![]() |
Natural Heritage section at lower floor of Muzium Alam Shah, Shah Alam |
*
Sebenarnya kalau takde hal GB tak terfikir nak jejak situ pun. Tapi kebetulan adik bongsu GB si Boboy yang baru dapat result SPM bebaru ni ada interview dan briefing untuk masuk IPT kat situ. Dia dapat buat diploma course Computer Engineering.
*
Sementara nak tunggu dia setelkan hal nye, Gb pusing muzium dulu. Menarik rupanya eh. Sapa sangka Putrajaya dan Shah Alam punya nama lama dulu tak glamer langsung! Heheh.
Entry fee adalah percuma dan kita bebas mengambik gambo collection mahupun berposing sakan dalam tu. Peminat sejarah, pencinta seni dan budaya, peminat sukan dan alam sekitar mungkin boleh duduk dalam tu lama-lama sambil belek-belek bahan pameran kat situ. Kaki foto pun ada banyak benda menarik untuk ditembak. Pendek kata, tak rugi pun pegi.
Cembese, GB akan taruk gambo banyak-banyak-baaaanyakkk dalam belog lagi satu tuh. Sekarang ni tengah gigih mengabiskan entry Temasek tapi. Heheh.
P/S: Sayang jugak la sebab tak dapat join gathering kat umah uncle LF, tapi harap-harap kita dapat berjumpa lain kali ye. :)
apa nama lama putrajaya?
ReplyDeleteps: boleh bantu saya 'like' sesuatu?
saya pun tak penah masuk lagi..orang selangor tuh!!..haha.
ReplyDeleteoo ada muzium kat shah alam..sian kat akak ni, baru taww..hehe :)
ReplyDeleteNanti kalau buat pertemuan di rumah mak, GB mesti datang tau. :)
ReplyDeletemai la ambik gambar bonsai kat muzium alam semulajadi di putrajaya ni yg sedang berlangsung...ajak anak2 taknak gi pulak...huhu
ReplyDeleteaku dah lama tak masuk muzium.
ReplyDeletedan.
tak pernah lagi ambik gambar dalam muzium.
.
mcm menarik....sautu hari kena jejak juga kesana ni
ReplyDeletealoor akak x pernah masuk sini nie .. hurmm bile lah berpeluang ...
ReplyDeletepada ko dekat.! pada aku pulak sgt jauh.! :p
ReplyDeleteMenarik ke kat muzium shah alam? saya tak pernah pergi wpun tinggal kat shah alam..nanti boleh bw anak-anak jalan sana..btw salam perkenalan..
ReplyDeletehe...he....baru taw....selangor ada muzium...ahakz
ReplyDeleteGB acik pun tak dapat pergi sarapan bersama di rumah dato'LF tu..ada urusan lain..
ReplyDeleteacik ada kenangan dimuzium shah alam tu..
menarikkk ni..
ReplyDeleteboleh terjah..
morning GB !
penah pegi muzium ni.. meeting dgn jkns. tp mcm kurang promosi kan
ReplyDeleteada gambo moyang mr apek dlm muzium ni. haha
eh, muzium tudm tu bole pegi ek? open for public?
aku yg duduk kat sini pun tak perasan ada pameran baru tu...hehehe
ReplyDeleteacu cuma pernah ke Muzium Negara je
ReplyDeleteselain dari tu acu belum pernah sampai :)
like the ukiran tangga. impi nak buat rumah macam ni la.
ReplyDeletesuka muzium yeaaa
ReplyDeletecomputer engineering..sounds great!
ReplyDeletex sangka boboy dah bujang..kejap jer kan masa berlalu..
kalau tak kerana si Boboy tu, pasti kamu pun tak berpeluang ke situ ekk ...
ReplyDeleteWakjan pergi lama dulu, masa zaman baru2 buka itupun abah yang bawa.
nama lama bagi Shah Alam ? apa ekk ? nak teka lah ... Sg. Renggam kot ? rasanya lah, main hantam aje ni hahahaha ...
kalau salah, malu ooo Wakjan sebagai warga Shah Alam sejak tahun 1999 lagi huhuhuhu ...