Part 1 nya ada di
sini ya.
Untuk Part 2 ni jawapannya panjang sikit sebab ada yang GB jawab panjang lebar. Jadi dimaafkan kalau nak skip baca. Takpe, GB tak marah. Heheh. So berikut adalah jawapan-jawapan yang mampu GB sediakan. :D
*
Yang sebenonye kan mak, GB snap dari atas jambatan, dalam keadaan menonggeng. Lepas tu GB anto kedai gi cuci. Sebab gambo tu disnap pakai SLR Nikon lama yang pakai filem
tu.
Bunga ni agak jauh juga ke tengah, tapi
kebetulan kat kolam tu ada jambatan kecik, cuma takde handrail. Ingat lagi
masa snap tu GB kene buat aksi stunt jugak sebab kene menunduk rapat-rapat ke
permukaan kolam, baru dapat angle yang dikehendaki. Kalau jatuh time tuh memang
arwah la kamera tu agaknya.
Masa tu GB dengan member-member satu course gi
trip ke Sabah. 16 orang semuanya. Jadinya amik gambo dengan
diorang la, walaupun yang berkenan dengan bunga tu time tu cuma GB sorang je.
(1) kenapa GB suka ambil gambar bunga
atau pokok ? Wakjan nak 5 jawapan yang tidak bersandaran
antara satu sama lain. ahakssss ...
(2) Adakah GB suka mengedit gambar ? Jika YA,
berapakah peratusan gambar yang diedit dengan yang tidak langsung diedit.
Contoh 50-50/30-70, dsbnya ...
Vahh soalannn…ok GB cuba jawab eh.
Soalan pertama:
1. First of all, bunga, tak kiralah apa jenis pun,
bagi GB adalah cantik. Kalau ada bunga dalam gambar dia macam
jadi penyeri gambar pulak. Even bunga kering atau kelopak yang dah berderai pun
boleh create drama dalam foto kita.
2. Keje GB berkait rapat dengan pokok dan bunga. Tukang kebunlah katakan. Bukannya apa, selain untuk ditaruk kat belog, gambar-gambar tu GB akan taruk
dalam gallery supaya senang nak refer bila buat design. Sebab utama adalah bukan semua
gambar dalam internet dan buku rujukan adalah memuaskan untuk kita guna pakai.
3. Dekat bunga ada banyak bahagian kecil atau minute detail yang kite boleh
perhatikan. Warna, texture, bau, semuanya berbeza walau ada kalanya nampak macam
serupa.
4. Setiap pokok berbeza pada form dahannya,
rantingnya, daunnya, dan akarnya. Sebab tu pokok togel pun boleh jadi subjek
yang menarik dalam photography.
5. Pada pokok dan bunga itu ada banyak
pengajarannya. Even dalam surah Ibrahim ayat 4 pun Allah ambil pokok sebagai
perumpamaan. Pokok zaitun, pokok tin, delima, banyak lagi. Jadi bila kite dok
belek-belek pokok dan ambil gambarnya, harap-harap GB akan nampak sesuatu dari
apa yang GB dah capture itu. :D
Soalan kedua:
Ye, GB suka mengedit gambar. Sebab rata-rata
website photography tutorial memang ada segmen edit mengedit ni. Edit pulak ada
2 jenis:
1) Minor editing yang melibatkan cropping, brightness
dan betulkan yang mana senget.
2) Edit gila-gila yang melibatkan kecerahan,
saturation, sharpness – and list goes on and on sebab dekat photoshop tu ada
banyakkkk sangat yang kita boleh explore. Sayang kalau tak explore
habis-habisan.
Peratusan antara gambar edit dengan tak
edit adalah lebih kurang 30/70. Masa awal-awal gila menembak dulu GB gila
mengedit jugak, tapi sekarang dah kurang sebab tak sempat dah. Kalau ada pun
just minor editing dan resizing untuk publish. Selebihnya
pakai yang ori sebab tak sempat nak belek. Cuma sejak akhir-akhir ni GB dah
mula berjinak-jinak dengan HDR. Fun jugak sebenarnya. GB anggap keje mengedit
ni adalah satu proses pembelajaran yang tak pernah berkesudahan.
Selain tu, ada juga praktis ambil gambo yang
perfect supaya tak perlu diedit kat photoshop kelak. Pakai manual setting, banyak
trial and error dan satu lagi, guna kamera SLR berfilem (Nikon FM) untuk menjadi
lebih mahir. Mujur la ada kamera ayah yang dah dibuat macam harta sendiri
sekarang. Tapi sebelum amik gambo pakai Nikon FM tu GB akan amik pakai manual
setting kat GF3 dulu menggunakan feature yang boleh match, lepas tu baru snap
pakai Nikon FM. Kalau main belasah snap je kang rugi filem. :D
GB harap jawapan ni memuaskan hati pakcik ye.
:D
Wahida - Nikon ngan Canon mana lagi best? sila
jawab dgn jujur...hehe...
Kalau untuk amatur macam GB, GB belasah ja.
Dua-dua GB pernah pakai. Dua-dua best. Heheh.
Delarocha - apa beza antara photographer dan
pemilik Nikon?
Heheh. Soalan kemain! Jawapan
ringkasnye lebih kurang gini lah: Photographer adalah orang yang menggunakan
kameranya untuk menangkap gambar, mungkin kerana minat atau mungkin kerana
kerja. Dan dia tahu apa yang dia buat dengan kamera dia.
Pemilik Nikon pulak is simply orang yang ada
kamera Nikon. Itu sahaja.
Mana? Manjung? Kellie’s Castle? Ke nak turun
sini? Cer kabo. Cer kabo. :D
Boleh! At the moment pakai Panasonic Lumix
GF3, Nikon FM (Manual SLR), dengan compact digital Grand Vision (kamera cap ayam)
Adry@Daun
- Masa nak snap foto, tgk2 kamera kesayangan dah
hilang... Apa perasaan GB masa tu? Satu lagi, apa beza pokok telipok spt dlm
foto dgn teratai?
Isk. Berdebor nak jawab soalan ni. Dah tentu la
sedih! Berkabung la jawabnya!
Ok, soalan kedua.
GB tak jawab sendiri sebab tak pandai. So amik jawapan dari
sini je;
1. Lotus (Nymphaea
lotus) - atau bahasa melayunya 'telipuk', berbatang keras dan berdaun lebar warna hijau,
tumbuh tinggi dari permukaan air dan bunganya
berkelopak besar warna pink dan putih. Bijinya boleh dimakan begitu juga dengan lain-lain
bahagian pokok.
2. Waterlily (Nymphaea
spp.) - dikenali juga 'teratai', berbatang lembut dan daunnya hijau dan ada yang berbagai
warna. Daunnya terapung dipermukaan air dan
akan kembang biasanya selama 3 hari (pagi kembang malam kuncup) sebelum
layu ke dalam air. Bunga berbagai warna, kuning, merah, putih, kebiru-biruan dan
gabungan warna.
Farmys -
1) Gambar yang diambil diedit ke tak sebelum masuk blog?
2) Takkan guna kamera cap chicken yang GB cakap tu je gambo cantik2..
GB dah cerita detail kat soalan Wakjan di atas. Tapi GB jawab lagi sekali lah. Ye, ada edit. Sekurang-kurangnya resizing dekat photoshop. Yang tak edit pun ada, tapi tetap resize jugak la.
Soalan kedua - pun dah jawab kat soalan Adylia. Mungkin awak terlepas kot entry GB sebelum ni, GB ada feature 3 jenis kamera yang GB pakai sekarang dan gambar dalam blog ni diambil menggunakan kamera-kamera tu. Lumix GF3, Nikon FM, dan kamera cap ayam. Snap pakai kamera lain pun ada, tapi tak feature la dalam blog.
Cuma kalau ikut pengalaman, pakai kamera apa pun, kita boleh dapat gambo yang cantik. Paling penting tahu fungsi kamera, rajin explore, dan pelbagaikan angle serta make full use of available lighting.
P/S: Ada lagi 2 part nak jawab pasni. *Lap peluhhh. Oh, lupa nak kabo kat entry sebelum ni - SOALAN DAH DITUTUP! Mekasihhh. :D