Selepas baca komen kawan-kawan dari entri yang lepas, GB dapat faham ada beberapa persoalan yang tak terungkai di minda kawan-kawan. Kebanyakan berkisarkan tentang soal jodoh. Jadi GB rasa tergerak untuk bercerita tentang hal ini pula.
(Tetibe gaya ayat ni rasa macam tulis artikel kat paper pulak. Kasi tukar lah!)
Ok. Ehem!
Cenggini ceciternye. Mungkin ada yang rasa orang pompuan yang hidup single ni nampak macam kesian, especially bagi mereka yang dah berjaya kawin. Ramai jugak yang dah tanya GB soalan-soalan lazim bagi mereka yang tak kawin-kawin. Untuk menyenangkan kawan-kawan, GB tulis dalam bentuk menjawab soalan kertas pemahaman UPSR lah ye.
*
Q: Happy je sekarang? Dalam hati ada taman eh?
Bila dah makin matang (matang ker...? Ihiks!), bagi GB kebanyakan orang dah pandai set the mind to feel happy with their life. Tak dinafikan GB lebih gembira berbanding beberapa tahun dulu. Tapi bukan disebabkan rasa berbunga dalam hati yang berpunca dari seorang lelaki.
Sama ada kawan-kawan nak percaya atau tidak, kadang-kadang GB boleh rasa happy hanya dengan ambil gambar yang menarik. Happy bila sembang-sembang dengan mak ayah. Bila jalan-jalan dengan family atau kawan-kawan. Bila kerja kat opis selesai dengan jayanya. Bila presentation berjalan tanpa spoil. Bila client suka dengan kerja kita. Bila tengah plan untuk travel atau short holiday. Bila fikir konsep untuk majlis tunang adik. Bila dapat jemputan gi jamuan atau kenduri. Bila ternampak baby atau nampak kamera idaman dalam brochure.
Pendek kata every little thing in life GB akan cuba appreciate dan turn that into something that cam make me feel happy.
Q: Tak rasa nak kawin ke?
Sape yang taknak kawin oiii. GB pun nak ada asben. Nak ada anak. Nak ada family...tapi semua tu adalah rahsia Allah. Doa banyak-banyak lor... GB bukan tak usaha. Tapi harap jangan la generalize usaha semua orang adalah sama. Bagi GB, cara bagaimana seseorang tu berusaha adalah terpulang kepada individu masing-masing. Kalau GB cakap GB banyak mengelak dari berjumpa orang, takmo la terus chop GB ni tak berusaha ok...
Frankly, GB rasa jeles tau tengok kawan-kawan sebaya yang dah berjaya bertemu jodoh dan ada baby... :)
Q: Nak cari yang macam mana? Dah ada calon atau tak cari langsung?
GB bukan jenis yang pandai letak kriteria lelaki idaman ke apa ke sebab GB pun bukanlah seorang gadis yang ada ciri awek-awek cun comel genit segala tu. GB cuma sorang pompuan biasa-biasa yang yang serba kekurangan tapi cuba jadik se independent mungkin. Tak cantik gojes pun, tapi manis tu ada la. Ihiks!
Cuma GB harap akan berjumpa lelaki yang bertanggungjawab. Sebab bila lelaki tu bertanggungjawab, dia akan bertanggungjawab terhadap dirinya, terhadap agamanya, terhadap amanah, kelak terhadap isteri dan keluarganya.
GB tau bukan semua lelaki boleh terima orang macam GB. Mungkin ramai anggap bila pompuan single dan agak matang dan kerja dalam construction industry ini akan mudah untuk diajak keluar dan berjumpa. Which is a good way to find potential future husband. Tapi GB cuma konfiden dan tak malu kalau dalam urusan rasmi yang melibatkan kerja. Luar dari tu, GB adalah seorang pemalu dan introvert. Apatah lagi kalau yang ajak jumpa tu merupakan seorang yang tak single dan available.
Perempuan adalah sangat dekat dengan fitnah.
Tapi kesimpulannya, at this moment, GB takde calon dan tidak juga mencari. Solo molo okeh!
Q: Kenapa dulu putus dengan yang lama?
Ada juga yang tanya soalan ni.....adoiyainyepun.....! Especially mak GB. Heheh.
Jawapannya, takde jodoh lor....
Q: Memilih sangat kot?
Next!
Q: Kerja takkan jaga kita bila dah tua nanti...
Ini ayat sinis yang selalu GB dengar. Sape cakap GB nak stay single sampai ke tua? Heheh~
Q: Takde yang sempurna dalam dunia ni.
Ini pun sinis. Boleh terkoyak hati bila dengar ayat ni.
GB tak sempurna. GB tak cari orang sempurna. Tapi biarlah dia boleh jadi teman sehingga ke akhir hayat (mudah-mudahan). Bila tua nanti, kita perlu seorang teman yang tak bosan dengan kita dan boleh jadi teman berbicara dan bergelak ketawa dan tidak kekok berjalan berpimpinan tangan di taman walau sama-sama dah tua. GB perlu seorang yang ada long term vision. Seorang yang sanggup sama-sama belajar bagaimana menjadi pasangan yang baik dan sanggup share apa yang boleh di share. Seorang soul mate.
Takde makna muka hensem, kerja hebat, kaya melimpah ruah atau otak terlalu bijak pandai kalau hidup takde privacy, asyik rasa insecure, asyik kene tinggal atau kena cari teman sembang di luar. Wadehey ye dak?
Q: Nak calon? Boleh saya carikan!
As I said, GB pemalu. Fear of rejection pun ada. So GB appreciate kawan-kawan yang boleh buat GB rasa selesa dengan perkara tu.
Kesimpulannya, GB bukan la jenis orang yang taknak kawin. Boleh gitu? Ihiks!
P/S: Kalau kawan-kawan sudi, doakanlah GB cepat bertemu jodoh dengan orang yang bertanggungjawab tu. Kalau sound GB pun takde banyak bende yang boleh GB buat melainkan segalanya berbalik kepada keizinan Allah jua.
kalau dah jodoh tak kemana... tetiba.. hehehe
ReplyDeleteulang baca komen NMO2.he~~
ReplyDeleteserahkan segalanya pd Allah..satu hari nnt pasti ada..yg penting happy..sy tgk sinetron pon blh happy heheh
ReplyDeletegB..
ReplyDeletemasa akak lambat kawin dulu.. semua yg gB 'jawap' tu ada dlm benak akak...
ingat satu jer..
jodph, pertemuan..
ALLAH yg aturkan...
KUN FA YAKUN....
pelan2 kayuh!
ReplyDeleteadik MDT pun kahwin umur 30..tp gelabah beruk jugaklah dia dok pikir2 nape jodoh susah sgt nak lekat..
tup2 genap umur 30 kawin jugak dia..
insyaAllah lambat @ cepat adalah tu..
pedulikkan kata2 orang lain..yg pnting kita tahu apa yg kita buat :)
dengan detailnyer aku baca entry ni nak mnyelami hati kau ahahaha.
ReplyDeleteok serius lah.
aku setuju dengan semua yg ko cakap sebab aku pun pernah ada pandangan sebegini di saat aku single mingle dulu. mmg inilah yang aku fikirkan.
cinta tu kita tak boleh plan. tak boleh nak paksa2. semua tu macam magic dia dtg sendiri. mmglah kena usaha tapi macam ko cakaplah, usaha masing2 berbeza, dan sebenarnya Allah dah plan yang terbaik seswai dengan bagaimana kita. kan ke semua cerita manusia ni tak sama, bagaimana mereka bertemu jodoh.
asalkan kita happy dengan life sekarang dah bagus dah, hargai apa yang kita ada, enjoy buat apa yg kita suka.
Gambate!
Semoga gB akan bertemu jodoh dengan lelaki yang beriman dan betul2 menyayangi dirimu. Rupa paras bukanlah jaminan kebahagiaan.
ReplyDeletep/s : kita jumpa esok malam, ya? :)
GB sayang...ramai kawan akak yg lom kawen..umo dah 33..tapi kalau derang ckp2 psl jodoh kan..akak ckp, Allah nak bagi ko enjoy dulu..Allah ade big plan utk ko..maka, sila guankan sepenuhnya..ade hikmah, lambat jodoh atau cepat.. insya Allah, kalau Allah ckp ko kawen, esok pun ko leh kawen..inya Allah:)
ReplyDeleteBetul ckp maya amir tu. Camtula, pun sama2 usaha kan.. Hr2 doa dpt jodoh yg baik. Sy pernah dgr ustaz ckp, sedekah adalah usaha yg plg hebat dan plg dekat dgn tuhan. Cubalah bersedekah byk2 seikhlasnye, insyaallah doa cepat dimakbul tuhan dan dapat jodoh yg plg terbaik utk diri. Lambat atau cepat tp kalau dpt jodoh yg baik, pasti berbaloi..
ReplyDeleteem.. emm..
ReplyDeleteNext!
ReplyDeleteHahahaha...I like that answer;D.
Ada seorg wanita single berusia pertengahan 40an (bkn Ate ya) bertemu dg seorg senior ms sekolah (wanita juga dan telah berkeluarga) yg telah lama tidak di temui. Bila sang senior mengetahui wanita itu masih single, tetiba dia berkata, "Maaf ya, akak tanya begini..You bahagia ke?" Dan wanita single itu menjawab, "Knp kak? I tk nampak bahagia ke? Org single blum tentu tak bahagia,kak. Org dah bekeluarga pun belum tentu bahagia. Pokok pangkalnya ni kak (sambil menepuk dada). Bahagia ada di mana2 selagi kita bersyukur dg apa jg yg Dia tentukan."
jodoh pertemuan kan kerja Tuhan, doa sajelah dipermudahkan...
ReplyDeleteTetiba kakak terigin nak berjumpa GB. Macam nak jadikan anak saudara pulak Heheh....
ReplyDeleteGB..insyaallah..semuanya tu ketentuan tuhan..semoga GB dijodohkan dengan insan yang bertanggungnjawab.jodoh pertemuan..ajal maut ditangan tuhan.
ReplyDeletesuma kata tiba2..
ReplyDeletekak ayu terus jeles..
lagilah korang nak gader2
GB kak angkat kamu jadi adik angkat boleh
hahahha.. kak ayu ramai sepupu yang singla tau...
tunggu dan lihat sbb jodoh,ajal dan pertemuan di tgn tuhan..mesti ckp ayt EE ni cliche....
ReplyDeletebyk2 bc surah ar-raqdu sbb ia akn memudahkan jodoh n rezeki..x yah mandi2 bunga..ini serius x main2.
gb,
ReplyDeletesume yg ko jawab ni aku boleh selami sebab kita ni almost serupa. rasanya kita ni sebaya.
latar belakang ko lebih kurang cam sorg kazen aku, dia lebih berumur sikit, keja bhgn construction, education dia pun mantop dan dia mmg sgt secure dan independent. cuma 1 thing yg lacking dlm life dia ialah masih belum bertemu jodoh.
baru2 ni mcik aku pegi arrange dia dgn 1 lelaki yg for god sake aku tak rasa mana2 pmpuan pun sanggup sbb lelaki tu tak setaraf (education kurang, takde self-esteem, blur dan byk lagi ciri2 yg total turn-off). now aku kesian sgt kat kazen aku sbb dia kata dia takleh nak pick 1 ciri pun utk dia rasa cinta/suka kat laki tu. parents dia dah mendesak sbb dia dah over 30s dan skrg dia sgt2 sedih sbb dipaksa.
aku nak tlg dia but aku pun 2x5 jgk cuma aku rasa selamat sikit sbb aku belum 30s so kurangla rasa insecure tu. aku dah ajar dia camne nk buat dat guy rasa he's unwanted.
hah, ni aku melalut apa ni? haha..aku pun tak tau. but lebih kurang itu jelah sharing aku pd harini. wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Dalam hutan
ReplyDeleteAda taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua
adui....GB bila lagi?
off topic:
ReplyDeleteGB,
kalau nak dpt view cenggitu
kena masuk raub-terus ke sg.koyan
kalau dari tapah/simpang pulai memang takde derrr :)
Kawin lambat ke kawin awal ke semua tu di tangan Tuhan. Yang penting perkahwinan tu berkekalan dan bahagia.Kalau kekal tapi tak bahagia tak ada pekdah nya jugak.Akak doakan semoga Tuhan berikan yg terbaik buat GB.
ReplyDeleteghitewww..
ReplyDeleteassalamualaikum GB..
ReplyDeletesy senantiasa doakan awak agar bertemu jodoh tetapi saya percaya bahawa ada hikmah di sebalik semua ini..
pertukaran status dari bujang ke berkahwin belum tentu menjanjikan kebahagiaan
p/s : dark choc ade:) mint lom lagik..tapi kalau nak mint, akak try tanye member:)
ReplyDeletePanjangnya ulasan GB.
ReplyDeletePelan-pelan GB, cuma jangan sombong2 dengan lelaki. Kena rajin senyum selalu dan jadi peramah macam kat blog ni. Mudah-mudahan GB cepat dapat jodoh, amin.
gb
ReplyDeletexmo komen :-(
sgt personal kan..smg ALLAH mempermudahkan
tp nak komen..best kan IMPIAN MORIB ?
@NM02
ReplyDeleteye botul tu!
@bujal X
ReplyDeleteulang jawapan komen NMO2. :D
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeletecite apa yg hot skrg?
@Ibu n Abah
ReplyDeletehihi. rasanya GB banyak absorb kekuatan dan kesabaran akak. everytime kalau gb buat entry mcm ni, mesti akak akan bagi kata2 semangat mcm ni. :)
@makdara TERdiva
ReplyDeletekdg2 kite dah naik penat nak bagi org faham apa yg kita rasa...
@Alexandriana Alia
ReplyDeletetapi bila ada org tak faham dan desak kita, tu yg aku tak boleh tahan tu...hue hue hue~
@kakcik
ReplyDeleteamin...terharu saya baca komen kakcik. :D
insyaAllah kita jumpa esok :D
@maya amir
ReplyDeletebila ada orang yg positif macam akak, memang senang hati sikit la...
@fISZ
ReplyDeleteinsyaAllah..thanks for the tips.
terima kasin sudi berkunjung. :D
@alien
ReplyDeletelalala~
@Ann Huda (Ate)
ReplyDeletesyukur adalah punca bahagia. saya setuju kak.
kdg2 org boleh stress dgn cakap2 org dan bukan stress kerana diri sendiri.
bila jadi mcm ni saya rasa macam nak buat press conference je dan mintak semua org utk stop thinking that i am not happy single.
@momyluna
ReplyDeletetlg doakan ye. :)
@Kakzakie
ReplyDeletesaya terus blushed akak...hihi~
@Acik Erna
ReplyDeletetlg doakan ye acik. :D
@Citarasa Rinduan
ReplyDeletesudi ke kak ayu terima saya jadi adik angkat? eheheh~
@Eyrique Ettiqazz
ReplyDeleteinsyaAllah akan diamalkan. thanks EE.
mana Gbeb Gbob segala?
@fatt
ReplyDeleteitu antara satu sebab kenapa aku takut org match kan. by the way, aku tak rasa belum bertemu jodoh itu sebagai sesuatu yg lacking dalam hidup dia, tul tak?
psstt..ko ada doakan aku ke masa kat depan kaabah haritu? hihihi~
setiap wanita pasti ingin disanyangi tapi bukan semudah yang dikatakan.
ReplyDelete@azam
ReplyDeletebila lagi ape encik azam oooiii?
ini dah ayat mendesak ni~
@makdara TERdiva
ReplyDeletealamak..jauh la pulak nak pusing derrr~
@hani@debumelukut
ReplyDeletemudah-mudahan kak....
@en_me
ReplyDeleteceritenyer....
@sahromnasrudin
ReplyDeletesaya nak tukar status dalam suasana happy. :D
@maya amir
ReplyDeletepsssttt...roger kak! :D
@Sabahan Bloggers Club
ReplyDeletemana ada GB sombong la....
@littlehumblelynn
ReplyDeleteimpian morib best...!
@jantancapricorn
ReplyDeletekalau kerana Allah pasti tak susah~
think positive, insyaAllah sentiasa happy!
ReplyDeletetertarik dgn n3 ni...situasi kita sama rasanya...
ReplyDeleteorg sibuk bertanyakan tntg kawin... :)
ada juga yg pandang sinis...seolah2 satu kesalahan bila kita tak berkahwin lagi...
macma GB kata..Jodoh itu rahsia Allah...bnyk2kan la berdoa... :)
semasa acu menunaikan umrah aritu,selain berdoa untuk acu,acu tak lupa juga mendoakan utk semua kawan2 acu yg belum lagi bertemu jodoh...
ReplyDeletemudah2an Allah makbul kan..cuma lambat atau cepat tu kena le tungu... :)
jawapan2 gB sama ngan jawapan2 saya.. memang rasa bahagia hidup single..tp deep inside my heart, jeles tgk kawan2 yg da kawen & ada family..
ReplyDeleteinsyaallah jodoh itu ada..kita doa sama2 erk..~
@Abu Aiman
ReplyDeletethink positive of our self and others too kan?
tak payah terburu-buru pun dalam urusan cari pasangan hidup ni. kita nak hidup berdua dengan dia sampai akhir hayat Insyallah. doa dapat yang terbaik terutama dari aspek agama dia. :)
ReplyDelete@nabilah_2908
ReplyDeleteye. pernah dipandang sinis sebab tak kawen lagi. mcm buat dosa pulak. huhu~
@@cu SaYaNg
ReplyDeletesayang acu! :D
@aYa
ReplyDeletesama. gb pun rasa macam tu. tapi in the mean time, just enjoy the singleness lorr...hihi~
@Solehah
ReplyDeletetu yang paling penting. kan? :D
aku suke entry ini!!!!
ReplyDelete@MasZuber
ReplyDeleteaku buat bagi pihak kite2 ni. ihihi~
kata2 dr akak ofismate jat
ReplyDeleteAllah dah tetapkan jodoh kita. Masa itu hanya Dia yang tahu.
kdg2 auhority yg da isteri anak2 kat rumah pn bleh tahan gatalnya.pnat nk elak.
adalah nanti tu, setiap manusia dilahirkan berpasangan.
ReplyDeleteAkak doakan GB cepat bertemu jodoh..Insya Allah..setiap kita ada ujian masing-masing..mcm akak, Tuhan temukan jodoh tapi dah lama tak dikurniakan cahayamata..sedih memang sedih tapi sepotong ayat dari surah At-Taghabun (15) " Sesungguhnya harta benda kamu dan anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang besar"..terubat rasa hati bila baca ayat ni..bila kita redha, Insya Allah Tuhan redha dan Insya Allah..impian kita akan termakbul dengan izin-Nya..syahdunya hati ini GB..
ReplyDelete"GB tak sempurna. GB tak cari orang sempurna" itu kata GB.
ReplyDeletekalau begitu uncle layak, sebab uncle tak sempurna. hehe .. gurau je !
uncle doakan yg terbaik buat GB dan mohonlah kepada Dia setiap hari supaya memberi yang terbaik buat GB.
Q: Tak rasa nak kawin ke?
ReplyDeletegua suka jawapan yg ini
GB.. kita pun nak lelaki itu seorang yang bertanggungjawab dalam semua perkara.. hehehe..
ReplyDeletewahh.. dalam construction? position pe? leh minta advice n sharing ni.. hehehe... =]
im ur 666 (^_^)
ReplyDeletekite serupa GB..bila bace td terasa macam cik suha lak yg tulis hehe
ye ade kalanya single tu membuatkan kita sunyi tp at de same time, rase hidup ni sronok
Reraser cam nak jawab gak la soalan ni... aci x? ^_^
ReplyDeletewalaupun dah tawen....
waka....waka....den raso lah....kalau hang dah ado kerjaya sendiri dah cukup bagus dah....peduli kan kato orang....kalau ado jodoh....dah baguih dah.....kan...kan.....jom lepak Nilai 3...ahakz
ReplyDelete@zati embong
ReplyDeleteskrg GB cakap direct je kalau laki org ajak jumpa.
lebih baik jaga diri dari jaga perasaan org. err...betul ke?
@delarocha
ReplyDeleteye. stuju stuju~
@Tihara
ReplyDeleteajal maut, rezeki, jodoh - itu semua di luar kekuasaan kita kak.
semoga orang yang terlalu laju mulut nak mengata tu akan sedar tentang hakikat tu.
Allah maha mengetahui akan segalan rancanganNya ke atas kita dan rancangan Allah adalah yg terbaik. akak redha dan sabar ok. :)
@al-lavendari
ReplyDeletehaha. amin. tengs!
semua org tak sempurna uncle...tet!!!
@JARI YANG TERBARAI
ReplyDeleteaku rasa aku pun suka jawapan tu walau aku sendiri yg jawab. hahaha!
@Faaein Talip Roy
ReplyDeletenak minta advice in landscape design? boleh...nanti gb anto berapa fee nye. mueheheh~
@suha
ReplyDeletejawapan general tu untuk semua orang yg berada dalam kasut yg sama, kan?
enjoy ur singleness suha. u'll feel blessed. :D
@Annie Han Yeon Rin
ReplyDeleteaci aci~
boleh tgk dari org yg dah kawin punye point of view pulak. :D
@jeBateja
ReplyDeleteaku dah 6 tahun keje beb.... :D
ko kat nilai 3 lagi ke?
Kalaulah adik kReen cukup kriteria tu......
ReplyDeletediuji untuk meningkatkan kesabaran :)
ReplyDeletekepada segala macam soalan, i rasa reaksi yang terbaik, mintak doa dari mereka. ramai yang mendoakan, kan beruntung :)
ummi5
Tak berkahwin tak semestinya tak bahagia. bahagia tu terletak kat hati.
ReplyDeleteinsyaALLAH. semoga kak GB bertemu dgn jodoh yg terbaik. Ameen~ :)
ReplyDeletekakD doakan moga2 cepat2 GB dpt jodoh ye....sbr itu separuh dari iman...klau jodoh tu tak kemana <--pinjam ayat niza(NM02)sat...
ReplyDeleteGB..jodoh,ajal maut semua rahsia Allah..aku tetap doakan yg terbaik utk ko GB..aku sayang ko..
ReplyDeleteinsyaallah..harinye pasti akan tiba..luv u..:)
sabar sabar... kalau belum bertemu gak, nanti bagitau kat saya kay.. ehehehe
ReplyDeleteHargailah zaman bujang, :D.dah kawin karang, pergerakan akan agak terbatas, :D. Masa bujang-bujang dulu, mengacau my lovely cat pun saya boleh rasa happy, :D.
ReplyDelete@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletehihihi. k reen punye adik bujang tu ek?
@Anonymous
ReplyDeletesebab itu saya cakap kat mereka, 'why don't u doakan saya instead of desak perkara bukan dalam kekuasaan kita?'
@Cik Ina Do do Cheng
ReplyDeletebetul tu kak~
@HAJAR hasan
ReplyDeletedoakan akak ye dik...
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeleteehehe. ok je tu kak. :D
@cikceriacorner
ReplyDeleteko dah lepas. :D
@MataHati @ MH
ReplyDeleteok saya nak cakap ni. saya belum bertemu lagi. huhuh~
@Princess Zezebel Lair
ReplyDeletetapi kalaulah...kalaulah kita dapat pasangan yang boleh share minat kita, mesti best kan? mesti tak terasa terbatas kan?
in shaa ALLAH ada kan.
ReplyDeletetu dah annouce sambut besday terakhir sbgai single mingle kan..
alhamdulillah :D
@QasehnyaRania
ReplyDeleteinsyaAllah. doakan eh. :)