Sedar tak sedar, kita semua sedang menghitung hari.
Ada yang menghitung hari untuk berhari raya.
Ada yang menghitung hari untuk dapat gaji dan bonus.
Ada yang menghitung hari untuk pergi melancong.
Ada yang menghitung hari untuk melawat ibu bapa di kampung.
Ada yang menghitung hari untuk bertunang atau berkahwin.
Ada yang menghitung hari untuk bersalin.
Ada yang menghitung hari untuk beli kereta atau rumah.
*
Pendek kata, selagi kita ada rancangan masa hadapan, kita semua sedang menghitung hari.
*
Tapi, kematian pula adalah sesuatu yang tidak dirancang. Adakah yang sedang menghitung hari untuk mati?
P/S: Selamat berpuasa dan berbuka kawan-kawan. :)
betul 2 GB,kita mnghitung hari setiap hari.
ReplyDeleteuncle tak pernah menghitung hari untuk mati .. sebaliknya menghitung detik .. mungkin lepas pos komen ini, uncle dah tak ada lagi.
ReplyDeletebuat masa ni tak menghitung hari apa apa.. masa berlalu begitu saja..
ReplyDeletekita hanya menunggu giliran... siapkan diri sendiri sebagai bekalan dihari kemudiannnya..
ReplyDeletemungkin ada kot yang menghitung hari untuk mati..
ReplyDeleteerr.. saya menghitung hari nak balik kampungggg... hehehe..
selamat berbuka GB.. =]
me!me!
ReplyDeletemenghitung hari nak dapat kerja..haihh ;(
aku pun menghitung hari utk mati. dgn dunia yg semacam ini sekarang, mmg takut sbnrnya nak hidup lama2.
ReplyDeleteKita akan ke sana pada bila masa-masa sahaja!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesy menghitung agar hari tidak cepat berlalu... banyaknya koja
tapi menghitung hari utk bercuti...
macamana tu...
menghitung cukup ke idak amalan nih
ReplyDeletemenghitung duit raya untuk diberi kepada anak buah.
ReplyDeletejangan lupa pulak 'hari perhitungan'!
ReplyDeletepokok kelapa tu nampak dok atas atap, kan?
menghitung saat itu amat mendebarkan setiap kali dingat2.
ReplyDeleteinsaf.
Pergi saja cintaku pergi.. Bilang saja pada semua.. Biar semua tahu adanya... diriku kini sendiri..
ReplyDeleteTiba2 teringat lak kat lagu Menghitung Hari ni..huhuhu..
Aslmkm.
ReplyDeleteRasanya ramai di usia aunty, memang terkekang waktu. Tapi menghitung hari tidak tepat istilahnya kerana semuanya adalah Hak Allah juga. Kan?
Selamat meneruskan semua ibadah terbaik sedaya boleh ya.
Semoga mendapat barakah terbaik. Amin.
gB..
ReplyDeletebetul tu gB
yang baik, yang baik-baik saja yang kita dok hitung2...
yang datangnya pasti...
yang kita tak tahu bilakah harinya..kita lupa...
walaupun sudah dikatakan mengingati MATI itu adalah wajib...
kerana kealpaan kita juga dan cintakan dunia sahaja...
- peringatan yang baik untuk diri sendiri...
Thank you gB...
selamat berpuasa GB
ReplyDeleteakak ni bergurau tapi yang benar
banduan yang menunggu hukaman gantung sampai mati sentiasa menghitung hari untuk mati. .
kita memang sibuk menghitung hal2 keduniaan je. huhu. kene selalu la igt padaNYA. kang tak hitung, tiba2 DIA dtg jemput. isk isk isk -_-
ReplyDeletekak aina menghitung hari untuk dapat bonus, kemudian menghitung hari nak balik kg tengok mak...jalan2 dah terlepas hitung masa bulan 7...
ReplyDeleteGB...kematian itu pasti! tiada perhitungan...:)
GB..acik biarkan semuanya berlalu tanpa menghitung hari..
ReplyDeletesaya lak tengah menghitung hari untuk habiskan sem 5 :(
ReplyDeleteKalau kita menghitung hari memang tak cukup hari untuk kita melakukan pelbagai aktiviti..
ReplyDeleteMemang menghitung hari sekarang ni, :D
ReplyDeleteTerlalu banyak yang kita hitung setiap hari....
ReplyDeleteya.. menghitung hari bila bonus nak masuk.. ngee~
ReplyDeletesejak dah 30-an, sering teringat bila tua nanti, dan bila mati nanti.. takut!!
aah ler. duk sibuk2 menghitung hari bahagia semua tu tp x hitung pulak hari kematian
ReplyDeleteinsaf*
emm...betul tu GB..ari2 menghitung ari..mcm lagu krisdayanti..heheh
ReplyDeleteDILIHAT DARI GAMBAR TU, DIFIKIRKAN RUMAH ITU DIHITUNG HARI UNTUK MENYEMBAH BUMI... RUMAH TU NAMPAK UNIK, TRADISIONAL, HARAP DAPT DIPULIHARA UNTUK TATAPAN GENERASI AKAN DATANG... :)
ReplyDelete(PS : DARI PENYAMBUNG WARISAN.. :)