Seminggu yang ni kan adalah giler packed dengan aktiviti terancang dan tak terancang dan demam yang taknak baik-baik
dan jugak konflik kat tempat keje.
Khamis lepas kitorang anto Boboy gi kolej dia kat Kampar. Cantik tempat tu. Ada tasek-tasek, gunung-ganang (sebab dah dekat dengan Cameron Highlands) dan kubur-kubur. Dia dapat course computer science, pastu tup tup semalam dia cakap nak tukar course. Nak jadik chef katanya. GB si kakak sulung ni ok je as long as dia nak sambung bajar. Pastu mak ayah speculate kononnya Boboy nak tukar course sebab lecturer dia
yang ensems, gentleman lagi baek hati tu dah racun baek punye. Haritu pulak masa anto Boboy lecturer itu sudah usha GB baek punye sampai GB lak naik malu. Ampun eh kalau encek lecturer terbaca ni. Jangan la potong markah budak tu eh. Hahaha~
*
Settle urusan Boboy, kitorang plan nak gi Cameron Highlands sebab awal lagi. Tapi dah hajat nak singgah kat tasek tepi jalan jap. Nak tembak la sikit... Pastu tup tup ayah dapat call. Paksu GB eksiden. Kat Alor Setar nun. Bila tengok mak dah nampak risau sangat, GB cadang kite patah balik dan terus ke Alor Setar aje. Sebab dah alang-alang kan...
**
Kitorang ikut jalan dalam dulu. Lalu Pekan Kampar, kampung-kampung, Sungai Kampar, area Dipang, Gua Tempurung etc etc sementara nak jumpa jalan keluar ke highway. Eh, nice ok ikut jalan dalam. Banyak boleh diusha-usha. Tapi kan....tapi....korang ada baca berita tak pasal kampung yang tenggelam kat Dipang tuh?
***
Masa lalu kat Sungai Kampar, ada polis berkawal. Ingat ada roadblock ke mende, tapi lepas tu tengok ada pulak bomba, van Pertahanan Awam. Dan line kuning hitam tuh. Ingat ada orang lemas (nauzubillah), tapi rupanya banjir besar dan seluruh kampung tenggelam. Ada rumah yang tenggelam paras 1 meter je, tapi ada yang tinggal bumbung aje. Teruk sangat! Jalan tak terjejas tapi sebab tinggi. Itu la Kampung Dipang. Terus teringat kisah tanah runtuh kat POS Dipang beberapa tahun sudah. Berderau darah jap.
Tapi takde gambar sebab 1, GB yang drive. 2, Takde yang ingat nak amikkan gambo sebab memasing tekejut gile tengok bencana depan mata. 3, GB tak berani snap snap sambil drive sebab polis banyak dan jalan sempit. Jatuh terbabas kang dah tentu tenggelam terus. Mujur la masa kitorang lalu tu tak berapa nak jem lagi. Mungkin baru je la banjirnye tuh.
Bila baca paper baru tau yang banjir tu disebabkan ban Sungai Kampar yang pecah, tu pasal la air naik mendadak. No wonder la...
****
Dalam kul 5 lebih kitorang sampai Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar. Elok-elok je waktu melawat. Paksu teruk jugak. Koma.Dah anto gi Alor Setar Specialist Hospital tapi depa rejek. Dan dapat tahu pulak anak sedara sepupu pun eksiden gak. Hospital Yan anto ke Alor Setar gak. Teruk gak. Koma gak. Different cases tapi.
*****
Ujian, kata mak. Depa lagi teruk diuji dari kitorang walau kitorang balik Kedah sehelai sepinggang dan drive dalam demam. Bermalam kat umah paklang. Esoknye lepas ayah solat Jumaat, kitorang pun balik. Sebab ayah tak approve, maka terus ke Subang lah kitorang. No tembak-tembak. No sawah padi walau padi tengah hijau-hijau. No Kuala Kedah. No Gunung Jerai. :(
P/S: Takpelah. Next time. Demam seminggu taknak baik baik ni kan...kalau tak gi klenet memang takkan baik ke? Isk!