![]() |
We will never know what waits for us in the future |
Ok. Tajuk entri tu adalah ringkasan keseluruhan tentang apa yang GB nak ceritakan ni.
***
Masa nak balik ke Kedah tempoh hari, GB tak bawak laju. Sebab hari sebelumnya GB tak dapat rehat yang cukup. Lagipun tak rushing sebab masih banyak masa sebelum jenazah pakcik dikebumikan. Kereta kat hiway pun tak banyak sebab hari kerja. Tapi lori....sangat banyak! Macam dalam cerita Trasformers tu. Sila percaya ya...
Dipendekkan cerita, GB mula pecut selepas R&R Rawang. Dah minum Nescafe jadi rasa segar sikit.
Sebab rimas dengan lori yang banyak kat lane kiri dan tengah, maka GB decide nak menten lane kanan je. Tekan minyak, baru nak masuk 130 km/h. Tapi sebaik je nak start melaju tu GB nampak ada lori kat depan bagi hazard light. Tak tau apa punca, sebab kadang-kadang ada certain lori yang memang hobinya bagi hazard light. Bikin hangin saja!
Disebabkan tu GB tukar lane tengah sebab tak nampak apa jadi di depan. Langkah berjaga-jaga. Untuk makluman, jarak penglihatan GB pada waktu malam adalah sangat-sangat teruk.
Tiba-tiba nampak kelibat melintas di hadapan. Serius tak tipu! Serentak tu jugak nampak satu benda putih betul-betul di depan GB. Semua orang dalam kereta dah suruh GB slow down. Berderau jugak darah masa tu sebab bila dah dekat rupa-rupanya benda putih tu adalah lori ais yang terbalik merentang lane tengah. Cepat-cepat GB mengucap sambil tekan brek dan bagi hazard light sebab takut kereta belakang langgar kitorang! Gelap sangat tau!
Rupanya kelibat yang berlari tu adalah driver lori yang terbalik tu. Disebabkan takut dilanggar kereta lain GB terus saja mencelah kat lane kanan, melepasi lori tu. Nak berenti pun tak berani. Jadi GB teruskan je sambil berharap lori tu akan dapat bantuan, dan harap juga takde kereta yang laju menggila sampai terlanggar lori tu.
Dalam hati, GB memang rasa terkejut dan sedikit menggigil tapi pura-pura tenang sebab GB yang drive. Syukurlah sebab lori tu warna putih. Kalau hitam...atau kalau bahagian tayarnya yang mengadap GB malam tu, kemungkinan GB tak dapat update blog ni hari ini.
P/S: Beberapa malam sebelumnya GB mimpi terlanggar kereta orang. Semua ni buat GB lebih berhati-hati. Harap-harap Tuhan lindungi kita semua.
P/S 2: Sebenarnya lori yang terbalik tu lori yogurt. Ada ceritanya kat blog ondscene kat sini.
yeeahahh..
ReplyDelete1st..
bujal kalah..
bonbon kalah...
hehehhe..
GB..hati2..CCC penah gak nampak kelibat putih laju mcm kilat masa blik melaka..
Laju betul CIKCERIA ni. Kak Azie pun kalah. :)
ReplyDeleteGB, baca story pun dah seriau. Uishhh kamu ni, kering darah dibuatnya.
Hati-hati lain kali.
GB,u ada masalah rabun malam ke?
ReplyDeleteambil lah supplement Vit A
mmng kalo malam ,lampu kete yg bertengtangan membuat kan aku nampk2 byk kelibat2 yg berkeliaran...sgt bahaye ok...
ReplyDeletebahye nye GB! alhamdulillah xd ap yang berlaku.
ReplyDeletetekan pedal minyak memang best bila tak banyak keta!
ReplyDeletehehe..
lega; tak apa-apa..
lu angau nih.heh :P
ReplyDeleteerk...ngeri pulak acu baca entri GB nie...tak dapat dibayangkan kalau acu tapi syukur lah GB selamat...
ReplyDeletep/s::GB asal kedah ke???kalau betul sekapal la kita
nsib baik x de pape..huhu..seram gk nk blik mlm2..nsib baik bkn bnde lain
ReplyDeletesaya pernah kena situasi cenggini..memang tak disangka perkara ini akan berlaku..memang ia amat memeranjatkan...
ReplyDeletekena lebih berhati2 lagi lepas ni... moga Tuhan sentiasa lindungi perjalanan kita ~
ReplyDeletesyukur alhamdulillah.
ReplyDeleteGB sekeluarga dilindungi..
MORAL : 1) Lori sebaik-baiknya adalah berwarna putih... 2) Minum Nescafe jadi rasa segar sikit...
ReplyDeletesyukur GB tak de ape-ape....bikin suspen aje bila membaca...phewwww..~
ReplyDeletecanteknya gambar. yu menyarap yek amik gambar tu...?
ReplyDelete:)
.
Syukur sebab selamat daripada bahaya.
ReplyDeleteBaca tajuk saspen dah,
Baca cerita GB lagi saspen.
Apapun, semua tu kekadang mengajar kita untu bersedia bagi menghadapi sebarang musibah. Ketenangan GB adalah faktor mengelakkan kecelakanaan yang lain...
err...bab entiti misteri yang melintas laju tu memang sering kita dengar di kawasan highway atau laluan yang terpencil. 'Benda' tu memang wujud, namun ia cuma untuk menakut-nakutkan kita...
huhu
ReplyDeletesaya penah dulu balik kl dr jb tengah malam. pastu de lori treler melintang kat tgh jalan sbb die eksiden sorg2.
da la tgh laju. seb bek tak hentam. serius nampak last menet. tp langgar jgk la kaca kaca yg bersepah kat jalan.
hentian seterusnya br benti cek tayar. sbb langgar kaca mcm langgar batu. byk giler!
ok komen panjang da mcm entri da ha
haha
hui
ReplyDeletebahaya tu
kalau lori syiling mau terang benderang kawasan tu kan
apala nasib si lori ais~
berguna jgk bende kaler putih ni mase tgh malam kat hiway kan
ReplyDeletejd jgn igt bende putih hny utk tut... je k
mujurlah tak ada apa2. bahaya kalau drive malam2. kena lebih hati2. pandangan terhad
ReplyDeletearea mana tu?
ReplyDeletebaca blog ondscene.. tgk area yg dikatakan 'bayangan maut'.. huhuu.. kena lebih hati2 kat kawasan2 itu
hati2 kak bila memandu..biar lambat asal selamat..heheh
ReplyDeletesemangat baca ingat citer hantu tadi gb.
ReplyDeleteTakutnya makcik dengar.Bawak kereta ni macam-macam dugaankan.Semoga ko lebih berhati-hati selepas ni.jangan cepat panik, itu yg penting.
ReplyDelete@cikceriacorner
ReplyDeletehati2 CC. ceria kene ceria, tapi kene tenang juga ok. :)
@azieazah
ReplyDeleteye kak, tengs untuk peringatan.
akak, cepat pump balik darah tu. heheh~
@Daddy Ziyyad
ReplyDeleteok daddy! nanti saya cari ok!
sebenarnya saya mmg rabun malam. rabun teruk sgt. mmg bahaya esp time hujan.
@Hantu Kak Limah
ReplyDeletelampu tinggi ke lampu rendah? hihiks!
@sepet
ReplyDeletealhamdulillah...Allah masih beri peluang untuk hidup...
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeleteye kak. tgh best2 tu la macam2 boleh jadi. huhuhu~
@Imran nyambek
ReplyDeletemana ade angau.....huhu~
@@cu SaYaNg
ReplyDeletekite sekapal rupanya ye kak? oh org kampungku!
@kiwi
ReplyDeleteboleh balik tapi kene sentiasa waspada...
@sahromnasrudin
ReplyDeletedan kamu selamat? alhamdulillah....
@♥ manje ♥
ReplyDeleteinsyaAllah...amin....
mulakan dengan niat yang betul...
@kak Erna
ReplyDeleteye kak..syukur....
@gedek!
ReplyDeletenescafe tak tinggal tuu...hihihi~
lori sebaik2nya kena ada pemantul cahaya dari segenap sisi, termasuklah bawah bahagian tayar..
@cik emymilia
ReplyDeleteamalan tak cukup lagi CE....hihi~
@tasekM
ReplyDeletetrimas...
i tak meniarap. cuba kamera itu disiksa supaya berpanas di atas tanah. huhuhu~
@Kuasai minda
ReplyDeletebetul. kdg2 terlalu leka dgn benda lain semasa memandu pun boleh mengundang malang juga...
entiti2 cenggitu mmg wujud, tapi kalau tak fikir sgt insyaAllah dia takkan ganggu..
@Myaby
ReplyDeletemcm kes GB la ni. gile ah, kalau terlanggar tu mmg susah nak selamat kan?
@alien
ReplyDeletekalau lori syiling mungkin dari jauh dah brek sebab tetiba nampak byk entiti kat tgh2 hiway. kikiki!!
@Al
ReplyDeletetut tu maksudnye apa? antu? huhu~
@amry
ReplyDeletesyukur...pengajarannya malam-malam tak boleh bawak laju...
thanks. :)
@h4ni3
ReplyDeletelepas sikit dari r&r rawang kak...
@Zie
ReplyDeletethanks for the advice ya.. :)
@noreed
ReplyDeleteheheh. kuciwa tak? :p
@Cik Ina minat Do do Cheng
ReplyDeleteye kak. alhamdulillah malam tu saya tak mengantuk. gerun bila difikirkan balik..
alhamdulillah...selamat
ReplyDeletekemalangan memnag tak di duga kan?
@sayangsayangibu
ReplyDeletebetul kak. mmg takde bau.
hway tu memang memalam gelap GB..seb baik takde pape berlaku
ReplyDelete@Queen
ReplyDeletegelap tu sebenarnya bagus juga sebab takde la kite nak bawak laju sesuka hati. tapi kereta lain laju macam ribut juga. huhu~
benda kalau nak jadi
ReplyDeletexdenye lambat seminet
huhuhu
syukur Alhamdulillah
selamat dan xde apa2
...
aku slalu bagi hazard light
as a signal x bg keta lane kiri
tiba tiba nak masuk kanan
maksudnya
tgh speed la tu
kehkehkeh
.
@BonekadalamChermin
ReplyDeletealhamdulillah...
ko bagi hazard light kat lane kanan? dah macam VIP! cayalah!
wah pemandu yg berhemah!.good girls...and bagus jugak lori yg dtg dr arah depan tu bg isyarat ;) umur masih panjang...syukran!
ReplyDelete@BitsBest
ReplyDeletealhamdulillah sebab ada kenderaan lain di depan. entahlah, tak boleh lupa la pengalaman tu...sangat menakutkan.
ALLAH masih melindungi GB.. ALHAMDULILLAH..
ReplyDeleteRasanya kejadian tu, ada di dalam entry ni kot..
ReplyDeletehttp://ondscene.my/kemalangan/pesta-yogurt-di-lebuhraya
Abg agak2 saja le..pasal tengok pada tarikh entry GB ngn entry kemalangan tu agak hampir. Demikian juga lokasi kemalangan itu..
Syukur GB dan keluarga selamat.
Nota:: Lain kali bila memandu ,terutamanya di lebuhraya, apabila ada kenderaan berat (lori / bas) menyalakan lampu tinggi berkali-kali... perlahankan pemanduan. Ini kerana mereka sedang memberi isyarat ada sesuatu yang berlaku di hadapan sana. Lori dan bas tidak akan suka-suka bermain dengan lampu tinggi tanpa sebab.
(Abg pemandu treler juga..)
Sekadar ingatan ikhlas abg.
Terima Kasih, Gadis Bunga.
czemu nie:)
ReplyDelete