 |
Ini cuma selingan. Tapi mau share jugak dengan kawan-kawan. Ye..GB dah confirmed. Heheh... |
Sejak
geBu gemuk (ok sila ketawa), GB tak pernah tak usaha nak diet. Nak kurang kan berat badan. Nak panjat Gunung Kinabalu. Nak hiking. Nak trekking. Nak sihat. Nak fit. Tapi bukan la nak kurus sangat. Curves yang ada tu GB nak menten tapi lemak-lemak spare tyre yang melambak tu GB nak buang lah. Boleh gitu?
Tapi frankly, berat GB turun paling-paling banyak masa matric dulu. Turun 15 kilo dalam tempoh 6 bulan dari berat asal masa baruuu masuk matric yang sebanyak XX kg. Kuikuikui... Tak diet tapi. But nampak la bezanya. Masa baru masuk matrik muka dan badan bolat! Bila dah abis matric, dah kurang dah kebulatannya. Heheheh.
Sebab-sebab turun? Mungkin bizi kot? Bizi dengan studio. Kelas start seawal 8 pagi. Kuar pagi balik pun pagi. Berembun kat studio tu perkara biasa. Pastu dorm tingkat 4. Of kos la takde lif kan. Naik turun tangga. Then selalu sangat-sangat lupa nak makan. Kadang tu dah nak Maghrib baru sedor 'Eh, GB tak makan lagi sehari suntuk.'
Kalau niat puasa dah dapat pahala dah...
*
Then, GB menten berat dan shape yang sama sampai abis belajar. Sebab tu masa baru keje dulu GB boleh berlari dalam high heels sebab nak kejar cab. Pastu lari lagi nak kejar meeting. Dalam high heels juga. Time tu sokmo naik public transport sebab belum ada kete lagi.
**
Lepas tu GB beli kete. Bermula lah episod pengumpulan lemak kembali. Naik balik badan GB yang solid nih. Nasib baik tak sebanyak masa GB baru masuk matric tu. Tapi banyak la jugak. Mula la kelam kabut try diet tu, try diet ni. Ada diet yang berkesan tapi efeknye GB sembelit sampai rasa macam nak beranak (agaknye la, GB hentam je ni sebab tak penah beranak pun kan). Then stop diet tu. Ada diet yang bukan je tak sedap, malah kene kontrol apa yang kite makan. Nasi takleh. Itu takleh. Ini takleh. Aisshhh...ini takleh jadi nih! Then failed.
***
Last month GB contact
Aspen. Nak beli Herbalife shake. GB nak try. Dah lama GB fikir nak try tapi dok tangguh-tangguh. Tapi time tu GB dah janji nak jadik pengapit untuk housemate GB dan adik GB pun nak kawin bulan doblas jugak. So GB nak la slim down sikit, kot kot cukup 2 bulan untuk turun at least 10kg ke. Mano la tau kan kot kot boleh nampak cam Maya Karin atau Kajol atau Rani Mukherjee ke time tuh? Nak nampak cam Catherine Zeta-Jones jauh sangat la pulak rupanya. Hahahaha!
Aspen datang umah. Dia timbang-timbang GB dan adik dan ayah. Last-last GB beli 2 shake. Adik GB beli 1. Then mulai hari tu GB pun diet ikut cara yang Aspen (coach) ajor. Disiplin jugak la. Yang boleh disiplin tuh sebab diet dia tak susah. Time makan, makan sampai kenyang. Dan shake tuh sedap pulak tu. Cuma satu je susah sikit. Air kene minum banyak. Haa..yang tu kadang GB cheating-cheating jugak sebab asal minum je nak gi toilet. Kalau kene gi site susah sikit sebab toilet jauh. Tapi bila dah balik opis GB topap la air...
Tapi ada sekali tu GB skip shake nak dekat seminggu sebab demam. Tak lalu nak sumbat apa pun. Makan apa pun tak. Tapi lepas baik demam, GB continue amik shake.
Note: Pada masa yang sama adik GB tak minum shake pun. Dia buat harta karun. Boleh??
****
Last week GB balik KL. Coach datang umah nak timbang. Timbang-timbang, eh, turun 3kg! 3kg untuk orang yang suka tipu-tipu dan skip nak dekat seminggu dan kadang makan tak hengat tuh GB kira dah cukup banyak! Wah...ni festaim diet GB berkesan. Dan adik GB? Naik 2 kilo. Hahahaha!!! Baru reti nak jeles... :p
Then, GB beli Tea Mix sebab nak assist lagi weight lost. Reason? GB tak sempat eksesais yo! Kire cheating gak la kan?
Pastu GB continue amik shake macam biasa, makan macam biasa, cuma tambah Tea Mix aje dalam diet kali ni. Hmmm...hampir seminggu... Pagi tadi GB timbang. GB pisat-pisat mata. Betul ke mesin timbang ni? Sebab GB turun lagi 4kg. Pastu turun tengok kot kot ada sisihan. Then naik balik. Eh ye la.. memang dah turun lagi 4kg. So maksudnye total GB dah turun 7 kilo!!! Wahh!!
Happy? Of kos la happy! Nak kata nampak kurus tu belum la. Lemak tepu ni amik masa nak kasi cair abis. Tapi perasaan tu memang berbeza. Baju dan seluar jadi longgar, dah macam pakai baju pinjam. Pastu kalau pakai jeans, tang perut dan bontot dah nampak kurang bulky. Kalo idok tu nampak geBu kentang sokmo. Ish! Baju yang selama ni bila pakai dia sangkut kat perut pun dah tak sangkut dah. Perut still boncet la tapi dah tak nampak obvious kat baju yang agak body fitting tu. Dan satu lagi GB rasa lebih energetik. Badan rasa ringan so rasa rajin sikit. Hehehe.
Lepas ni tak geBu dah la GB. Heheheh!
Kalau GB ikut betul-betul cara yang coach suruh, mesti turun lagi banyak kan? Heheheh...
P/S: Kenapa GB cerita semua ni? Alohhh...sebab dah nama pun blog personal kan? Kalau taknak baca takpe, GB tak kisah pun. Lagipun GB seronok sebab diet Herbalife ni memang berkesan, dan aim untuk selim melim bakal tercapai akhirnya. InsyaAllah... Yey!!