Tajuk entri ni adalah kesimpulan dari apa yang GB nak cuba sampaikan. Ini adalah sambungan dari entri lepas yang pasal zodiak-zodiak tu... Baca baik-baik ye pendapat GB ni...
*
Subconscious order (Arahan luar sedar)
Dipendekkan citer, GB sebenarnya ada terfikir kenapa ramalan zodiak banyak yang kena betul dengan kita. Ciri-ciri dan karakter secara basicnya adalah betul, dan kadang-kadang sangat tepat. Sometimes budak kecik yang masih toddler yang tak pernah baca pasal zodiak pun dah tunjuk ada ciri-ciri yang 'kena' tu. Haaa..nak tau apa teori GB?
When ancient people started their predictions based on the sun and the moon and the stars. Setuju tak kalau GB cakap yang di saat orang ingat horoskop bercakap tentang kite, sebenarnya kitalah yang mengikut apa yang horoskop cakap. How?
Hmm..cemana GB nak terangkan tanpa komplikated ek... Tapi dalam erti kata lain, karakter kite jadi serupa dengan horoskop adalah disebabkan cakap-cakap orang ramai? Contoh eh....bila hampir satu dunia cakap orang yang lahir antara 21 January ke 19 February ni sifatnya gini, gini dan gini, dan orang bercakap benda yang sama sejak berpuluh atau beratus tahun dulu - bukankah itu semacam suatu 'arahan' secara subconscious kepada mereka yang terlibat? Nak kata macam suatu 'doa' pun ye jugak.
*
Subconscious prayer (Doa luar sedar)
Budak kecik biasanya kita akan nampak karakter dia - sama ada manja, berani, dominan, pendamai - sedari usia 2-3 tahun. Ada sesetengah kes budak kecik terbawak karakter yang kita baca dalam horoskop sampai kita akhirnya fikir, 'Budak yang lahir bulan 10 memang macam tu...' sedangkan itu adalah sesuatu yang salah untuk kite ucapkan. Tapi tak boleh tidak kite terfikir jugak pasal kebetulan tu kan. Sebab tu GB cakap, perkara tu adalah efek dari cakap-cakap orang ramai...
*
We are what we read
Kalau kite yang dah dewasa pulak...kemungkinan kite yang terpengaruh dengan apa yang kita baca. Sebab tu tiba-tiba kite bertukar karakter dari simple and easy jadi complicated sebab horoskop kata cenggitu. Mungkin masa remaja kite friendly tapi tetibe baca horoskop kata 'being arrogant and hard to get is your trait', tetiba kite bertukar karakter. Jadik arrogant. Jual mahal. Lepas tu mengiyekan horoskop tu bila kita baca semula. Benda-benda ni adalah di luar sedar kita...apa yang kita baca akan tersimpan dalam otak selama mungkin dan akan boleh di'recall' anytime kite nak.
Sebab tu Allah melarang sama sekali kite membaca ramalan, menilik nasib dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Sebab Dia tahu kelemahan makhluknya ini, cepat terpengaruh dan suka nak tahu sesuatu yang ghaib.
*
Teori lain: People Management (Pengurusan Manusia)
GB terfikir yang horoskop ni dicipta oleh masyarakat purba untuk menyenangkan proses 'people management'. Orang dulu-dulu
yang mahu menjadi tuhan telah mencipta 12 jenis karakter yang berbeza-beza berdasarkan tarikh lahir dan kedudukan bintang, dan kemudiannya menghebahkannya dengan beberapa alasan yang disukai orang ramai, dan perkara itu akhirnya menjadi buah mulut, dan dari buah mulut menjadi suatu perlakuan yang benar dan akhirnya...perkara itu jadi suatu amalan dan kepercayaan sehingga sekarang.
*
Kenapa Allah larang?
Sedangkan yang sepatutnya adalah, kita dilarang sama sekali percaya kepada ramalan bintang atau apa sahaja yang menunjukkan kita 'tahu' tentang kisah diri sendiri atau orang lain kerana Allah sahaja yang tahu semua tentang kita. Segala potensi diri, kekurangan, kelebihan atau apa saja adalah bergantung kepada usaha, doa dan tawakkal seseorang, dan tidak sama sekali bergantung kepada tarikh lahir.
Rasanya sudah sampai waktu untuk kita berhenti mengikut telunjuk orang barat dan kembali kepada al-Quran yang dah tentu-tentu wahyunya datang dari Allah yang Maha Berilmu. Percayalah, tanpa ramalan bintang atau tarikh lahir, semua orang akan merasa bahawa mereka ada potensi yang sama untuk berjaya tanpa dipengaruhi oleh perkara-perkara karut yang dibaca dalam surat khabar, internet, atau dari cerita orang lain.
P/S: Harap-harap jelas la apa yang GB cuba sampaikan ni...thank you....! :)