Baru-baru ni, tayar dan rim kete DrSinga dah kene cilok. Pencuri panjat pagar, amik tayar dan cabut.
Pastu terbaca pulak dalam blog Mazidul pasal beg wartawan TV3 kenarembat waktu dia tengah sujud. Abis kunci kereta dan segala barang dalam beg tu dibawak lari. Sudahnya dia kene pegi buat repot kat balai polis pakai telekung.
And then tak lama dulu ada cerita kat blog pasal tong gas Cik Ina DodoCheng kene curik. Pencuri masuk dapur dan larikan tong gas. 2 tong sekaligus!
Kemudian Backpackerbusuk pulak citer, dia gi jalan-jalan kat Indon, bila jumpa orang senegara, h*r*m secalit senyum pun takde.
Budak sekolah agama, tahfiz, budak universiti dan kolej Islam dah mula terang soksek pasal benda-benda tak elok yang serius yang diorang buat. Itu yang institusi agama. Agak-agak kalau institusi yang takde nama 'agama' cemana pulak isi dalamnya ek?
Budak-budak muda pompuan zaman sekarang mula gelakkan kawan-kawan sebaya yang takde boyfriend atau yang masih dara.
Pastu ada baby (banyak baby sebenarnya) kene campak sesuka hati je sekarang, kat mana-mana pun boleh jumpa baby kene buang. Macam buang sampah sarap saja.
Di Malaysia, Melayu adalah yang paling ramai. Orang cakap, Melayu itu Islam. Sebab tu ada yang pelik tengok Melayu yang berpakaian tak macam orang Islam. Tapi hakikatnya Melayu itu cuma bangsa. Bangsa dan agama bukan kembar siam. Cuba sedar berapa ramai Melayu yang dah bukan Islam sekarang...itu fakta.
Tapi bila orang Cina atau India bagi salam, Melayu takut nak jawab. Takut orang kafir. Padahal orang tu dah peluk Islam bertahun dulu dan hafazan ayat lazimnya lebih baik dari sesetengah Melayu Islam.
Hantu dan jin ditakuti, mungkin akan menyesatkan dan memesongkan akidah. Pernah dengar hantu atau jin ajak keluar dari Islam?
Kita jalan-jalan cari makan dalam negara sendiri. Tapi yang peliknya dalam negara sendiri inilah tempat makan yang halalan thoyyiban punya susah nak jumpa.
Kalau dapat jemputan makan kat open house ke atau memana buffet, seboleh-bolehnya kita nak makan semua sampai end up menimbun kat pinggan, mengalahkan orang Somalia yang kebuluran.
Bab makan lagi. Daging lembu dari Australia (misalnya) bukan main takut nak sentuh, takut proses sembelihannya tak betul, jadi takut tak halal, sedangkan bila tengok sendiri kat kilang proses daging di sana, kita akan rasa malu malah mungkin geli nak makan daging yang disembelih di rumah sembelihan negara kita.
*
Di saat kita masih rasa kitalah masyarakat yang baik budi pekerti, berbudi bahasa, mesra, sopan santun. Kita rasa kita bagus dan cukup dari segi keislaman kita, ilmu agama dan ulama lulusan universiti Timur Tengah yang ada.
Rasa serba cukup itu yang membuat kita jatuh. Kita melenting bila ditegur. Kita naik angin kalau bangsa dan agama dicerca, tapi cara kita tu adakah kena?
*
Itu baru sedikit kisah tentang kita. Yang GB nak cerita ada banyak lagi. Atau kawan-kawan ada cerita nak share? Boleh taruk kat kotak komen pastu esok-esok kita sambung lagi dengan lebih mendalam.
P/S: Ini semua berdasarkan pemerhatian rambang GB. GB kecewa. Ke ada kawan-kawan yang kecewa? Maaf lah, GB tak reti tulis cerita jiwang lah. Heheh~
saya suka sangat entry nihh... TERBAEKKKK lah GB
ReplyDeleteeh..saya sokong sangat bab makan tu..kan elok klu makan berpada2 je..=]
ReplyDeletehmmmmm...
ReplyDeletemenariknya bila dihuraikan satu persatu.. sebabnya selama ini kita pernah dengar tapi tak pernah nak faham betul2...
Jom kita kupas..kupaskan lagi...
Thank U gB....
GB mcam guru besorrr heheheh ..
ReplyDeleteentry menarik ..... perlu sama2 kita fikirkan
Betul segala yang gB coretkan itu. Banyak lagi yang boleh dihuraikan sepenuhnya. Boleh jadi hikayat 2002 malam!
ReplyDeleteYeay! komen dari rumah boleh masuk la... :)
ReplyDeletetang tulang tu menarik..hehe
ReplyDeletesebanranya IS geram ngan budak2 sekolah Imanshah yg tak suka bg salam bila jumpa ngan cg dia,,geram..
apa yang GB kata tu ada betulnya.. tu motif tunjuk gambar makanan dah abes tu nak uat kita jeles la tu.. adeh.. lapar la plak.. -__-
ReplyDeleteentry menarik dan terbaikk!!!
ReplyDelete~sedih sgt dengan kisah semalam : ibu campak bayi dari tingkap ke longkang...
semua diatas adalah
ReplyDeletegood pointsss....
XD
mmmm...sambung lagi GB..
ReplyDeletelagi lagi..nak lagi..^_^
ReplyDeleteakk paling sedih kalo denga org campak bayi..campak dlm longkang..dalam sungai..aduhh, kesian...sedihh :(
ReplyDelete'tentang kita' ini boleh jadi hikayat 1001 malam..takkan abis.
ReplyDeletepergh!!memang best entry ni.best yang buat sedih...sedih sebab terkait dengan"melayu islam"
ReplyDeletemaaflah kalau terlebih.."orang melayu terlalu cepat melatah,walau perkara kecil.Dan yang lebih sedih,diri sendiri yang menjadikan diri melatah tanpa sedar"
paham? paham? paham?
kalau paham bagus..kalau tak paham jangan tanya...heee
Entah la.. Moga kita tidak tergolong di dalam apa yang diperkatakan itu. Jika ada, haruslah sedar dan memperbaikinya dari sekarang..
ReplyDeleteSusah untuk dihuraikan kerana akak sendiri tak pandai... Takut nanti mengata dulang paku serpih, mengata orang, akak yang lebih... huhu...
Saya rasa, semakin ramai orang kita TIDAK TAHU BERSYUKUR!
ReplyDeletekawe pun pelik aaaa....kenapa kita sebagai negara islam tak mampu bekal makanan ke arab saudi skala besau...sedangkan australia, new zealand dan baru2 ni brazil dapat membekal makanan halal kepada arab....sistem halal mereka lebih efektif dan meyakinkan...pada hal mereka bukan negara islam...
ReplyDeletenak menambahkan lagi kekecewaan awak, silalah baca entri ibu intan yang terbaru di sini ..
ReplyDeletehttp://impianaintan.blogspot.com/2011/10/pagi-yang-dingin-tapi-panas.html
bila baca entry GB..
ReplyDeletesemakin kagum dengan kamu
tapi kan dik. kak yang baca paper dan layan berita hari2 pun dah jadi seram..
depa lupa hari pembalasan ker????
terbaru kes baby dibuang dari tingkat dua flet.kejam ah...
ReplyDeletepanjang n3 GB, tp akak baca satu persatu. bagus.
ReplyDeletepaling geram tgk gambar tulang tu.. kalau akak dah licin. abis tulang tu akak kunyah..
ok serius - kes buang bayi.. sgt sedih dan geram. bila undang2 nak buat hukum gantung pada yang buang tu?
Kes remaja sekarang yang bangga tak de dara.. tu lagi satu. dah ikut barat. mak bapak diaorang akan desak anak-anak yang masih dara dan tak de boyfriend supaya cepat-cepat TUTTT...
Pasal islam.. akak pernah ternampak student IPTA bawak kereta yang belakangnya ada byk signage JESUS.. dalam kereta tu semua bertudung.. akak pelik lalu amik gambar. biar mereka siasat. kok ye pun kereta pinjam atau sewa, mereka perlu peka.. orang dibelakang kereta anda memerhatikan semua tu. lebih2 lagi orang bukan islam nampak, mesti senyum lebar..
sekian. cerita panjang lebar akak.
ramai juga orang baik, tapi jarang disebut... biasa la cerita buruk² lagi sedap direncah
ReplyDeleteye skrg bayi bersepah2 kene buang kan.manusia ni, hati dah bertukar jadi hati kambing ke apa. eh kambing pon tau syg anak. tak pasal2 marah kat kambing plak. huhu tapi takpe saya x makan kambing.kihkihkih
ReplyDeletemeh blaja ngan zie jadik jiwang2..hehehe
ReplyDeleteari2 ade kes baby dumping...apa agak rase mak budak tu kita buang dlm perigi jugak? kesiannnnn baby..:(
GB..memang raa tak selamat dtempat senidir sekarang ni..
ReplyDeleteterima kasih..GB jugak prihatin..ketengahkan isu ni..
dan lagi satu..tak tak tunjuk tulang je..sape yang makan tu ye..
mari bergerak secara kolektif utk tangani masalah ni
ReplyDeletejuga yg pntg apa2 pun kembali kpd islam yg hakiki
:-)
mari sama2 muhasabah diri :-)
ahaaa... nak sebut pasal penyembelihan halal. kalau orang yahudi, proses penyembelihan mesti disaksikan oleh rabi kalo tak silap. untuk mengesahkan 'kosher'. kalau kat malaysia, orang pantau tak? i mean, EVERYDAY. (ini adalah pertanyaan :D)
ReplyDeletebab2 buang bayi pulak, sebab diorang tak takut buat dosa. hukuman tak cukup setimpal. yela, balasan kat akhirat diorang mana nak fikir, akal singkat. selebihnya terpulang pada diri masing2 berkenaan hukuman setimpal kat dunia :)
owh, kak fidde pernah rasa geram tak dengan org suka suki parking kat bahu jalan sampai susahkan kita nak keluar dari parking padahal parking berlambak lagi? saya rasa orang tu kalo boleh nak parking dalam kedai terus :D
GB
ReplyDeleteits good entry :-)
saya paling benci org msia yg suka parking sesuka hati..guna lane SmartTag..tp touchngo takde duit..menyusahkan org..
bab org msia yang suka berlagak lagi x leh tahan..
balik makan sambal belacan...kat opis berlagak x habis ttg TGIF..wth!!
Entry yang great! Akak suka. Nak tambah perencah sikit, boleh? Itu kita belum lihat aspek muda mudi yang ketepikan orang tua. Anak abaikan ibu bapa. Haruan makan anak. Lepas tu, nak sentuh bab politik lagilah tak boleh. Semua pendapat politik dalam negara nie salah dan betul. Rakyat jadi konpius. Unsur tradisional bangsa pula semakin jadi jenaka. Ok..akak dah melebih2..hehehhe. Sorry tuan tanah. But I LOVEEE this entry.
ReplyDeletebetul. setuju sangat
ReplyDeleteini entri yang menyedarkan.
ReplyDeletedan aku baca satu satu, tak tinggal satu perkataan pun, dan takde skip skip.
Semuanya betul....i like!
ReplyDeletesmpai tahap jat lagi suka duduk rumah je.drpd jalan2 tgk gelagat manusia yg pelbagai.
ReplyDeletebaca entri ni sambil angguk2! semua point sgt tepat!!
ReplyDeletegue setuju banget sih....
ReplyDeleteemang kayaknya begitu, segalanya bener deh...
thanks GB..sgt menarik
ReplyDeleteSelalunya melayu je nak orang faham pasal adat melayu...
ReplyDeleteKita tak pon bersusah payah nak faham pasal adat orang lain....
Lepas tu marah marah!
sedih :(
ReplyDeletemcm peribahasa karam sign walia.."tahi org di padang kita nmpak, tp tahi hidung sendiri kita tidak nmpk." huhuhuhu
betul.
ReplyDeletesungguh betul..
.
malu. malu dgn diri sendiri yg lalai. malu dgn umat islam yang alpa. malu dgn Allah kerana taksub dgn fana. Nauzubillahiminzalik.
ReplyDeletep/s: memerhati. such a unique way of interpreting. (:
kalau nak dikupas satu persatu, rasanya 10 entri pun tak cukup GB
ReplyDelete;))
macam sesuai je dengan gambar tu
ReplyDeletesetuju sngt dgn GB...
ReplyDeleteMelayu mmg ramai yg kafir..agama islam hanya pada IC...
org kita juga terlalu banyak hiburan..terlalu banyak ketawa....
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah, rahmat pengalaman & umur telah membuka semua rahsia ini.
Ini baru secebis cerita benar tentang Melayu; juga tentang mereka yang mengaku/dipercayai Islam.
Rekod dunia: Malaysia sajalah negara yang mengiktirafkan identiti bangsa sebagai asas pengenalan agama Islam rakyatnya!
lepas tu suka sangat cakap pengaruh barat la yahudi la apa la. padahal yang tak kena tu diri sendiri. haiya.
ReplyDeletebila yang haram sudah di halalkan jadi macam nilah.selalu sanagt org kita asyik nak mempertikaikan itu ini sebelum kaji selidik betul.tapi tak sedar ada kesilapan sendiri yang di sembunyikan.
ReplyDeletedunia akhir zaman.. bukan kata GB.. MJ yg brada dlm kepimpinan organisasi dakwah dekat sekolah pun takut..
ReplyDeletemananya dgn diri kita..diri org lg..nak betulkn org tp bimbang..kita pun x kena jgak.. :(
kdg2..terlalu sedih memikirkan yg ISLAM di MY semakin lama semakin jauh dr ISLAM itu sendiri..
nk slahkan siapa??
kdag2..rasa mcm nak slahkan semua org..
kerajaan dgn cara mereka.. ibu bapa dgn cara mereka.. kwn2..anak2 muda dgn cara mereka.. diri sniri pun x ada keimanan yg teguh..
entahlah.. bercakap ttg ISLAM di MY hari ini..jdkn sy bimbang dan mengeluh sendiri.. bkan nak tunding pd sesiapa..tp hanya pd diri sendiri yg x mmpu berbuat apa2..
betul tu GB
ReplyDeletebila baca atau dengar benda2 yg mengarut dan menggerunkan ni..
mulalah terdetik dlm fikiran..
selamat ke negara yg aku duduk ni?
selamat ke anak2 dan keturunan aku ni?
halalkah ape yg masuk ke dlm perut ku dan keluarga ku ni?
macam2..!!
betul GB. lagipun budak2 perempuan skrg terutamanya lebih liar drpd lelaki. rizal sendiri takot dpt isteri yang sudah tak ada dara :(
ReplyDeletememang terbaik. saya tertarik dengan entry ni. memang betul apa yang dituliskan. itulah realiti dunia kita sekarang. pemikiran kita sekrang.
ReplyDeleteMOHD NASER.com
Salam GB.
ReplyDeleteentry yg menarik dan membuka minda. ada dua perkara yg paling saya tertarik.
Pertama ttg salam dari org cina dan india yg org melayu takut nak jawab sebab disangkanya kafir. Tapi hakikatnya ramai tokoh2 muallaf spt Ustaz Farid Ravi, Shah kirit, Lim joi Son yg jauh lebih mendalam ilmu agamanya berbanding melayu islam.
lagi satu isu salam, sebenarnya umat islam diharuskan menjawab salam yg diucapkan oleh org bukan islam. Cuma, jawablah wa'alaikum( maknanya Dan ke ats kamu. ia beri maksud begitu juga kepada kamu).
Tentang daging import dari Australia. Saya pernah dgr ceramah Dr Asri ttg hal ini. Katanya, pusat penyembelihan di sana jauh lebih menepati piawaian islam berbanding sesetngah premis penyembelihan di tempat kita. malah pusat sembelihan di Pakistan yg dikendalikna oleh org islam, lagi teruk keadaanya.
gb cayang...
ReplyDeletecuti kemana lak tu ....
^____________________~
huh..dik licin ganas, tp kalau kawan baik akak makan, lagilah tulang pun dah tak ado...
ReplyDeletelagi satu kan enpakwe akak kalau nak makan daging dia kata kita makan pepuas masa raya korban, sbb memang tak perlu di was was lagi kan?
ReplyDeletejika kita mengaku kita org islam maka semua itu pasti bukan ikutan kita...
ReplyDeletecuri hati takpe... :)
ReplyDeletesalam kenal
bila BUNGA-BUNGA tuturan gadis BUNGA masih lagi di hiasi deBUNGA yang cukup matang buat dihembuSebar angin musim BUNGA menyerlahkan kemekarSegaran sekuntum BUNGA mawar berduri di antara jambakan BUNGA tahi ayam kampung pinang sebatang. auch!!
ReplyDeletetak sangka tong gas pun ada orang nak curi..duit duit
ReplyDeleteMulai detik ini...di setiap doa pada solatmu..kita panjatkan Doa kepada Rabbul Izzati...
ReplyDelete"Ya Allah...selamatkan Negara kami, syumulkan Islam di bumi barakah ini...kurniakan
keimanan dan taqwa yang tinggi kepada pemimpin-pemimpin kami...kuatkan perpaduan
muslimin muslimat di bumi ini...
Ya Allah...Engkau peliharalah keturunan kami, jadikanlah mereka insan insan yang mendirikan solat...
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Melihat..."
.
.
.
.
.
Bukankah doa itu senjata kita?
Gb, entri ini entri terbaik yang saya baca. keep on writing ya
ReplyDelete@ayin MM
ReplyDeletesharing is caring kan... :D
@ciK LyndaWawa
ReplyDeletetuh la. ini tidak. makan x hengat dunia kan?
lama x baca entry GB...btw, tulang ikan tu nampak cantik...hehe
ReplyDeletebetul2.. makin hari makin menjadi2 kes pembuangan bayi.. yg paling menyayat hati kes baru2 ni.. budak dilempar dr tingkat dua kalau tak silap.. smpai pecah kepala.. mana la rasa perikemanusiaan mereka kan.. dan mostly yg buat benda2 mcm tu adlh mereka2 yg terdiri rdpd golongan yang terpelajar.. dimana akal mereka.. sedih bila tengok bangsa sdri makin hari makin ntah ape2..
ReplyDelete