 |
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
(Gambar diambil di Taman Tasik Shah Alam pada 101010) |
Kenapa GB belum mahu berkahwin lagi?
Jawapan paling mudah dan selamat, sudah tentulah kerana jodoh belum tiba.
Tetapi...bunda GB cakap tanpa usaha manakan mungkin apa yang dinanti akan datang bergolek...
Ayahanda pula? Hanya senyum dan cakap, 'anakanda GB belum mahu sahaja bukan?
Bukannya tidak mahu langsung bukan?'
Adik-adik cakap, GB terlalu tegas.
Kawan-kawan cakap, GB memilih sangat.
Majikan cakap, kurangkanlah sedikit kriteria yang GB mahu...
.
.
.
.
.
Yang sudah cuba memikat, ada yang tidak kenal erti putus asa (mungkin) tapi GB tidak tahu sampai bila.
Ada yang berlalu juga akhirnya.
Yang sedang ingin memikat, GB ada satu nasihat.
GB bukanlah gadis yang terlalu tinggi keinginan dan angan.
Cuma GB sudah terlalu immune. (maaf tidak tahu istilah Bahasa Melayunya)
Atau keliru.
Atau memang kurang berperasaan.
P/S: GB hanya senyum.
