Lama dah nak buat entry ni. Tapi asal nak upload je mesti ada dapat FM baru, tapi belum sempat tangkap taruk masuk kamera. Kena la tangkap gambo baru dulu baru boleh post kat blog. Hihi...saje je kan? :p
Sebenarnya GB jenis penyegan nak mintak souvenir, tapi kadang-kadang tu berani-berani je buat tak segan. Alhamdulillah dapat. Ngeee...tengkiuuu... :D
*
Sebab FM memasing berterabur tak tersusun, maka GB sebut ajelah FM dari mana dan dari sape eh.
1- FM Hong Kong dari
DrSinga. Ada lagi, FM katok ijo tapi tak tampal kat fridge sebab nanti mak GB seram nak masak. GB taruk dalam bilik aje. Dan jugak perpium bau blueberry muffin yang dah habis separuh tuh. (I love u kak. Ada barang GB belum pass nih! :D)
2- FM Kota Kinabalu dari HotMami
Ely Hasrul . FM tu dia bagi sekali dengan pouch burung hantu yang di pass ke GB sempena suatu kontes. Yang menang
WakJan sebenonya tapi dia pass ke GB. Kire rezeki GB lah tu. Eheheh... *Betul-betul dah berzaman baru berjaya buat entri ni.
3- FM couple Korea, Cameron Highlands dan Taj Mahal tu pulak
Mas Zuber yang bagi. Yang CH tu ada banyak, tapi yang dia bagi 1 atau 2 di antaranya. Aiyoh. GB pun dah kompius.
4- FM Vienna, Lake Toba dan Bali pulak
DrHanie yang bagi. Ada lagi yang dia bagi tapi bukan FM lah, kalau tak silap dari Vietnam kot datangnya.
5- Yang FM kuda
kepang laut tu datangnya dari Miri. Dak
Sepa ni yang bagi. Yang ni GB memang tak malu mintak sebab mula tu ingatkan dia gi outstesen sana, rupanya dia memang dok sana lah!
6- Aha! 2 keping FM dari Kuching tu
WakJan yang bagi. Yey! Dah ada 4 FM dari Sarawak. Huhuhu.
7- FM Bali kaler biru tu
MissYammy yang bagi. Ala yang, tadi I lupa mana blog u. Soweee...hihihi~
Selebihnya member bukan blogger yang bagi, tak pun beli sendiri.
*
Ada lagi beberapa benda yang bukan FM tapi member blogger ada bagi jugak. Purse dari Sabah
Jemarisuri yang bagi.. Hihi Tengkiu awak... Ketip kuku dan kuih bahulu gula melaka (borasak) dari Sabah juga, Mak
Kakcik Seroja bagi... (muah sekali!). Dan selendang dari Mekah
Acu Sayang bagi. Love it Acu! Oh tak lupa, keychain ikan
ZafiraNabilah bagi. Suker sangat and tengkiuuu!!!
Dannnn...GB ada satu crochet brooch bunge kaler purple yang GB selalu pakai sekarang tapi siyes lupa sapa yang bagi. Adoiii...nak bekalan kismis plisss!!!
Umm..mungkin ada lagi yang tak sebut. Kalau ingat nanti kite update eh. Gambar later GB tayang. Huuu~
P/S: GB masih ada FM dan postcard yang pending tak pos pos lagi. Adeyyy...bile la nak pos ntah!