GB dah nonton Ombak Rindu dengan LadyAspen. Tak dinafikan GB dengan Aspen memang terbarai sampai lencun tudung sebab memasing lupa nak bawak tisu. Tapi bukan kitorang dua orang je - almost satu panggung pun turut sama terbarai! Nasib baik air mata kitorang tak melimpah, kang mesti berombak satu panggung.
Perlu diingatkan yang hanya mereka yang mempunyai jiwa yang halus, sensitif, boleh memahami emosi dan menonton dengan minda terbuka sahaja yang mungkin akan menangis. Sebab air mata kitorang sepanggung waktu tu terbit atas perasaan boleh memahami emosi yang disampaikan oleh pelakon. Semua pelakon, Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae hatta Zaidi Omar sekalipun - berjaya buat GB menangis di atas emosi yang telah mereka sampaikan - dan GB faham emosi itu. Dan bagi orang yang pernah berada dalam situasi mengharukan macam filem tu, mungkin akan lebih cepat terbarai. Macam GB. Eh? :D
*
Mereka yang tidak berjiwa sensitif, atau sekadar menonton untuk mencari bahan untuk dikritik, atau mereka yang dipaksa atau terpaksa menonton, atau tidak pernah berada dalam situasi itu - mungkin tak menangis kot….atau mungkin jugak ketawa. Mungkin mereka ini adalah dari kategori hati batu, atau peminat tegar novel karya Fauziah Ashaari yang dah terlalu immersed dengan segala jalan cerita dalam novel tersebut, atau boifren-boifren mahupun suami-suami yang terpaksa atau dipaksa oleh pasangan mereka - baik jangan tonton. Nanti spoil mood kitorang yang menangis ni dengar komen-komen hati batu korang. Nasihat GB, baiklah korang pegi tengok Happy Feet. Ok? Huh.
**
Anyway, GB dah penah cakap kan yang GB ni memang peminat Maya Karin dan Osman Ali. Malah GB jugak tahu yang Ombak Rindu adalah filem ketiga yang mereka telah bekerjasama selepas Anak Halal dan Cun (dua-dua best bagi GB!). Kalau ikut pemerhatian GB kan….kekuatan Osman Ali adalah menerbitkan emosi samada dari segi pelakon mahupun shot-shot yang dia amik. Ada jiwa. Kalau dia nak bagi penonton rasa happy, scene yang kita tengok tu memang boleh membangkitkan rasa happy. Begitu juga scene sedih, kasih sayang, rindu, marah - pendek kata, Osman Ali memang hebat bab itu.
***
Tapi kan…dalam Ombak Rindu ni kan….GB terfikir - adakah terdapat usaha nak menjadikan watak Izzah tu buruk bebenor tudungnya? Atau dalam erti kata lain, nak menampakkan yang Maya Karin itu buruk? Atau simply mekap artisnye memang tak professional, buta seni atau pengarahnya yang tak teliti? Takde costume designer ke untuk Ombak Rindu ni? (GB tak tau sebab tak tunggu sampai abis ayat kredit lepas filem selesai). Bagi GB, watak Mila tu masa mula-mula tu memang nampak tak cantik sebab wig dia tuh (adey!) tapi Izzah tu ha…kalau disarungkan baju kurung cotton, tudung bawal tak kelepet tapi tak payah la nampak anak tudung - adalah jauh lebih cun dari stail tudung yang dipaparkan dalam Ombak Rindu tu. Dalam bab ketelitian ni kan, Khabir Bhatia is always the winner (mungkin ada waktunya slack jugak sana sini.), tapi tengok sajalah Nur Kasih, semua pakai tudung elok-elok kan?
Ke GB yang expect tinggi sangat? Atau sememangnya sengaja nak mendowngradekan wajah Maya yang takde rupa gadis kampung tu sebagai seorang ‘gadis kampung yang tak reti langsung berfesyen dan bermekap’?. Tapi ontah le, bagi GB pengarah ada hak untuk menentukan yang terbaik untuk kepuasan diri dan kepuasan penonton. Kalau GB jadi pengarah - kalau pelakon nampak tak lawa (unless we really mean it), GB marah mekap artis dan suruh dia mekap semula dan cari costume yang sesuai! Eh?
****
Walaupun GB ada komen-komen pasal Ombak Rindu ni, tak bermaksud GB tak suka. Sebab selebihnya - superb! Masih teringat kesedihan Izzah bila rindukan Harriz, begitu jugak bila Harriz rindu kat Izzah, dan sebak terpendam Mila bila dia sedar yang Harriz tak cinta kat dia pun walaupun sebenarnya dia sayangggg sangat kat Harriz, dan Mail yang menyimpan perasaan dan akhir sekali bertindak sebagai ‘abang’ demi untuk protect Izzah (walaupun cuma a few lines je tapi scene tu buat GB rasa touched …sweet sangat…. :D). Dan setiap kali kuar je lagu soundtrack....maka banjirlah seluruh panggung. Nasib baik GB pakai mascara waterproof. Sob sob!
*****
Overall, Ombak Rindu adalah bagus dan sangatlah sesuai bagi orang yang nak tengah cari pasal nak nangis sebab cinta yang tak kesampaian atau sebab cinta yang banyak halangan atau harapan yang terpaksa dipendam (macam GB? Errrr), cuma ada sikit rasa tak puas, mungkin sebab kita expect to see more tapi dalam tempoh 2 jam, banyak mana sangat la yang boleh dimasukkan, ye tak? Tapi nak buat cemana kan? Boleh dikatakan takde scene yang tak perlu dalam movie tu, even scene yang kononnya ‘ranjang’ tu pun bagi GB, perlu jugak dan sebenarnya tak keterlaluan pun. Heheh.
P/S: Malam nangis kaw-kaw, pastu pagi bangun tido mata bengkak. Cets!
chopppppppppppppppppppp
ReplyDeletedapat pun no 1.. hahhaa
ReplyDeleteGB
kak belum layan., tapikan.. bila baca entry kawan2.. depa semua komen lakonan pelakon..
GB, pula lain.... tapi kak suka baca dari luahan hari GB..
fuh............
Selalu pelakon yang tak bertudung di luar , pakai tudung dlm filem nampak buruk.
ReplyDeleteKalau org kampung pun, kalau bertudung elok juga
mak aiiikhh begini panjang review dr gb
ReplyDeletemasih mencarik masa mau ke panggung jugak
feeling2 dating jugak sama lohkong.
best nye kalo dapat tgk dgn teman yg sejiwa:)
ReplyDeletemak tak bagi tengok wayang~keh keh~
ReplyDeleteGB jiwang karat tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
ReplyDeletehahaha....
lama tak tengok citer sedih...
kalau tgk filem hindustan guling guling atas rumput, GB terbarai nanges jugak kah? :P
ReplyDelete@Citarasa Rinduan
ReplyDeleteopocot mak den!!!!
@Citarasa Rinduan
ReplyDeletenangis smpai bengkak mata kak! kuar panggung tak rasa malu kot sebab sume pun nangis jugak. kihkihkih~
@Nieda
ReplyDeletetapi tiz zakiah lawa je pakai tudung. :D
wak pon sukak maya karin tuuuu... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........
ReplyDelete@littlehumblelynn
ReplyDeletepanjang sgt eh.ngeee...
ok, nak tgk nanti jgn lupa bawak tisu ek!
saya kategori hati tak paham bahasa kot. hahaha. saya bergenang air mata 1 part je. yg masa kat rumah pak dollah ada kenduri tu. yg hariz jmp izzah,siap ngs ckp rindu. wuuuuuuuuuu sedih gila. dah la handsome pastu nangis. eh! takde kaitan.hahaha
ReplyDelete@Tihara
ReplyDeleteseb baik ada member ajak GB, kalau tak mengagau jugak nak tgk dgn sapa~
@bujal X
ReplyDeletekene dengar cakap mak....
@Faaein Talip Roy
ReplyDeletehaipppp.....! :p
@Daddy Ziyyad
ReplyDeletetgk kuch kuch hota hai dgn kabhi kushi kabhi gham - baraiiiii!!!! heheh~
@wak gelas
ReplyDeleteambhoiii wakkk..suka maya karin gak eh?
@Lya Colours
ReplyDeletekire tergenang jugak le mata tu kan? hehehehe~
aaron nangis hensem woooo!!!
menjiwai tgk gmbar titis ait tu
ReplyDeleteaku masih menangis....
ReplyDeletewallaweyyyy !!!! hahahahhaa....sampai mimpi mimpi babe!!
@CikGu Ma
ReplyDeletefeeling tak? feeling tak? hehehe~
@Ibu Ya @ Aspen
ReplyDeletetadi dgr lagu ombak rindu. sikit lagi nak terbarai dalam opis ni. heheh!!
Kakcik sedang jatuh cinta dengan nyanyian Ady Putra dalam drama Tentang Dhia setiap petang Isnin - Khamis. Hehehe.. yang bestnya, Abg Mus pun ikut menonton sama. :)
ReplyDelete@kakcik
ReplyDeletekakcik dgn abg mus mmg teman sejiwa. :D
tapi citer tu saya tak penah sempat tgk.... :(
gb nangis? hahhaa..normal la tu..
ReplyDeletegb, ni pakai kamera ape? sy nak beli kamera ni..bajet 2k.. cume x tau nk bli slr @ compact stail dslr..whether g12 / lumix / s95.. lumix tu, gb beli brape? ok ke ?
:)
@kemang~
ReplyDeleteni gb pakai lumix gf3. kalau bajet 2k tu, mmg kene sgt la tuh. heheh~
so far masih bereksperimen tapi overall puas hati dan worth the price. :D
taknak recce nikon j1 ke? nikon tuh...heheh~
Alaaa.. bilo la den nak gi tengok ni.. huhu~
ReplyDeletehalus jugak jiwa Gb ni sebenarnya eh? hheehe nasib xbanjir kan.
ReplyDeleteai xsmpt2 nak tgk lagi cite ni,nak tgk sangat! insyaAllah weekend ni =)
a'a la, ai pun pasan, knp la huduh nau tudung izzah tu?
bab cerita panggung ni memang tak leh join, dah berbelas tahun tak pijak panggung wayang...apapun teringin nak tengok ombak rindu nih...
ReplyDeletemanusia ni hatinya lembut....
ReplyDeletenampak keras tapi bila kena caranya....banjir jugak dgn air mata
eee dah boleh bukak.. tuhari tak boleh bukak blog GB..
ReplyDeletekebanyakkan yg review tntg cerita ni..tegur pasal Izah...sbb Izah nampak serabai...huhu..
ReplyDeletesy belum tgk lagi cite ni..enth bila nak pergi tgk pun entah la.. :)
eh kenapa baca GB review pon sy dh rs sebak nih isk isk..
ReplyDeletep/s: semalam GB kt nk citer psl satu keajaiban..ker sy dh terlepas entrinya..
Waa semua kta best nk pi tgk la siapkan tisu wahaha
ReplyDeletebuah binjai rupanya .. ingatkah buah apa. kat kg uncle dulu, kita buat main baling2 jer buah tu!
ReplyDeletekomen di atas untuk entri GB sebelumnya .. utk entri ini no komen.
ReplyDeletejelesnya GB dah tengok..
ReplyDeletebilalah dapat tengok ni..hmm..
ok ok..malam ni saya nak tengok dengan kaki happy..huhuhu....lonely...sama nak temankan,, :P
ReplyDeletenikon j1? haih.. mcm2 brand la kamera ni..smpai pening nk beli yg mane..hihi.. jap gB ,ni pakai kit lens ke ape boleh buat bokeh cun gini ni? ke lens lain?
ReplyDeletekte pn nangis bpe kali tgk ombak rindu nie~~ huhu..btul2 org tak sedih ni cm tk de perasaan je ~~
ReplyDeleteAku tenggelam dalam cinta...
ReplyDeletemungkin penghayatan lara akibat cinta tak dapat aku buat...
Akak ni tak minat tengok wayang, jadi no komen la... Citer wayang yg kuar kat tv pon jarang akak tgk.. tak tau la kenapa tak suka.. Lebih suka tgk drama or cerekarama.. huhu...
ReplyDeleteSkang ni tengah baca novel yang tangkap leleh plus ketawa kekek2 lak.. Dah habis satu round dah pun... Tengah tunggu seken round lak.. haha..
Ramai orang kata ombak rindu ni best. Tunggu ditayangkan di Astro Firstlah.
ReplyDeletekalau baca dalam novel izzah tuh ase macam cun gila. tapi maya tuh nampak macam selekeh la pulak. huhuhu.
ReplyDeletemata bengkak? ala cian dia
ReplyDeletenangis? mmm.. jgn kata ombak rindu..tentang dhia pun saya dah nangis..
ReplyDeletesob sob..
cinta yang byk sgt halangan..sedey wooo...
+I
tudung maya patah mcm tudung akak x? hihihiihi....
ReplyDeleteteringin nak gi dating ngan cik abg tgk ceta ni, tp anak2 sapo nak jaga....huhu....
ReplyDeleteAduh, bestnya Gb nyer review ni, saya belum sempat nk tgk lagi, masa betul2 tak mengizinkan, tapi saya pasti akan pergi juga sebelum tayangan tamat di panggung...
ReplyDeletewow so pretty those water bubbles!
ReplyDelete@h4ni3
ReplyDeleteuik,...dah tgk belum?
@Munnafendy
ReplyDeletedalam hati ada kolam babe....hahah!!!
@JunAina
ReplyDeleteTAKPE. TUNGGU ASTRO 1ST NANTI. ALAMAK TER BIG CAP~
@azam
ReplyDeletetu la...org selalu igt gb ni keras kejung takde perasaan tau. heheh~
@farmys
ReplyDeletengee ampunnnnn~
@nabilah_2908
ReplyDeletesebenarnya saya boleh view macam ni pulak tau - haris dah tgk izah masa dia tak pakai tudung, dan dia mmg cun pun masa tak pakai tudung, sebab tu adegan bertudung diserabaikan sebab hariz tak kisah pun.... eh?
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeleteentri ajaib tu kat sini... http://www.gadisbunga.com/2011/12/keajaiban-kk-day-4-betul-betul-punye.html
@efa
ReplyDeletebawak sekotak tau!~
@al-lavendari
ReplyDeletekalau mcm tu tak payah la saya terangkan lagi rasa dia macam mana..heheh~
@al-lavendari
ReplyDeletetakpe uncle, komen yg mcm ni pun saya anggap komen juger..hihi~
@~najwa~
ReplyDeletebaik cepat..kang tak pepasal abis kat panggung~
@amry
ReplyDeletedah tgk belum?
@kemang~
ReplyDeletemmg pakai lens dia. nikon 1 tu baru lagi, better try atau baca review dulu. tapi yg gf3 ni mmg puas hati lah.
@sea_lavender
ReplyDeletenangis sampai bengkak mata tau!
@Aku
ReplyDeletebaguslah ko tak melara. tak best pun perasaan tu~
@~ Cik Azz Abu Bakar ~
ReplyDeletecerita rekaan semata2 je kak. kalau tak tgk pun takpe...hihi~
@Kunang-Kunang
ReplyDeletegb pun tak sabar nak tunggu astro 1st tayang~
@J.Syazwana
ReplyDeleteizzah tu mungkin digambarkan sebagai 'cun tapi selekeh' kot?
@mimizuzuhaha
ReplyDeletedah baik dah..heheh~
@Fatin Mraz
ReplyDeletecinta lara. sedih. jadi. saya. :(
@akuzle ayu
ReplyDeletejap kak.
tudung patah tu cemana rupanya kak?
@Mama2Q
ReplyDeletebagi la jiran jaga kejap...heheh~
@Ladysirna
ReplyDeletebila baca balik, gb bukan review ni, tapi mengomel. heheh~
@ummi5
ReplyDeletethank akak! :)
Betullah GB..rasa cam nak penampo mekap artis sbb buruk beno tudung si Izzah tu...halahai!
ReplyDeleteGB, novelnye lg syok laaaaa....
ReplyDeletegB, akak tunggu dia tayang kat tivi raya tahun depan.. kalao tengok taim2 raya boleh barai gak, then memang best la kot citer ni.. kui kui..
ReplyDeleteakak kalao citer bab cintan cintun ni susah sikit mau barai... kalau menyentuh kes anak2 kecil, tu memang boleh banjir..