Kak Ida nyanyisunyi – Bila nak bagi kad undangan?
Acik Erna - Bila nak
jemput?
NzA - Bila GB nk
kawin???? Wakakaaaa...
Farmys - Bila nak kawin?
Bila kad dah siap, calon
dah ada dan tarikh dan kompem, GB akan jemput , bagi kad, dan kawin. Yey!. :D
Rina Betty - Apakah
ciri-ciri lelaki idaman GB ;p
Zati Embong - Ha..kita kan
perempuan, dulu-dulu mesti kita penah angan-angan kan, nak lelaki yg cmne. Yg ada lesung
pipit la, nk lg tnggi la..GB camne? (GB groupkan soalan ni sebab lebih kurang sama je jawapannya, ok.)
Tipu la kalau GB cakap takde berangan nak lelaki yang macam mana, ye dak? Sebenarnya
sejak dari zaman muda-muda lagi GB tak pernah letak ciri-ciri fizikal sebagai kriteria
lelaki pilihan (ecehh) sebab GB sendiri tak lawa pun dan serba kekurangan. Tinggi, rendah, gelap, cerah, gempal, kurus, Chinese
look ke, Indian look ke, Jawa look ke, specky ke, non specky ke – GB tak kisah
sangat. GB pernah tersuka dekat orang yang tinggi, rendah, kurus, gempal, gelap
cerah. Kenapa? Sebab GB pandang lelaki (dan perempuan) adalah ‘cantik’ walau
macam mana pun diorang. Ada tarikannya kalau kita mahu lihat itu sebagai
sesuatu yang menarik. Tapi kalau nak senang cerita, bagi GB kan, asal sedap
mata memandang pun dah kira ok.
GB lebih kepada karakter
sebenarnya. Nak yang pandai. Yang bijak. Yang cool. Tak gelojoh. Ada sense of
humor dan tahu macam mana nak react bila GB dalam situasi tak keruan. Yang
boleh attract kite punye minda ,dan jenis intelligence challenging kind of
person. Yang bertanggungjawab. Sebab
bagi GB perkataan ‘tanggungjawab’ itu sendiri dah cukup untuk membuat seseorang
tu beriman, menghormati orang lain, tak menzalimi diri sendiri (such as merokok.
Sorry. Heheh). Dan orang yang bertanggungjawab adalah orang yang tahu mencari
rezeki untuk menyara diri sendiri, keluarga, dan bakal isterinya kelak.
Kalau dia minat menembak
dan jalan-jalan, itu lagi best sebab boleh jadi partner GB nanti. Tapi tak
perlu la semua minat kena sama. Biar kontra sikit, baru seronok.
Tapi tak mau la orang yang
pandai segalanya dan tahu buat segalanya. GB pernah kenal orang macam tu. Ada disadvantage
nya. Orang macam tu dah tak perlukan GB simply because he already has
everything and he can do almost everything. Sedih la pulak.
Ini cuma angan-angan GB pasal
ciri-ciri lelaki idaman ajelah ek. Lagi satu, GB tulis ni sebab awak orang yang bertanya tau! Kalau tak memang nehi la nak bercerita. ;D
Tihara – Apa pendapat GB tentang cinta?
Bagi GB kan, cinta tu adalah benda yang misteri. Sebab
apa tau? Cinta boleh buat kite senyum, gembira, sedih, happy, pasrah, menyerah,
dan ada yang boleh jadi gila sampai bunuh diri pun ada. Ada orang jatuh cinta dengan orang yang dia
benci, atau orang yg benci kat dia. Cinta boleh membina, dan cinta boleh
menghancurkan. Ntah le. Pelik bebenor le cinta ni. Ni yang buat GB ‘takut’ sikit dengan cinta.
Tapi nak takut lelebih tak boleh jugak sebab cinta tu
datangnya dari Allah. Tapi tetap misteri kan. Sebab walau datang hujan atau
petir atau pelangi atau matahari atau tsunami sekalipun – itu semua adalah
kerana cintaNya.
Sayang sayang buah
kepayang,
Ditelah pahit dibuang sayang,
Abang sayang GB pun sayang
Kenapa penyatuan tak ada bayang?
Kenapa penyatuan tak ada bayang?
Buah kelapa buah kuini,
Buah manggis buah rambutan,
Mengapa sendirian sehingga
kini,
Apakah GB manis menjadi
rebutan
Kak Zakie, ini jawabnye.
Heheh!
Ditelan pahit dibuang
sayang,
Itulah namanya buah
kepayang,
Memanglah penyatuan tak
ada bayang,
Sebab tak ada siapa yang
sayang.
Buah manggis buah
rambutan,
Mari disantap di dalam
taman,
Tiadalah GB menjadi
rebutan,
Sendirianlah diri tiada
berteman.
Amacam kak?? OK? :D
Gen2Merah - saya just nak tanya... bunga ni dah kawin ke..
ekekeke
Belum. :D
P/S: Khalas! Eh tak. Ada lagi sikitttt je soalan nak kena jawab next entry. Yang tu kategori makanan. So taruk last sekali. Heheh.
kepada lelaki2 di luar sana, anda telah baca KRITERIA yang GB mahukan..apa tunggu lagi? :P
ReplyDeletesoalan cepu emas ni kan??
ReplyDeletexpe ..insyaallah rezeki GB cepat mendatang
Buah manggis buah rambutan,
ReplyDeleteMari disantap di dalam taman,
Tiadalah GB menjadi rebutan,
Sendirianlah diri tiada berteman.
Jawapan Uncle.
Burung selasih makan di tangan,
Padi berat tanam di kebun;
Nampaknya masih ada harapan,
Cuma terlewat 30 tahun.
Jangan tunggu lama2....
ReplyDeletelepas nie mesti ramai yang beratur di luar rumah..tunggu giliran..nak jumpa mak ayah GB
ReplyDeleteSemoga jodoh yang GB impikan itu tetap akan datang juga. Mak doakan. :)
ReplyDeleteAduhai hairannya kenapalah tak ada lagi lelaki yg buka mata melihat adikku GB ini? Kalau kakak ada adik lelaki tak malu-malu nak pergi merisik... kena tolak tak apa. Tak cuba mana nak kan....
ReplyDeleteKakak doakan GB....
wahhhh.siap berbalas pantun gitu...
ReplyDeletecepat2 jgn nanti ada yg gigit jari...sila serbu cik GB....
sukalah pendapat GB tentang cinta..mmg setuju, cinta anugerah dari Allah..mencintailah kerana Allah..Insya Allah kekal hingga ke akhirat..aminn :)
ReplyDeleteGB, insyaallah... moga bertemu jodohmu nanti ;)
ReplyDeletehabis tu camne dgn mamat yg
ReplyDeletekena gi obersi tu..opppss ..hik3
GB..GB manis dan menawan..sopan santun lagi..insyaallah harinya akan tiba..terima kasih mejawab soalan..
ReplyDeletesuka saya jawapan GB ni...kita dalam kes yg sama.....ahaks.
ReplyDeletemembuatkan kaklong terasa muda kembali...teringat masa mula2 berkenalan dengan along dulu..ahaks!
ReplyDeletesy rs lelaki (berkualiti) malu nk dekati GB kut sbb GB matang, nmpk bijak dan berkarisma, nmpk mcm dh kukuh dr segi kewangan..err tp kdg-kdg ada jugak jenis lelaki cikai yg suka perempuan yg dh teguh ni kan sbb senang sikit hidup diaorang
ReplyDelete@Daddy Ziyyad
ReplyDeletecepat la draf borang. pastu fotostat 20 keping eh! hahaha!
@azam
ReplyDeleteini soalan tercepu berkepuk dah namanya. hahah!
@al-lavendari
ReplyDeleteala uncle. otak saya dah blank nak jawab. saya mampu berpantun sekali je sehari. heheh~
@Nieda
ReplyDeletekalau dah ada jodohnya dah tentu la tak tunggu lagi. :D
@aDisH.sHidA
ReplyDeletenasi abis kat dapur kang! hahaha!
@kakcik
ReplyDeletethanks mak. :)
@Kakzakie
ReplyDeletetakpelah kak. biarlah dibuka mata kat calon suami yg sebenar je. senang sikit, tak komplikated jadinya. :D
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeleteerk. jgn serbu. nanti saya terbang gi dubai! hahaha!
@Tihara
ReplyDeletekan? Cinta tu milik allah semata2~
@~najwa~
ReplyDeleteamin! :D
aku igt nak tanya gak beb, tapi bila fikir2 balik, aku tanya diri aku lah dulu..hehe
ReplyDelete@Ati Masrif
ReplyDeletetettt!
takde jodoh kak. (ok, jawapan cliche. heheh)
@Acik Erna
ReplyDeleteno problem acik. :D
@lieynanilaz
ReplyDeletekasut size apa? :D
@kaklong
ReplyDeletenostalgia kan?
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeletesusah nak cakap la rina. dulu masa rajin bagi peluang, asyik dpt org yg salah je. so sekarang dah malas. tunggu je.
pergh... jawapan maut tuuuu...
ReplyDeletekalau artis, dah masuk melodi 10 episod termasuk 1 episod khas Hari Raya... keh keh keh
@DaHLia
ReplyDeletekalo ko tanye pun jawapan nya ko dah boleh agak kan?
@Aku
ReplyDeleteko tgk la pulak soalannya tahap maut cemana...heheh!
the best is yet to come..hang on baby.. :)
ReplyDeletecantik gambar...js blm dpt lg tangkap camtu...huhu
ReplyDeletecantik gambar dikk
ReplyDeleteGB dah nak kawin ke ?? ;)
Salam anakanda
ReplyDeleteMama memang tertarik dgn stail GB membuat entry2 terbaru. Menarik dan laindr yg lain!
walopun dh expired, tapi tak kira, nak tanya gak...gB penah tak experience benda2 mistik ke...misteri nusantara ke...seram2 meremang bulu roma... hooohooohoooooo.....
ReplyDeletesemoga ada sang kumbang sedang menunggu si gadis bunga..:)
ReplyDeletesaya suka lelaki yang kelakar
ReplyDeleteeh! tersebok bgtau plak.haha
kulit 'gelap cerah' tu yang tak berapa nak faham [sambil tengok kulit sendiri] hahahaha ...
ReplyDeletexada org yg perfect kan GB.lebih kat situ,ada kurang kat sana.dia kacak bagai,xsemestinya dia bjak dan pandai jg hati. begitu jga sebaliknya.
ReplyDeleteCik Bunga, jom kawen tarikh same. Hahaha~
ReplyDeleteJOM PILIH CASING HANDPHONE COMEL ^__^
Comment and answers aside, that setting sun is really nicely captured!
ReplyDeleteSoalan Gen2Merah ada makna tu GB...hehehe ;)
ReplyDelete@Anaa
ReplyDeletei'm hanging on bebeh! :D
@jemarisuri
ReplyDeletetengs JS. kebetulan masa in the way gi keje nampak matahari tgh bulat mcm tu. :D
@ieda
ReplyDeleteeh, belum lagi lah... :D
@mama ju,
ReplyDeleteala...segan saya kak. tengs.
sbnrnya takde idea nulis entry, itu yg buat segmen tu. :D
@Elyn
ReplyDeleteceh. nak tanya jugak!
ok lah. jawapannya, pernah! misteri wooo....
@Kamsiah
ReplyDeletetak sabar jugak nak tahu sapekah kumbang itu. hihi~
@Lya Colours
ReplyDeletehaha. bagus bagus. nanti kite buat entry pasal ciri2 lelaki idaman korang pulak eh?
@Azizan Zolkipli
ReplyDeletecerah gelap = kelabu. kehkeh
@zati embong
ReplyDeleteyup. takde yg sempurna termasuklah kita.
@Cik Yana
ReplyDeletewahh..dah ada tarikh ke? ;D
@de engineur
ReplyDeleteheyyy...thanks! rising sun actually. :D
@MaryaYusof
ReplyDeletehaha. soalan kat open. ;D
very nice view, the rising sun, and the views on love.
ReplyDeletenak kena serbu baru lari dubai ke ;)
haha nak tunjuk i baca dengan teliti even in comment section :D
look beyond the physical to discover the more worthy, spiritual. we only wish, hope, pray, wait for what's best for us in this life and the afterlife :)
tapi selalunya yang macam mana kita nak itu lah yg tak dapat..
ReplyDeletesemua sudah di tetapkan....
tak lama lagi tu gB..;)