Pejabat di Taman Desa
Setelah dilanda rasa lapar yang luar biasa, saya membuka peti sejuk dan menemui beberapa buah naga yang dibawa oleh teman sepejabat. Sudah hampir 2 minggu di situ tetapi saya terlupa akan kewujudannya. Sewaktu dijumpai semula petang tadi, kesemua buah naga itu telah mengecut dek kerana lamanya mereka di dalam peti sejuk.
Namun nasib saya baik kerana isinya masih boleh dimakan dan masih enak dinikmati. Dapat juga saya alas perut yang lapar ini.
Sesungguhnya nikmat Allah ada di mana-mana tetapi saya yang selalu lupa. Bila dilanda kesusahan baru digali semula nikmat yang selama ini dilupakan. Terasa seakan buah naga yang saya makan itu sedang menyindir-nyindir. Dan sindiran itu terasa sungguh pedas.
hahhahah...nasib baik ada buah naga itu..
ReplyDeletesesungguhnya ape yang Allah jadikan tidak sia2..
nikmat Allah memang xternilai..:)
yep. selalu lupa nikmat Dia bila kita selesa. sungguh tak patut kan?
ReplyDeletexsuka buah naga..tp kalo air dia suka...xsuka sbb dia lembik2 gitu
ReplyDeleteaku suke cuba semua ermie. buah naga ni kebetulan aku boleh terima dan suka pulak tu. tapi jgn bagi buah nangka. aku takkan sentuh. huhuhu
ReplyDeleteisk fifi nih.. tekojut den baco tajuk ey.. tragedi tuh.. igt ader jadi paper pas mam naga tuh..;P
ReplyDeletetragedi utk buah naga tu sebab finally dia dimakan juga. hahaha!
ReplyDeletedulu ms scha ada di seremban sll ke k.pilah ..ikut staff g wut survey ...sure singgah di ladang dragon fruit .. beli yang kaler merah tu .. esok tu sure .. membuang pun kaler tu gaks .. mcm dieria jer ... sungguh baik utk perkumuhan dan pembuangan lemak ...
ReplyDeleteerk scha. hahaha kamu ni....
ReplyDeleteNikmat Allah ada di mana-mana, kita dah nampak cuma alpa seketika. Rezeki dari Allah ada di mana-mana, usaha kita jadi penentunya.
ReplyDeleteshueQry:
ReplyDeletekamu sangat positif. saya suka. :)