Entri ini adalah sedikit melalut dan tak ikut kronologi penceritaan yang betul. Layan aje lah....
*
Stended la masa raya, selain dari meriah berkumpul ramai-ramai sebab raya yang hanya setahun sekali, ada juga yang tak bestnya. Yang tak best tu ikut kategori lah. Kalau kategori GB, bila ada ayat 'bila lagi nak makan nasi minyak?' atau 'kenapa tak kawin-kawin lagi ni?' atau 'asyik nak bagi adik je lepas dulu, kakaknya bila lagi?' atau 'along ni memilih sangat ni....'. Well, GB appreciate their concern yang tengok GB tak kawin-kawin lagi ni tapi seriously ayat-ayat cliche macam tu tak membantu langsung. :)
Sebab...
Untuk seseorang yang tak berciri awek-awek macam GB, rasa jeles tengok orang yang berkahwin tu memang ada.
Awek-awek? Cemana tuh? Cemni lah.... kan ke kebanyakan orang yang kahwin ni biasanya wajah mereka berciri lembut dan ayu, kecil molek, mulus dan mempunyai gigi yang cantik.
Gigi cantik?
Ye kot. Sebab selalunya gambar kahwin mesti mereka akan senyum dan gelak dengan menampakkan gigi. GB pula dari jenis yang memang kelihatan tak lawa kalau gelak nampak gigi. Mungkin satu sebab gigi tak cantik. Satu lagi sebab GB bukan spesis yang macam itu kot.
Itu la satu perkara yang buat GB jauh dari nak berjumpa dengan lelaki, especially sejak akhir-akhir ni. Self esteem rasa sangat low. Antara beberapa feedback yang GB dengar dari orang lelaki adalah GB ni macam strawberry. Masa masam tu...masam sangat. Tapi bila manis, boleh bikin kena kencing manis. Siot je!
Lelaki lain pernah cakap GB ni seorang yang menarik. Takkan takde yang cuba masuk line? Cliche kan? Ayat macam tu dah tak berkesan lagi untuk mengorat GB. It never was pun.
My ex cakap GB very sweet.
Ramainya yang cakap GB comel.
Ada juga orang tu yang tak pernah komen langsung pasal GB. Padahal GB nakkk sangat dia komen pasal GB. Heheh. Ape-ape lah.
Tapi above all, GB tak termakan langsung dengan pujian-pujian cliche macam tu. Sebab sebenarnya GB nak jadi seseorang yang lelaki mahu jadikan suri hidup, boleh? Tapi, ada ke orang yang nak kat pompuan yang tak berciri awek-awek macam GB ni? :D
*
Tapi ada satu komen ni, GB selalu dapat dari lelaki. Kata mereka GB terlalu banyak mengelak dari berjumpa. Ada benarnya. Selalunya GB lebih berusaha untuk mengelak dari berusaha untuk berjumpa. Ada beberapa sebab yg memungkinkan perkara itu.
1. Sebab mereka terlalu mendesak
2. Sebab mereka nampak desperate
3. Sebab pernah terjadi mereka cuma nak test market
4. Sebab GB tengah tak selesa dgn diri sendiri
5. Sebab GB takut mereka akan cuba berbuat sesuatu yang tak senonoh
6. Sebab GB takut expectation mereka akan hancur sebaik sahaja berjumpa
See? GB seorang yang sangat tak konfiden.
Tapi GB boleh jadi konfiden bila menaip.
*
Ada suatu waktu tu, GB pernah dapat morning SMS dari lelaki. Dan SMS selamat malam dari lelaki yang sama. Serta SMS sewaktu lunch masa hari bekerja. Dan kadang-kadang semasa sedang sibuk.
SMS seringkas 'hai' pun dah boleh buat senyum sepanjang hari. :)
Tapi itu dulu. Yang manis tu tak berpanjangan. Ada turun naik, ada pasang surut. Dan akhirnya setelah 4 kali berpasang surut, ia berakhir. Untuk selamanya.
Sebenarnya peristiwa yang lepas banyak memberi kesan dalam hidup GB. Akibatnya, GB susah nak melayan permintaan untuk berkenalan dari lelaki. Sudah lebih 2 tahun ia berakhir dan GB tak keluar berjumpa lelaki kalau tiada urusan atau kalau tiada ugutan. Ya, sampai kena ugut baru GB setuju untuk berjumpa. Lama-lama GB jadi selesa dengan cara begini sampaikan setiap kali ada lelaki yang menyatakan hasrat mahu berjumpa, GB akan sediakan 145 alasan kenapa GB tidak dapat jumpa mereka. Selalunya end up memang GB tak akan berjumpa dengan mereka lah. Ada yang berputus asa begitu saja, tapi ada juga yang tidak jemu mencuba. Tapi macam mana GB nak bagitau mereka apa alasan sebenar GB mengelak dari berjumpa? Takkan nak bagitau 6 point di atas kot?
Kadang-kadang, GB ada tertarik nak kenal dengan certain lelaki yang lain dari yang lain, yang menarik di mata GB. Tapi along the way GB 'baca' mereka dan apa yang ada dalam kehidupan mereka. Ada yang secara jelas tidak ada niat mencari seorang teman hidup pun, sebaliknya mereka lebih selesa berkawan walau pada zahirnya nampak rapat lebih dari seorang kawan biasa. Ada pula yang memang terang-terangan membina tembok di sekeliling diri mereka sebagai 'no entry' warning. Dan ada yang terus-terusan dapat dibaca isi hati mereka yang kadangkala mahu seseorang sebagai teman hidup, tapi kadangkala mereka sendiri masuk ke dalam kota binaan mereka sendiri untuk berlindung. Ada yang solo tetapi punya peminat yang obvious.
'Membaca' sifat lelaki mengajar GB untuk jadi lebih memahami walau secara in person, GB tak kenal betul pun dengan mereka. Dan hasilnya, GB menjadi terlalu memahami dan bertolak-ansur sampaikan GB biar sahaja semua lelaki yang GB tertarik nak kenal tu hidup dalam dunia selesa mereka. GB takmau kacau. After all, I am still alive and kickin' even without them.
*
Ada kalanya GB rasa perlu hadiri sesi kaunseling. GB tidak bermasalah secara obvious, tapi keselesaan hidup bersendiri sehingga tidak perlu lelaki dalam hidup GB ni rasanya satu masalah yang besar. Perasaan memerlukan lelaki tu datang juga tapi terlalu jarang dan terlalu sekejap, dan most of the time GB akan beritahu diri bahawa lelaki bukanlah membantu sangat pun.
Masalah kan?
P/S: Dan adakalanya GB rasa sifat terlalu memahami dan bertolak-ansur ni akan memakan diri. Atau mungkinkah tidak?
Gigi Gua lubang lubang
ReplyDeleteJodoh adalah ketentuan ALLAH. Hanya DIA yang tahu siapakah yang terbaik untuk dijadikan pasangan dalam kehidupan ini. Ada yang berkata, ALLAH sentiasa temukan orang yang baik dengan orang yang baik juga, dan begitu juga sebaliknya. Namun, ada juga kedapatan kes tertentu yang orang baik ditemukan dengan orang yang kurang baik. Walaupun hal ini berlaku, ALLAH tetap tahu sebabnya. Antaranya adalah untuk memberi ujian menilai keimanan kita.
ReplyDeleteJika masih belum bertemu jodoh, hal ini memang ada kaitannya dengna kehendakNya jua. Ia adalah ujian untuk menilai kita.
Walau apapun, menjadi fitrah, kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Disamping berusaha, teruskan untuk berdoa agar apa yang kita bakal terima itu adalah ketentuan terbaik daripadaNya.
Hati perlu dibuka. Walau tidak semudah membuka pintu, namun ia perlu dibuka dengan ikhlas...
Baca entry ni cuma teringat satu saja...
ReplyDelete" Widuri... bukalah pintu hati untukku..
Widuri.. ku akan menyayangimu..."
mesti akan ada situasi begini nantinya.. Amin...
InsyaAllah, jodoh itu akan datang juga kerana itu ketentuanNya. Kakcik doakan yang terbaik buatmu, Dik. :)
ReplyDeletetak pe GB..cuba berikan ruang utk diri sendiri dan lelaki itu untuk dekati...kalo dia baik, dia akan hormati prinsip GB..Insya Allah..akk doakan jodoh GB yg terbaik buat GB..penah tgk pic GB, mmg kiut..juai mahai yek :)
ReplyDeleteMoga suatu hari nanti, hati akan terbuka luas untuk seorang lelaki terpilih!~
ReplyDeleteaminnnn....
ermm..luahan rasa ni
ReplyDeleteseperti kata kak azieazah la kan..
ReplyDeletemungkin belum masanya hati terbuka untuk lelaki terpilih.
rasanya, ada benarnya yang Jodoh tak datang bergolek....kena mencari juga GB, jadi berlapang dada. sesekali kena juga buka pintu hati kot ;)
jodoh tu ada
ReplyDeletekat loh mahfuz sana dah tetapkan siapa jodoh kita, cuma bezanya, cepat atau lambat sahaja
sesungguhnya Allah tak pernah sekalipun menzalimi hambaNya walaupun sebesar zarah
ada byk hikmahnya, dulu sy selalu gak fikir kenapa jodoh sy tak mcm2 kawan2 sebaya, pastu ustaz selalu cakap, Allah nak ko fokus buat ibadah padaNya byk2, mana tahu esok kalau dah kahwin, qty ibadah tu tah2 akan berkurangan, sbb sibuk dgn suami dan anak2, maka kata ustaz, masa bujang ni buat ibadah byk2, mgkn Allah nak kita dekat dgn Dia, cthnya puasa sunat tak payah nak minta kebenaran suami, nak bgn tahajud ke, nak baca al quran 5-6 jam ke, ni ustaz kata, sy sampaikan je
moral of the story, Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hambaNya kan
selamat menempuh alam perkahwinan, sy doakan dr jauh :-)
GB.... coretan GB tuh ade btulnya...
ReplyDeletekadang2 as a lady....xkan kite plak yg terhegeh3 nak cari telaga....
sometimes dikhuatiri.. kite suke kat org tuh....tapi org tuh xsuke kat kite....kan ke parah tuh.....
kalo doa shj boleh x?
sbb kalo ladies yg mencari kang ade yg dpt tittle Miss Gatal....
saya pon tak konfiden. sebab kita rasa kita tak cantik kot, macam alasan2 GB tuh. kita takut lelaki tak terima kita seadanya. padahal belum cuba kenal belum tau kan, tapi takpe la. jodoh pertemuan semua kat tangan DIA. kita berdoa je la moga di pertemukan dengan yg sepatutnya. InsyaAllah
ReplyDeleteGB,
ReplyDeleteJika seseorang lelaki memang betul-betul sukakan GB, dia akan buat semua perkara utk dekat dgn GB. Semua perkara.
Masa itu dia akan tidak kisah bagaimana bentuk dan rupa kita.
Masa itu GB akan terfikir kenapa dia asyik kacau dan kacau. Dalam pada tak mahu, GB akan senyum, fikir, cemburu, sayang, rindu, marah.
Bila adanya seseorang yang admire betul dgn GB, buka sedikit pintu hati dan start menilai...
GB jangan serik utk berkawan.
Lelaki yg suka kita tidak menepati ciri,
Lelaki yg kita suka tidak meminati ciri kita.
Apapun GB, keep searching.
hanya yg terbaik dan terpilih utk kita yang terbaik dan terpilih ini. Hehehe~
saya doakan yg terbaik buat kamu GB. insyaAllah... kalau ada jodoh tak kemana... percaya dengan ketentuan Illahi ye..
ReplyDeletesemoga GB dapat jodoh yang terbaik~
ReplyDeleteGB, jodah ketentuan Tuhan..
ReplyDeleteBagus gak kita jual mahal ni. Yang penting ada persefahaman.. jgn nak kawin sebab orang sibuk2 tanye..
kawin la bila dah rela dan bersedia.. hehee..
Betul betul punya curahat...
ReplyDeleteTakpa, Insya allah berkat doa blogger2 semua, GB dapat naik pelamin, soon :)
meh nak tolong buka pintu..hehe
ReplyDeletewhat u r feeling is considered normal. feeling comfy with being single is survival instinct. dont worry too much. dont read too much into a guys' life. focus on accepting HIS plan an believe that it is best for you. simply put as tawakkal and redha. pursue our life's objectives which is to be HIS thankful servant. U have the prayers from ur loved ones :)
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletemengapa menghukum diri sendiri?
kakD doakan moga2 cepat2 GB mendapat jodoh ye...amin....
ReplyDeleteSALAM SYAWAL,
ReplyDeleteBERTENANG GB ! SEGALA2NYA ALLAH TENTUKAN. NAMUN ALLAH MEMBERIKAN RUANG UTK KITA BERUSAHA.BUKA LAH SIKIT HATI TU ! INSYAALLAH.
insyaAllah bila tiba masa nya
ReplyDeletehati GB dengan sendiri nya akan terbuka bila jumpa yg sesuai
menandakan yang jodoh GB sudah sampai...
gB sayang.... kakak doakan moga ada sedikit keterbukaan di pintu hati gB itu. Kena ada org ketiga bila saat-saat yg membuat hati gB bolak-balik. Andai ada lelaki cuba mendekati tapi gB rasa acuh-tak acuh masa inilah kena ada org ketiga (yg dipercayai utk membantu). Sabarlah dik... ada masa insya-allah pasti segalanya berubah.
ReplyDeletemungkin belum masa nya kot...
ReplyDeletetapi jangan la kerap menolak..
mungkin yang kita tolak tu la
sebenarnya untuk kita..:P
aish~
ReplyDeleteaku plak susah nak puji orang
pd jat kita semua manusia x perfect GB. kena belajar menrima apa yg dia ada selagi dia x memudaratkan.
ReplyDeletetp bgusnya kalau dpt yg sygkan kita lebih kita sygkan dia.lelaki kadang2 xreti nk tnjuk yg dia syg.
kalau GB diaju soalan2 gitu..apa kurangnya akak...lebih2 lagi berstatus J ni memang itulah soalan yg kerap ditanya..
ReplyDeleteseriusnya...kita bukan nk cari yg betul2 perfect tp kita belum temui lelaki yg kita rasa ada apa yg kita mahukan...
sudahnya kita rasa begini lebih selesa walaupun tk dinafikan kita sesekali rasa sepi...kan....
erm.. aku cuma boleh cakap.. jodoh pertemuan tu di tangan tuhan..
ReplyDeletesebab aku pun masih blajar lg.. xmo pikir pasal benda2 ni.. time bercinta dulu memang indah.. tapi.. bila dah break.. sakit woo..
adakah GB ni umpama jinak2 merpati? hehehe..
ReplyDeletetapikan..ape ada pada gigi...
jadilah diri kita seadanya..
buat ape nak senang kan hati org kalau hati sendiri tak senang..
jodoh akan datang bila tiba masanya.. yg penting berdoalah yg terbaik utk dirimu dik..
Allah mendengar semuanya....!
GB
ReplyDeletewhen the time is COME u cant even say NO..tggu ajelah MASAnya ..jangan dicari..jangan susah hati..ikut shj gerak naluri tuh
chill :)
GB, gigi sy pun teruk jugak.hubby dh acap kali pujuk suh g crowning gigi neh.Tp sy takut jumpa doktor gigi.
ReplyDeletetp,ramai kwn2 ckp gigi sy tuh, pemanis wajah..mcm2 lol!
sbnrnya, seperti komen2 kt atas..smuanya betul dan mmg betul jodoh kita dh ditetapkan. Akan tetapi kdg2, kita juga kena memulakan langkah pertama..contoh, kita nkp jalan ke Jb..smua persiapan dh siap,lengkap..kereta dh service..minyak dh penuh..tapi kalau kita xstart kereta tuh,adakah kita akan sampai ke destinasi yg ingin kita tujui?
Jalan2 tuk sampai ke destinasi dh Allah permudahkan..cuma bergantung pd kita shj sama ada ingin memulakan langkah pertama atau tidak?
wallahu'alam.
gB kena tukar pintu otomatik kot...hehehe..apa2pun ai doakan yg terbaik utk gB, jodoh ketentuan di tangan tuhan. He knows what is best for everyone of us... kita teruskan berdoa & bertawakal!
ReplyDeletegood luck gB!!
see..sumer org dpt soklan stended tuh.. nt da lepas soklan tu ada ajer soklan baru yg mendatang...selagi idup.. hadap ajer..terus berjalan..dimuka bumi allah yg luas ini..;]
ReplyDeleteHai GB :)
ReplyDeleteFirst of all Selamat Hari Raya, maaf zahir batin...
Jodoh ditangan Tuhan my dear, but bukan bermakna kita tak payah berusaha. Anyway, I believe Tuhan sudah merancang sesuatu untuk GB. Sampai masanya, pintu itu akan terbuka sendiri...
Kalau kita kawin sekadar mengikut kemahuan atau untuk menutup segala pertanyaan, it is not fair for yourself. Menjadi diri sendiri itu lebih penting...
One day the time will come my dear...
most of the time GB akan beritahu diri bahawa lelaki bukanlah membantu sangat pun
ReplyDeleteagree! mmg tak membantu, menyusahkan lagi ada. ntahla gb, aku pun atm sama mcm ko...tak berminat. nak kawan pun aku tak minat, ajak kuar pun aku tak minat...ntah nape..sbb dah boleh baca flow pastu ape, pasni ape...end up ape...and it's a effing tiring process...nuff said.
setiap manusia ada kelemahan & kekurangan.Just yakin pada diri sendiri..
ReplyDeletegb,org pon selalu kene tanye soklan "bila nak kawen?"
ReplyDeletejawapan yang baek:
1. JOdoh,ajal maut di tangan Allah
jawapan sakastik,tanye balik org y tanye tu..
2.Awak bile nak mati??
*kalaulaa kite tawu bile nak kawen,musti dh advertise siap2 dlm paper..hahahaha
luahan hati yang mempunyai isi tersirat yang sangat dalam....terkesan betul GB dengan kisah silam....
ReplyDeletejangan jadikan kisah silam sebagai titik noktah....
Jngan jadikan penipuan hati sebagai keselasaan dalam diri. fitrah manusia hidup berpasangan.
ish!! bermonolog ker apa aku ni...
moga GB cepat bertemu lelaki yang betul2 dapat membahagiakan GB... amin
mungkin GB kena beranikan diri utk keluar dgn seseorang..jgn terus harapkan sesuatu tp kenal hati budi dulu..lama-lama bila selesa berkawan bolehlah teruskan next step..biarkan ianya go with the flow..tunjukkan respon yg GB senang dgn seseorang kiranya dia adalah pilihan hati GB..
ReplyDeleteotherwise GB kena mintak emak carikan..kalau GB tak berani nak berkawan dgn lelaki..
GB..walaupun GB rasa lelaki tak berapa diperlukan dalam hidup GB tp pada hakikatnya Allah telah ciptakan kita utk hidup berpasangan..
jgn terlalu rendah diri soal rupa..pengantin nmpk cantik atas pelamin sbb mereka dah mekap..
sentiasa yakin diri..dan saya lihat (ikut gambar kt fb) GB adalah seorang yg cantik..lelaki yg cintakan anda pasti akan rs anda cantik di mata mereka :)
Tapi macam mana GB nak bagitau mereka apa alasan sebenar GB mengelak dari berjumpa? <-- suruh jer diorg baca blog GB.. hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah.. Dia dah tetapkan apa yg TERBAIK utk GB :))
insyaAllah..jodoh tu tak ke mana gb..memang kita jeleskan..tapi..satu hari nanti ada yang akan menyayangi gb...=]
ReplyDeletesedikit sebanyak, apa yang GB coretkan pun ada persamaan dengan dengan kisah MN. kebetulan yang tersurat.
ReplyDeletecumanya, hidup ini penuh dengan pelbagai pilihan. pesan saya utk GB dan diri sendiri, pilihlah yang sebaiknya. sedikit usaha disusuli doa serta tawakal semoga beroleh rasa bahagia yang berpanjangan.
baru dapat baca dan menghayati isi hati GB.
ReplyDeletepasal gigi tu, anak unlce yang sulung dulu lagi teruk. tapi dengan kaedah S & T, i.e guna pendakap, semuanya dah jadi tip-top.
tentang jodoh ini, betul2 kerja Allah asalkan kita bersedia menerima ketentuannya. Bukan uncle nak promote entri uncle, tapi sebagai iktibar, cuba baca lagi (kalau dah baca) entri ulangtahun perkahwinan uncle. di situ ada kisah yang boleh direnungkan.
bunga...kadang2 pengalan mengajar kte kan...
ReplyDeletexper beri peluang pd diri sendiri...
take your time dear :)
smg dpt jodoh yg baik utk dunia & akhirat..
ermmm..sy tak berani nak komen kerana jelas ia adalah urusan Allah..
ReplyDeleteyang penting, kiter istiqamah berdoa yang terbaik
aku pulak ada dua ekor gigi besar didepan =_=
ReplyDeletebye..
ReplyDeleteahaha
mak aihhhhh...
ReplyDeletepanjangnya...
Ado bonar ehh kato Mis Bungo.
ReplyDeleteItu la...nk cakap pasal jodoh. Banyak Chapter nak kena cite. Banyak dalil yang kena kaji...tp apa nak buat. bak kata skema Mak Jah..'Blom ada jodoh'
er...
ReplyDeletemacam baca blog sendiri plak..
er...
sekapal le kita...
er...
gb n anash...sekapal ler kita..
ReplyDeletepoint yg ko bagi tu sama jerk dengan apa yg aku alami..huhu..
jom buka pintu hati sama2...:)
rileks la yop..
ReplyDeletedr segi cerite yop..
memang masalah besar lah.. den bace kn..
tp,
sampai tak perlukan kwn lelaki..?
yop ni
den bayangkan mcm dirasuk syaitan...
sbb
kalau yop terus ber "expectation" mcm tu... yop dah"terkeluar dari normal-normal" mencari & mendapat jodoh...hee.
baik yop normal "balik"..