas-panas berkuah. Macam mee kari ke...nasik arab ke... *lap air liur sekarang!
*
So sempena meraikan musim hujan yang sejuk sejuk romantik ni, meh le GB share klip youtube nih. Keroncong Hujan by Adibah Noor. OST filem feveret GB, Mukhsin. :)
Keroncong Hujan - Adibah Noor
Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara
Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa
Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung
Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi
kat sini baru jeh hujan setelah 5 hari tak hujan.
ReplyDeletesepa,
Deletesyukur... 5 hari yang tak hujan tu mesti baju cepat kering. Huuu
kenapa gambarnya sudah bergoyang2
ReplyDeleteku-cit,
Deletegambar goyang sebab kete tengah gerak tu. Huuu
Now, ee jugak sdg dgr OST dr filem Yasmin,Pergi. Dah bc Yasmin: How do you know? Best.
ReplyDeleteEE,
DeleteOST Talentime banyak yang best2 kan? Gb belum baca lagi tuh. Best ek? EE dah abis baca ke?
Cool shot :)
ReplyDeleteSyed,
Deletengeee...thanks!! :D
bila hujan jer, perut uncle berkeroncong !
ReplyDelete* berseni gambar hujan tu !
uncle lavendari,
Deletengeee...nasib baik uncle cakap gambo tu berseni. Hehehe
hujan warna warni ni.... abah sampai tiga kali tersalah lorong masa kat JB hari tu hujan yg tersangat lebah sehingga tak nampak dengan jelas jalan susur yg mana satu nak masuk.. hehe
ReplyDeleteabah zino,
Deletenasib baik last2 jumpa juga jalan ke BBU kan? Hehehe!
hujan2 ni kain baju bergayutan mcm kt kedai bundle dah...
ReplyDeletekamsiah,
Deletesib baik saya basuh baju seminggu sekali. Heheh
Musim hujan petang, balik keje mesti basah
ReplyDeletethe malay male,
Deletesama laaaa...
Tu pasal selalu balik malam, tunggu hujan reda.
Hujan lg syok dr panas. ..he he
ReplyDeletenorh,
Deletehihi. Setuju!!
bila hujan, gigih mencari makanan. (time bekerja)
ReplyDeletebila hujan, gigih mencari tilam / comforter (time cuti)
hehhe, terserlah kemalasan di situ!!
nisah idham,
Deletehahahha! Sama la kitaaa!
same lah,kalau hujan akak teringin nak hirup bihun sup :)
ReplyDeletetihara,
Deletebihun sup pon sodap hujan2 kan??
SAMBIL DRIVE SAMBIL KLIK YER :)
ReplyDeletemama2Q,
Deleteorang lain yg drive this time...heheh.
dh layan mee rebus haji wahid..
ReplyDeletesedap tau gb
CR,
Deletedahhh... Sedap. Saya suka!
Wahh...!
ReplyDeleteKo pun dah jadi Picasso versi digital eh... hahaha
nizam,
Deleteheheh. Aku amik ko jadik sumber inspirasi. Kuikuikui.
KAT KUCHING PUN SAMA,ASAL PTG MESTI HUJAN..SEKARANG PUN TGH HUJAN LEBAT
ReplyDeletebui ,
Deletewewwww...syok ok hujan!
assalamualaikum GB...betul tu kat jb ni petang jer hujan tapi masa tu la mmg elok kita memohon doakan...:)
ReplyDeletemass zul,
Deleteitu lah kan? Sebaiknya memohon doa masa hujan. :)
lagu hujan kemarin by taxi band pon sedap.. cube la dengar nak2 lagi time hujan... :')
ReplyDeletecik gee,
Deletereally? Ok, jap nak dengar! :D
mata pun ngantuk je bila time ujan nih..:)
ReplyDeleteKB hujan 24 jam dah dekat 3 minggu, tapi belum banjir lagi
ReplyDeletesamo lah kat Bangi ni...potang jerk hujan....potang jerk hujan....tapi Alhamdulillah...rahmat....
ReplyDelete@diana
ReplyDeletehahaha memang punnn!
@MystoryPic
ReplyDeletewahh...3 minggu stret? baju boleh kering ke? hewww
@jeBateja
ReplyDeletealhamdulillah... :D
huh !!
ReplyDeletepenin saya nengok gambau ini!!!
:)
mandi dapat hujan lebat pun bagus untuk hilangkan penyakit..Insya Allah..tapi kna tunggu hujan dah lama sikit!!!
ReplyDeleteI suka lagu neh tau... hehehehe
ReplyDeleteaah..sama kat shah alam ni pun..asal petang je hujan..
ReplyDeletegambar tuu macam ada zz zzz zzz lah. lawa2. haha
ReplyDelete