(Ini entry yang agak panjang dan berisiko dari seorang insan kerdil berdasarkan pemerhatian dan pengalaman belajar dengan beberapa lecturer dari luar negara sewaktu di Sg Pusu dulu)
.
Hari ini hari lahirnya.
Ada sesuatu yang klise tentang kekasihku ini.
Ramai mengaku sayangkannya. Ramai mengaku mencintainya. Ramai sanggup berbalah demi mempertahankan sunnahnya,
Tapi kalau setakat sunnah beristeri empat.
Sunnah makan dengan tiga jari.
Sunnah menyimpan janggut.
Sunnah berjubah.
Sunnah berserban.
Sunnah apa lagi?
Jangan mimpilah dia akan berbangga dengan kita. Malah kita semua akan lenyap seperti buih di lautan akhirnya.
*
Apa jadi terhadap sunnahnya yang menegakkan agama dan menyebarkan kebenaran wahyu?
Ada sesiapa yang sanggup memikulnya?
Sanggupkah dicemuh, dicerca, dimaki semata-mata kerana mahu menegakkan agama?
Sanggupkah pecah kaki demi berjuang kerana Islam?
Sanggupkah bersengkang mata, berlapar dahaga dan menanggung siksa demi sebuah naskah wahyu suci?
Itu lebih patut dilakukan bukan?
Kalau benar menegakkan Islam itu semudah memakai serban, jubah dan menyimpan janggut, kenapa kita masih ditindas? Dihina? Diperlekehkan?
'Kutinggalkan kepada kamu dua perkara pusaka, tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitab Allah dan sunnah rasul.'
Sunnah itu lebih dari sekadar cara berpakaian dan cara makan, betul tak?
P/S: Kalaulah sunnah berpakaian dan makan boleh mengembalikan kegemilangan Islam, sudah tentu umat Islam dah lama kembali di atas. Tapi Islam bukan berasaskan magic dan tipu muslihat semata-mata, melainkan bangkitnya nanti berasaskan fakta kebenaran, kerana agama Islam adalah agama yang logik. Berhenti bermimpi wahai saudara-saudaraku!
salam...
ReplyDeleteselalu bermimpi...
terima kasih utk artikel ni..walaupun lebih menekankan pd pihak lelaki..hrp ada yg tersedar sbb ramai lelaki suka guna sunnah utk mengelat... :)
ReplyDeletewah .. ini isu besar. jadi isu yang besar perlukan ruang besar untuk membahasnya sedangkan kotak komen ini terlalu kecil.
ReplyDeletekomen ringkas uncle .. uncle setuju. tetapi dalam perjuangan besar menegakkan agama dan kebenaran wahyu, perkara2 yang kecil yang termampu dibuat, jangan pula di abaikan.
@sekamar rindu
ReplyDeletesalam. mimpi boleh tapi jgn selalu. :)
@fatt
ReplyDeleteaku dah penat kot tgk perbalahan atau ceramah tentang sunnah fizikal. huhuhu~
@al-lavendari
ReplyDeleteterima kasih uncle atas pandangan. perkara2 kecil tak harus ditinggalkan, tapi jgn sampai itu yg jadi keutamaan, sepertimana yg saya nampak pada kebanyakan orang.
ini cuma pandangan dari seorang insan kerdil uncle..walaupun saiz saya besau. heheh~
lagipun saya ni selalu sangat main-main kat sini, jadi sesekali serius rasa macam ok juga.
sharing is caring. :D
i love this picture. mcm jalan rumah kampung my grandma. sekarang kat sini dah tak jumpa scene gini.
ReplyDeleteingatlah cintanya pada kita ummatnya.
cintailah baginda dan mudahmudahan akan dapat kita memahami dan menghidupkan sunnahnya.
lecturer dari mana?
** space **
ReplyDeleteSalam GB
ReplyDeletekalau tak mampu buat perkara2 besar, mula kan dahulu dgn perkara kecil seperti amalan MEMBACA SELAWAT KE ATASNYA 100x sehari dan ketika bercermin bc selawat 3x dan berdoa "ya Allah Ya Tuhan ku cantik kan lah keperibadian ku secantik keperibadian kekasih Mu baginda Rasulullah.. ( insyaallah blh awet muda tau )
betul2..betul tu Kak GB..setakat nk interi 4, terus ckp sunnah nabi.sunnah lain? takdenya nk peduli..
ReplyDeletesalam maulidurrasul akak..
akernya ai buleh terjah kesini..hihi..
aku setuju jika kita bermula dengan membuat perkara-perkara yang kecil takat yang termampu, namun untuk dijadikan keutamaan, ada banyak perkara non-fizikal lain yang boleh diamalkan. antaranya; pertuturan serta interaksi dgn orang lain, menghormati wanita etc
ReplyDeleteAisehhh...tak leh nambah cawangan macam ni....kena buat sunnah lain dulu....kan....kan.....
ReplyDeletekekasih ini kekasih saya jugak. yea.mulut slalu berkata begitu tp ibdat x seiring ucpn.oh..perlu segera berubah
ReplyDeletesalam pn gb,
ReplyDeleteislam ni perlu diambil secara keseluruhan atau package. tentang umat islam tu masih ditindas kerana umat islam tak bersatu dan tidak mengamal;kan ajaran serta kehendak islkam tu sepenuhnya. selain tu allah swt masih belum memberi kemenangan lagi pada umat islam disamping untuk menguji mereka.
mountain climber.
salam maulidur rasul, gb. tahu blog ni dr ben ashaari:)
ReplyDeleteIslam adalah cara hidup, maksudnya terimalah islam keseluruhannya walaupun setengahnya kita tak suka.
ReplyDeleteSalam Maulidul rasul.
salam
ReplyDeletehurm, belajar tu sunnah paling besar..menjaga keluarga tu, sunnah besar GB..
@ummi5
ReplyDeleteitu jalan ke rumah GB tu.. :)
dulu GB penah belajar dengan lecturer dari Bosnia, Iran dan Afghanistan. The have different views but is relevant to ponder. :)
@gedek!
ReplyDelete*ship*
@azah_rohaizah
ReplyDeletesalam..terima kasih singgah sini.
insyaAllah sunnahnye kene jadi amalan kite. :)
@Zie
ReplyDeletedah takpe page merah tu kan? :)
@MasZuber
ReplyDeleteyang ko sebut tu bagi aku lebih utama berbanding ikut sunnah kawin 4. siyes!! :)
@jeBateja
ReplyDeleteboleh...bukak cawangan akaun bank untuk wife la...hahaha
@Ekmi
ReplyDeletejom sama-sama berubah!
@Anonymous
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan kamu.
umat islam susah nak bersatu sebab terlalu banyak ideologi nak diperjuangkan. yang dah sedia berbaik pun boleh putus silah sebab pentingkan diri masing-masing.
pesanan keras untuk diri sendiri jua...
@azwin nalisa
ReplyDeletesalam...terima kasih singgah ya.. :)
salam mulidurrasul. :)
@nidus2
ReplyDeleteye betul. islam bukan sekadar agama anutan dan adat. islam adalah cara hidup.
@IMANSHAH
ReplyDeletejom kite boleh belajar menjaga keluarga. yeah! :)
kenali baginda sebenar-benarnya dan ikuti sunnahnya tanpa cela
ReplyDeletebangunlah dari tidur
ReplyDeletebuka mata pandang ke sana...
(petikan lagu Waheeda)
Selamat ulangtahun kelahiran, Kekasih.
assalamualaikum GB..
ReplyDeleteterima kasih atas entri ini..saya teringat kat ahli politik kita..sibuk berceramah politik agama kat atas pentas..kalau nak amik sunnah, pergilah berdakwah kat tempat org asli kat nun pedalaman sana..baru berdakwah namanya..bukannya berpolitik murahan...
hi cik fid ittewww.. salamm pagi rabu jerr
ReplyDeleteeh tak panjang pun~eh saya sudah add gb dekat muka buku tahu!
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada anak2 muda yg bersemangat mcm Fidde ni.
ReplyDeleteMarilah kita sama2 berusaha menegakkan agama Allah di muka bumi ni. Lakukanlah apa yg terdaya. n3 ni pun kira dakwah juga.
~sunnah Nabi kawin wanita janda umur 40 takde plak yg ramai nak ikut kannnnnnnn....:P
ReplyDeleteheheheh..
ReplyDeleteeemm..btul tu GB..saya setuju..:)
@puteri
ReplyDeleteeceh...pandainye dia. :)
@sahromnasrudin
ReplyDeletesetuju dgn kamu.
setakat ceramah di atas pentas dengan selesanya...agak-agak lepas tu org yg dengar ceramah tu akan balik dan buat ke? :)
@en_me
ReplyDeletehai en me...selamat malam. :)
@bujal X
ReplyDeleteoh terima kasih.
saya sudah cam wajah kacak kamu tu. huhuhu~
@Yunus Badawi
ReplyDeletehihi, ye ke YB? terima kasih. YB sangat supportive. :)
@Daddy Ziyyad
ReplyDeletehaaa...tau takpe...hihihi~
@cikceriacorner
ReplyDeletekan? :D
kita kena ambil ISLAM dari semua sudut..sebab ISLAM adalah cara hidup.. RASULULLAH SAW pula berakhlak dengan ALQURAN dan kita sebagai umatnya,perlu mengikut caranya kalau benar kita mencintai baginda..
ReplyDeleteRASULULLAH...salam dan selawat ke atasmu..