 |
GB dan adik no 2 - dia ikut muka mak, GB ikut muka ayah (1984) |
Lupa nak cerita semalam. Adik-adik kembar GB tu dua-dua pompuan. Dikebumikan kat Kuantan....
Lepas GB balik duduk dengan mak ayah, GB makan banyak gile. Rindu kot. Sampaikan paklong GB (arwah) datang melawat 3 bulan lepas tu dikatanya GB dah gumuk. Memang pun. Bulat gile! Beza sungguh dengan sebelum tu. Dari kurus keding menjadi gumuk dan bulat. Padahal kat kampung dulu makan banyak je. Hari-hari tok GB beli jajan bagi makan, breakfast nasi minyak almost hari-hari (ye betul..nasi minyak..!) tapi kurus je. Balik Kuantan terus jadi debab. Senang hati kot. Heheh~
*
Sudahnya, GB masuk darjah 1 sebagai seorang budak gemuk. Mak cakap masa hari sukan, time GB masuk lumba lari ramai mak-mak budak gelakkan GB sebab montot tonggek-tonggek masa tengah berlari tu. Amboi...gelakkan orang ye makcik? Hahaha!! Cool GB cool.. :D
Sekolah masa tu dekat bebenor dengan rumah. Gi jalan kaki je. Tak naik lagi trak tentera yang macam
Uncle Gedek sebut tu. Masa darjah 1, ayah anto masa 1st day, pastu balik. Petang tu GB balik sendiri. Jalan atas lumpur segala. Tetibe je dah sampai umah petang tu, ketuk pintu rumah, mak bukak pintu dan tengok GB tengah tersengih kat depan pintu sambil tunjuk surprise!!! Kasut putih yang dah hitam separuh sebab jejak atas tanah lembik. Membebel mak. Hahaha!!!
*
Tahun yang sama juga GB masuk kelas fardu ain (khas untuk anak-anak tentera). Disebabkan sekolah petang, maka kelas fardu ain tu pagi lah. Belajar macam-macam. Mengaji, tajwid, fekah, tauhid, akhlak, sirah. Tapi kalau tak silap silebes tu semua untuk bebudak yang dah besar sikit la. Yang dah masuk part mengaji al-Quran. Macam GB time tu muqaddam lagi. Belajar mengaji dulu sampai cekap baru boleh belajar yang lain-lain tu.
Malam pulak mak ajar buat keje sekolah dan mengaji kat umah. Mak garang. Siap rotan kat sebelah. Salah baca je siaplah. Piap!!! Selalu je GB kena rotan sebab lost fokus especially kalau weekend. Dalam otak nak tengok kartun He-Man la, Jem la, Smurfs la, alih-alih mak suruh mengaji pulak. Potong laa...haha~
Tapi akhirnya pertengahan darjah 2 GB boleh naik kelas ngaji Quran. Time tu takde ngafal-ngafal dah macam muqaddam. Kalau tak kenal huruf alamatnya memang takleh naik kelas la. So start la ngaji Quran pulak dan silebes lain. Kelas fardu ain tu ada exam akhir tahun tau. Yang GB ingat masa tahun 1 tu GB dapat nombor 1. Siap ada upacara penyampaian hadiah. Entah bila jawab exam nya tak tau la. Hahaha!!!
*
Kat sekolah pulak, GB dikenali sebagai budak gemuk yang nakal dan careless. Selalu kene cubit pipi. Ingat lagi nama cikgu yang suka cubit pipi GB tu. Cikgu Sobri nama dia. Sakit tau kena cubit! Bab careless tu siap cikgu highlight dalam buku laporan tahunan sekolah. Sebab penah jadi kes GB dapat markah kurang sebab salah eja masa jawab exam, padahal GB tau ejaan dia cemana. 'Sweet', tapi eja jadi 'sweat'. Oh ye, masa kelas pertama English darjah satu tu, cikgu tanya sape boleh eja 'chair'? GB dengan selambanya jalan terkedek-kedek ke arah papan hitam dan tulis 'chair'. Budak lain sume tengok aje. Hins hins hins~
*
Jadi budak debab masa zaman sekolah ni ada keburukannya. Self esteem sangat low. GB banyak tak boleh participate dalam sukan sebab tak larat. Cikgu pun tak amik GB untuk show menari-nari sebab gemuk. Masa darjah 3, cikgu offer berlakon pentas tapi pegang watak mak-mak. GB tolak sebab rasa cam 'adakah aku kelihatan seperti mak-mak?'. (Darjah 3 dah pandai demand watak...tolonglah!). Hahah!! Last-last orang lain pegang watak tu dan menang pelakon terbaik. Ceh!
Dan disebabkan fizikal jugak, GB banyak aktif di belakang tabir je dan involve dalam aktiviti yang tak perlukan kita tunjuk muka kat khalayak ramai. Kalau ada crush-crush time tu terpaksa simpan dalam hati je. Sebab nanti malu kat budak lain yang cun-cun, kurus, rambut panjang ikat tocang. Boleh fikir macam tu? Aduh... (Eh, seawal darjah 3 GB dah ada crush tau! Dan GB tau kawan-kawan lain pun macam tu jugak. Hahaha!!)
Panjang? GB rasa panjang. Panjang gile kot. Later lah GB sambung lagi. Panjang sangat pun nanti kawan-kawan baca sampai hilang fokus tak best jugak. Huhu~
P/S: Biasalah kalau dah menaip cerita lama ni, memang last-mast kelaut jugak peginya...ye dak kengkawan? :)