![]() |
Tanjung Harapan Sunset. Pakai filem dan Nikon FM (March 2012) |
(Sila baca sampai habis untuk tahu jawapan)
*
Kali terakhir GB amik gambo pakai kamera filem adalah pada tahun 2004. Lepas tu beli digital kamera dan filem hanya tinggal sejarah.
Tapi this lately sejak GB ternampak balik kamera SLR lama yang kena pakai filem yang ayah GB punye tu (nak tengok? Sini.), terasa macam nak berfilem balik. But not on normal basis la. Cuma GB nak sekurang-kurangnya masih reti operate kamera cenggitu.
Mula tu memang susah sebab dengarnya dah takde kedai jual filem dah. Cari kat online, ada, tapi banyaknya dah expired. Pastu ada member cakap kat Sri Gombak ada, tapi bila time pulak nak terjah kan? Pastu tup tup GB terjumpa kedai gambar Khalaf Jaya kat Subang Perdana yang dekat dengan Kampung Subang tu. Kedai tu ada jual filem rupanya! Dan ofkos la boleh proses filem jugak dan siap boleh scan dan save dalam CD lagi (with additional cost). Tak sangka sungguh sebab fikir nak cari jauh-jauh, sekali ada je yang dekat dengan rumah.
*
Selamat dah satu roll filem dicuci. Mula tu GB ingat ada sekeping dua je yang jadi, sebab dah lama gile tak pakai kamera manual. Sebab bila dah taruk filem, ISO dia dah fixed, kadang tu setting aperture dan shutter speed terbabas jugak sebab terlupa atau sebab nak shoot spontan, tapi nasib baik suma gambo jadik walau tak semuanya perfect.
Walaupun ini bukan iklan dan takde komisen pun dari kedai tu, even depa pun tak tau GB post pasal depa ni, GB nak bagitau jugak: puas hati lah dengan servis depa. Siyes. Kalau ada yang nak tanye pape pasal kedai tu silalah email GB okeh. ;D
**
P/S: Keje membelek gambo dalam album ni feeling dia nostalgia tau! :D
gilak lah..memang salute lah generasi muda macam GB kalau tahu operate SLR...saya teringin nak tengok kamera tu, nanti kalau ada gath blogger, boleh bawak tak? ngheeeeeeeeeeee
ReplyDeleteGB::
ReplyDeletetahniah...bertambah lagi kepakaran GB :)
js pun ada lagi kamera pakai filem ni..nk gi sana cam jauh plak...huhu..
ReplyDeletesbb kalau guna filem gambar mesti dicuci tapi guna digital asyik terperap dlm lappy..hihi
kalau guna filem,boleh delete ke gambo yg kita tak nak?
ReplyDeletekat Kulim masih byk kedai gambar yg jual filem...
ReplyDeletekdg2 seronok jugak kan...nak tgk hasilnya.tak macam digital..tak cantik,padam...amik semula...tak puas ati lagi..padam...
nostalgia betul belek belek filem tu dik..
ReplyDeleteNanti mak cari balik kamera lama ayah. Dulu ayah ada beberapa gulung filem yang belum digunakan. Tak tahulah ada lagi ke tidak. :)
ReplyDeletehehehe...banyak lagi jual tu
ReplyDeleteSLR tu bagi sy, amat payah untuk setting. Tak mcm DSLR. Tp sy suke. Lagi suke klu dpt cuci sendiri gamba. Zaman dulu2 la. Zaman hujung2 90an. Zaman2 awal2 milenium. Hehehehe....
ReplyDeletekat pekan kecik mcm kg saya masih ada lg kedai jual filem tu..
ReplyDeleteigt lagi masa nak abis skolah..share ngan kengkawan beli filem 36 keping..pakat share ambik gambar dapatlah sorang 12keping..kena posing2 betul2 takut rugi..kena cari jugak member yg pandai ambik gambar
sgt nostalgia :)
entry GB ni mengingatkan kenangan ambek gmbr guna kamera berfilem. Bila tinggal lagi 2, 3 keping mulalah gabra sbb nnti dah tak boleh ambek gambar lagi. Pastu bila dah cuci gambar, excited la pulak nak tgk gambar tu camna. hahaha. kenangan tul la.
ReplyDeleteada2
ReplyDeletecantikkan gambo pakai filem ni..kedai kwn sy pun ada jual..kt ghanu tp..
ReplyDeleteGambo GB yg kt atas tuh cantik sgt :)♥♥♥
ada..mesti la ada...
ReplyDeletetp tak tahu la plk ada ke tidaknya..sbb lama tak guna jenis mcm tuu.
salam
ReplyDeletebaru beberapa hari lepas jumpa kamera filem kat kedai kuatan, tp 2 biji je,,, filem x taulah ada jual ke x...
tengok sambil gelak2...ingat cerita dulu...payah benar nk beli kamera ini..
Perghhh...sy ada simpan lg camera Minolta yg krek~krek~krek tu. Tautk apa yg krek3nya, alaa kena guna ibu jari pusingkn filem sblm snap. Tp, tktau boleh guna lg tk...huhuhu
ReplyDeletestill ada lg kedai yg jual
ReplyDeletetp aku suka beli kat theclickshop
mcm2 jenis film ada
paling best kl dpt film expired! hahaha
kat kg kite ade lg awak....
ReplyDeletenih kira dah terjawablah soalan aku eh....
ReplyDeleteeeeeeeeeeee...pernah ada kisah misteri dgn filem. Bila 2 entiti dari masa berlainan kelihatan dalam satu gambar woooooo serammmmmm woooo
ReplyDeleteAde. Saya pakai kamera guna filem. I use LOMO
ReplyDeleteAde. Saya pakai kamera guna filem. I use LOMO
ReplyDeleteFilem utk kamera dh nk jadi barang antik skrg. Dulu sblm wujud kamera digital, filem Kodak, Agfa, Konica antara pilihan utama tp skrg SD Memory Card yg class dan berkapasiti berapa Gbytes yg jadi pilihan. Masa guna kamera filem, saya blh ambil 40 kpg gmbr guna filem 36. Dpt extra 4 kpg.
ReplyDeleteyg bestnya... guna filem tak dak noise...!
ReplyDelete:)
Hmm.. susah nak cari kedai filem ni... mission impossible tu.
ReplyDeletebest tu.. hehhe.. bleh tnye x.. cam mane nk beli on9 film expired tu.. huhuuh
ReplyDelete