Intro:
Pernah tak kawan-kawan tengok cerita macam Rosalinda dan Betty La Fea? Citer soap opera. Yang GB perasan penah scene transition dari bilik sendiri nak pegi bilik meeting aje pun sampai 2-3 episod tak abis-abis. Jadi untuk tak jadikan cerita Fraser's Hill GB ni macam soap opera, GB akan abiskan dalam entri ni jugak-jugak! Sekian~
Entry:
Adakah kawan-kawan tahu yang dengan hanya dua-tiga langkah, kawan-kawan boleh berada kejap di Selangor dan kejap di Pahang? Atau...pernah tak tengok rumah yang berada di atas negeri Selangor dan juga Pahang? Atau boleh bergambar kejap di Selangor, kejap di Pahang dengan selang 1-2 minit sahaja? Tak perlu keluar peluh setitik pun!
*
Ceriternye....sesampai je kat Fraser's Hill tu terus aje GB park kat Selangor. Dari situ, ape lagi...menyukatlah sampai ke Pahang! Sempat juga bergambo-gambo kat Selangor sebelum sambung bergambo kat Pahang pulak. Heheh, ada yang blur?? Takpe, baca terus okeh.
Fraser's Hill ni sebenarnya terletak dekat dengan sempadan Selangor/Pahang. Yang bestnye, ada satu line merentang kat tengah jalan yang menandakan sempadan antara Selangor dan Pahang. Cool. Mula-mula GB tak perasan itu line sempadan, cuma nampak papan tanda bertulis Selangor dan Pahang aje. Tapi bile tengok betul-betul, eh, garis sempadanlah! Dan yang bestnye ada satu bangunan yang terbina kat atas line tu. Satu rumah dua negeri tu. Kire kalau ada yang kene buang negeri tu tak payah la nak beli tiket bas bagai. Bungkus baju, jalan aje. Syiok betul!
Itu antara keistimewaan Fraser's Hill yang mungkin bagi sesetengah orang biasa saja, tapi bagi GB sangat menarik untuk dikongsi. Kalau malam mungkin ada lampu kat atas jalan tu sebab GB ada nampak
recessed floor lighting time tu.
*
Bagi GB, Fraser's Hill sangat bersih, rustic dan cantik. Colour scheme overall area adalah sangat refreshing. Hijau-hijau, putih, rustic, merah, dan hitam. GB suka!
Balai polis dan post office situ cantikkkk banget! Ada tembok yang dah fully covered dengan pokok
Ficus pumila pastu ada postbox kaler merah menyala kat tengah-tengah kehijauan. Stailll okeh~
Pastu masa strolling around tu, jangan lupa pandang kat spaces antara bangunan kat situ. Ada pocket garden. Mungkin kecik aje tapi since kiri kanan ada dinding bangunan yang cantik dan nampak rustic, jadi sesnap dua tu takde lah akan merugikan bateri kamera..
Yang lain-lain...ramai dah tau kot. Clock tower, building dengan pengaruh Tudor architecture, bunga-bunga cantik dan udara sejuk. Kalau nak makan ke, nak beli souvenir ke, banyak tempat...tak payah risaulah. Ada taman bunga kat situ tapi GB tak singgah sebab ramai orang. Masjid ada, letaknya lebih kurang 1km dari clock tower. Tapi masjid punye design biasa saja, tak buat pun Tudor style macm building lain. Tak aci tau!
Kalau rajin sukat banyak lagi yang boleh discover kat sana. Nak masuk hutan tengok burung pun boleh. Haritu penat je bawak teropong bagai tapi tak masuk hutan pun. Tapi GB perasan la ada banyak trail nak masuk ke dalam. Hm..menarik..menarik. Next round lah. Dekat je pun... :D
Pastu ronda-ronda la lagi jauh ke atas. Sampai kat Ye Olde Smokehouse. Jalan dia ada simpang-simpang juga tapi dengan bantuan signboard yang pada GB agak berkesan, jadi jangan risau pasal sesat ke apa.
*
Masa nak balik, jalan turunnya adalah jalan lain. Bukan jalan naik kat The Gap tu. Mungkin sebab tu time naik GB belasah je tak tengok timing pun, padahal ada je jadual waktu naik dan turun.
Cuma masa turun, hujan turun dengan selebat-lebat alam. Drive la slow-slow dan bukak mata luas-luas. Ahirnya sampai rumah...ok jom rileks! Penat weh drive sebab sangkut jammed lama giler kat Rawang. Nak pegi 2 jam je, balik jadi nak dekat 4 jam! Grrr!!!!
Fuh! 2 hari 2 malam GB mengarang dan akhirnya, sekianlah cerita GB pasal 3 jam lebih kat Fraser's Hill...hih. Gile rushing kan? Tapi...gile meleret kan? Layan je ek? Tengkiu kengkawan sebab sudi baca! Hihihi~ :D
P/S: Tengs to Cikgu ensem
Imanshah sebab sudi bagi hadiah tempat gangsa kat GB untuk Kontes Selamat Hari Guru nye. Kalau dikilat-kilat gangsa tu merelip satu rumah weh... And tengs to
Sahrom sebab sudi bertanya khabar. GB memang packed sikit sekarang ni... :D