sambungan dari
sini...
...kitorang gerak ke Pekan Kundasang.
Pekan Kundasang sebenarnya tengah membangun. Jalan baru dibina. Lebar jalannya. Ada roundabout tapi belum siap. Cuma satu hal....lampu jalan takde...gelap hitam pekat melekat jadinya menjelang malam.
Masa jalan kat situ untuk beli roti dan kopi 3 in 1 for supper, GB terfikir akan betapa bahayanya kawasan ni sebab lampu jalan takde. Tapi malas nak fikir yang buruk-buruk. Cuma lebih hati-hati je. Sebab ada kawasan di situ menurun bukit, walau kenderaan tak berapa banyak tapi kalau ada tu boleh tahan lajunya. Tau sajalah di kawasan tu banyak pikap trak, lori, jadi kalau turun bukit tu pastilah laju kan?
*
Selesai membeli, kitorang gerak ke kereta yang di parking tepi jalan berhadapan dengan gerai-gerai jual sayur, buah dan bunga. Diorang pun tengah siap-siap nak tutup dah tu. Tiba di simpang gelap tu GB terfikir lagi, 'Ishh..bahayanya kawasan ni....gelap! Nak kene komplen kat Majlis Daerah Kundasang nih.'
Elok je melepasi lebih kurang 10 meter dari simpang tu kitorang terdengar bunyi dentuman dan bunyi kaca pecah-pecah. Bunyi eksiden, kompem. Sebab GB dah pernah dengar bunyi yang macam tu beberapa kali. Astaghfirullahalazim....GB terlari dan spontan terpeluk sape ntah kat situ sebab terkejut. Terus kitorang menoleh ke belakang dan nampak sorang motorist ni tengah melambung atas jalan. Jatuh, dan terus pengsan. Kitorang jadi keras taktau nak buat apa.
Kereta langgar motor betul-betul kat simpang yang kitorang lalu tadi!!!! Moto dia? Hanco!
Nak amik gambo? Takde. Dalam situasi gitu GB tak terfikir nak amik gambo. Ada tefikir nak switch on kamera tapi GB sendiri pun menggigil, cane nak amik gambo? Ok lah, GB bukan wartawan.
*
Keadaan jadi kecoh. Mamat motor tu terbaring terus tak gerak. Mati ke pengsan? Cane nak buat? Cane nak tolong ni? Dan dalam kelam kabut tu tetibe ada lori tengah bergerak laju menurun bukit dari arah Ranau. Kitorang panik sebab takut lori tu terlanggar mamat motor tu. Semua orang kaku tak tau nak buat apa sebab kalau nak tarik mamat tu ke tepi, takut patah riuk badan dia nanti.
Time tu la makcik gerai bunga menjerit kuat-kuat ,'Jangan langgar!!!! Ada orang!!!!'
Kuat betul suara makcik tu. Nyaring. Frekuensi tinggi. Sampai sekarang terngiang-ngiang kat telinga GB. Heheh.
Dalam tengah laju tu driver lori perasan ada kecoh-kecoh kat depan dan dia tekan brek cekcepat. Pastu mamat motor terus melompat bangun dari atas jalan dan berlari ke tepi. Phewwww...lega..... Penangan suara makcik jual bunga tu kot.
*
Dan tiadalah kejadian lain yang tak diingini seperti darah yang terpercik atau badan manusia yang tergilis atau segala jenis bentuk kemalangan susulan yang mengakibatkan kematian. Alhamdulillah.. Kalau jadi mesti tercalar keseronokan GB kat Kundasang.
Apa-apa pun GB syukur banyak-banyak sebab eksiden tu tak berlaku masa kitorang tengah jalan kat simpang tu. Kalau tak.....
**
Malam tu kitorang pulang dengan rasa tekejut yang belum hilang. Masing-masing diam. Lepas beberapa ketika baru masing-masing bukak mulut balik. Dalam hati GB, rasa syukur tak putus kepada Allah kerana selamatkan kami semua.
End of day 1
P/S: Esoknya. Terjaga pukul 6.15. Alamak. Body clock takleh fine tune lagi. Dah cerah. Cekcepat solat Subuh. Mandi. Siap. Dan bermulalah hari baru di Kundasang. Mula dengan breakfast baek punye yang mengadap view baek punye. View apa? *Sila tengok gambar di atas. :)
P/S 2: Panjang eh? Heheh...sekali sekala bercerita panjang-panjang.... :D