![]() |
Klik pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas |
Buah Bundu dalam entri ni baunya tak macam bacang tau. Dari luar pasar bau dia macam buah gajus yang dah terlebih ranum. Isinya berserat warna putih krim. Dan sebenarnya nama lainnya adalah binjai, heheh. (GB sebenarnya terlupa apa nama lain buah ni masa tulis entri yang lepas. Thanks to kawan-kawan yang mengomen dalam entri tu). Nak tau GB berjaya bawak naik flight atau tak? Tunggu...
*
Akhirnya GB tiba di Kota Kinabalu. Terus ke destinasi yang diimpikan, Kampung Air Tanjung Aru. Sebenarnya GB tahu ada beberapa tempat di Sabah ni yang ada kampung air. Sebelum ke Tanjung Aru, Hubert dan Justyle bawak GB ke Kampung Air Sembulan dulu. Sini...viewnya tak best. Di Sandakan pun ada kampung air, kat Semporna pun ada. Di Sandakan GB tak pasti macam mana rupanya, tapi dari cerita kawan-kawan, rumah-rumahnya lebih rapat-rapat berbanding yang dekat Tanjung Aru. Semporna pula indah.....pernah tengok filem Duyung? Haa...situlah tempat shooting filem tu. Cantik kan? GB jumpa beberapa gambar yang mengujakan di blog ini. Bikin tak sabar nak pergi saja!
**
Ada suatu perasaan yang tak dapat GB gambarkan sewaktu berada di sini. Lanskap yang berbeza sangat dari apa yang kita lihat setiap hari. Perkampungan di atas air. Rumah-rumah papan bertiang tinggi di atas air. Setiap satunya pasti ada sebijik bot di parking di tepi. Dan juga piring Astro. Heheh. Mana yang rajin berkebun tu, adalah taman mini di rumah mereka. Walkway konkrit yang membawa kita jauh ke tengah laut. Ada timber decking yang jadi penghubung dari rumah ke rumah. Ada juga puing-puing pancang kayu yang dulunya mungkin rumah sesiapa.
Budak-budak kampung berlari-larian di atas walkway konkrit yang mengunjur jauh lebih 100 meter ke tengah laut. Bermain layang-layang dan menangkap ikan. Pemuda-pemuda kampung bermain bola sepak di tepi pantai. Dan ada penontonnya. Ada juga yang bermotosikal. Dan berbasikal. Dan kebetulan terserempak seorang anak muda sedang menggolekkan dua tong gas sekali harung. Anak-anak kecil menjual kuih di tepi pelantar. Pakcik-pakcik dan anak mereka mencuci bot. Ada yang memasang pukat. Makcik-makcik berehat sambil mengambil angin petang. Seolah-olah mereka lupa bahawa mereka sedang berada di atas laut.
***
Tapi seriously kagum jugak la GB tengok budak-budak kat sini yang terer gile menangkap ikan. Tak payah pakai joran. Cuma perlu tali tangsi, mata kail dan umpan udang je. Derdezup-dezup ikan makan umpan dan tersangkut di mata kail. Sedar tak sedar dah sebungkus plastik ikan diorang tangkap. Ikan fresh buat makan malam. Terbaiklah! Sungguh GB terbayangkan Uncle Lavendari time tuh. Hahaha!!!
Sambil menghitung waktu untuk pergi ke Pasar Filipina pulak dan seterusnya dihantar ke airport, GB nikmati dulu scenery di situ puas-puas sambil amik gambo banyak-banyak sebab esok...pasti GB akan rindu KK.
P/S: Sambil tu masih memikirkan cemana cara nak seludup masuk buah bundu tu naik flight tanpa 'bau'. Eheheh~
selalu tgk dalam tiv je rumah atas air ni. best btol. nak mandi laut, terjun je.hehehehe
ReplyDeletesenang nak mandi wajib...niat terus terjun je hehehehhehee
ReplyDeleteperghhh.. percutian yang menarik tu GB.. teringin nak pergi sana jugak.. entah bila lah dapat..
ReplyDeletebest gileee... kl tensen2..terjun laut jek. hahaha
ReplyDeleteBerkali2 ke KK, kakcik belum lagi pergi ke kawasan perumahan itu. Hanya lalu saja. Mungkin satu hari nanti, kakcik akan singgah juga. InsyaAllah. :)
ReplyDeletenyamannya...baca cerita gb pun dh dpt bygkan suasana diorang.best!
ReplyDeletetime duk sini tak pernah plak singgah sini hanya sekadar lalu & tengok dr jauh je. hehe
ReplyDeletecepat!!cepat!!
ReplyDeletemari kita set up kutu team..mau kumpul duit ke KK
huaaaaaaaaaahuaa
cantiknya!!!
teringin nak melihat kehidupan yg berbeza dgn yg selalu saya lalui supaya dapat merasai kesusahan org lain walaupun pd mereka perkara biasa...
ReplyDeleteGB, semporna mmg best.Cuba tgk blog kwn saya...gambar2 yg dia ambik kt semporna mmg perghhhh!!
ReplyDeletehttp://www.digitaldome.com.my/gallery/kapalai-island-semporna/
Ini pun dh msk dlm list sy..tp xtau lg bila buleh pergi..InsyaAllah sekiranya ms mengizinkan..akan sampai jua..urmmmm
SALAM,
ReplyDeleteTAK PERNAH SAMPAI TEMPAT INI. MENARIK UTK DILAWATI .... SERBA-SERBI ADA NAMPAKNYA.
Masih aku teringat sugar bun(fast food restaurant)di jeti kota kinabalu.Only in Sabah...sgt sedap...GB g x?entah ade atau x dah....
ReplyDeletesuka tengok gamba budak2 lelaki main bola tu..
ReplyDeletesatu rumah satu bot.. apa cap, proton, honda, toyota,.. hihihi.
@EE - sugar bun dah takde, lingkup dah. Memang sedan gak lah tapi menu bnyk sgt, takde differentiation & pengkhususan.
ReplyDelete@GB - takde amik sunset shot ke? Sunset pun cantik gak kat sini.
Ya Allah kalau buah binjai kakak tahulah GB. Kakak masuk dalam masak asam ikan buah ini. Tapi susah jumpa memang.
ReplyDeleteCerita kehidupan mereka sngt tenang...
Bundu?kita pun first time dengar ni, heheh macam best je..
ReplyDeletesuka tengok org memancing tapi tak pandai memancing..huhu
cantiknya GB
ReplyDeletebuah bunju tu buah binjai la kan??
saya saaangat jeles......
ReplyDeletesaya pong.....
ReplyDeleteheh!
Salam GB, terima kasih singgah blog saya, sebenarnya Sabah banyak tempat menarik, kalau berpeluang cubalah teroka dasar kepulauan manukan atau semporna, memang fantastic
ReplyDeletetravel GB mmg pack dengan scenery yang menarik..suker sangat :)
ReplyDeletetravel GB mmg pack dengan scenery yang menarik..suker sangat :)
ReplyDeleteuncle biasa tengok dia orang tangkap ikan macam tu .. tempat ikan banyak memang bolehlah buat macam tu.
ReplyDeletetapi uncle tangkap ikan kerana hobi .. uncle seorang angler bukannya fisherman. (sebenarnya jeles dgn budak tu .. hehe)
sebenarnya hari ini uncle pergi mancing kolam kat Pilah. letih sangat. nanti uncle buat entri ttgnya.
apa-apa pun tqvm kerana linkan ke blog uncle.
mereka tiada apa yang kita ada kat umah...
ReplyDeleteheh heh... tau apa..?
longkang..
=}
salam..
ReplyDeletememang ajaib betul
sebab saya tak pernah
berkesempatan ke sana
:)
tengok gambar2 ni teringat
ReplyDeletekampaung air kat pulau redang
masa kak ati pergi dulu ..
@Lya Colours
ReplyDeleteaha. betul2. budak2 kat situ sah sah terer berenang! :D
@sahromnasrudin
ReplyDeletehahaha mengonggg... :p
@Faaein Talip Roy
ReplyDeleteair asia ada, firefly pun ada! heheh~
@hanie
ReplyDeletejgn terjun tepi toilet diorg dah le~
heheheh
@kakcik
ReplyDeletedekatttt je dgn sutera harbour. boleh dating sekali kakcik. heheh~
@Munnafendy
ReplyDeletenyaman....memang! :D
@jemarisuri
ReplyDeletebiasala tu. saya pulak org kedah yg tak penah naik gunung jerai dan tak penah gi langkawi. caye? heheh~
@littlehumblelynn
ReplyDeletenak join!!! :D
@sudipVSsenduk
ReplyDeletekalau diorg dtg tempat kite, mesti diorg rindu kg diorg kan? :D
@Azira Mohamad
ReplyDeletesemporna mmg buat tgn rasa nak klik beli tiket lagi!!! jom pegi!
@luahfikiran
ReplyDeletetaktau nak cerita cemana uncle, tapi sabah mmg tempat yg sgt menarik! :D
@EE
ReplyDeletetgk nama rest tu ugt diorg cuma serve roti gula je. heheh~
ok fine, gb tak jumpa.
@Anaa
ReplyDeletekite pun suka gambo tu! usha baik punye sebelum ketik. heheh.
bot tu bmw, mercedes, nissan - pun ada. heheh~
@de engineur
ReplyDeletethanks sudi singgah sini.
gb amik sunset kat tepi pasar filipina. tak boleh terus tunggu kat tg aru sebab nak kejar time. :)
@Kakzakie
ReplyDeleteeheheh. nasib baik akak sebut dalam komen kat entri lepas. buah tu akak masukkan yg dah masak atau yg belum masak kak? :D
@Ladysirna
ReplyDeletehebat budak2 tu memancing....heheh~
@azam
ReplyDeleteyes. buah yg sama.
@DrSinga
ReplyDeleteehehe saya suka!! :D
@afendi ariff
ReplyDeleteoit. pigi mana lama tak nampak?
@KAMATO
ReplyDeletedan terima kasih singgah blog saya juga. di sabah, taman lautnya saya belum tgk live lagi. tunggu belajar swim dulu.
@Tihara
ReplyDeletealhamdulillah...rasa sgt 'penuh' bila travel dpt tgk byk bende mcm tu. :)
@al-lavendari
ReplyDeletesama2 uncle. ikan dan umpan ni kalau saya nampak mmg otomatik ingat uncle. budak2 tu pun dapat tangkap ikan kecik2 je. uncle punye ikan besau2... heheheh (amik hati balik...ngeee)
@Fatin Mraz
ReplyDeleteyes. mmg takde longkang walaupun diorang ada astro. heheh~
@zulkbo
ReplyDeletesana best!
@Ati Masrif
ReplyDeleteaha. redang saya tak penah pegi lagi kak! :D
Derdezup-dezup tu bunyi ikan makan umpan ke?
ReplyDeletebestnya..buat sy pon teringin nk mengembara ke sana..
ReplyDeletebila la ek kami punya turn nk ke sana...diorang berehat petang2 tu smbil makan goreng pisang tak GB?
ReplyDeletesalam kenal dan dofollow sini
ReplyDeleteseronoknya akak tengok keadaan kehidupan kat sini, tentu pengalaman yg x mungkin adik lupakan kan..
guwa pun pernak naik rumah atas air dekat labuan.
ReplyDelete@gedek!
ReplyDeletea'ah. heheheh~
@Maya Mayana
ReplyDeletetaktau la kak..diorg tak pelawa pun,,,,heheh~
@aimaniman
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi singgah dan follow saya ye. :D
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeletepasti boleh nanti! :D
@LAici KAng Ais
ReplyDeleteoh. labuan belum sampai. next time! :D
baca entri ni..sambil terbayang banyang gi sana...huhuhu.....
ReplyDeletebudak2 sana memang terror tangkap ikan kan, pernah tgk dokumentari kat tv
masalah.... binjai oun tak penah tengok. i masih obses ngan buah ni.
ReplyDeletebab kk nih, i akan absorb then gi....sekarang cam curious memandang n belajo dari blog orang
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTak sempat pi Kampung air sama ada kat KK atau Sandakan. Kalau sandakan, sempat lah pergi Tampi-tampi tang depa buat penggambaran filem duyong tu...
Sangat teringin nak tenguk kampung air!
insyllh dlm bln 2 thn dpn nk ke sana, excited baca info2 kat sini. bley la mintak tunjuk ajar:)
ReplyDeleteTahun 2007 dulu abis mendaki Gunung Tambuyukon (Ranau) & Trusmadi (Tambunan) kawan ada bawa gi makan2 kat Tg. Aru, tapi masa tu malam apa nak nampak pun hahaha ...
ReplyDeletebest aaa nampaknya lepak kat situ jika ada kamera, banyak aspek2 kehidupan yang dapat dirakamkan.
jika dapat peluang berbasikal di sana nanti, mesti letak dalam destinasi wajib-singgah lah camni ...
Seronok tgk budak2 kat situ main hehe. mst panas sbb air laut..
ReplyDeletesy terbayang mcm mana hidup di atas air.. terbayang jugak macam mana mama takut2 kat atas tu.. hehehe..
ReplyDeletedyeorg ade taman mini??