 |
Tempat kejadian |
Bila plotter (dibaca: printer saiz besar) ofis rosak, tempat yang menjadi penyelamat keadaan dah tentu-tentu la kedai printing. Bila ke sini biasanya kene ikut giliran sebab ramai juga orang lain yang plotter diorang pun rosak...
Nak print saiz A1 outline berwarna biasanya makan masa dalam 5 minit ke atas untuk satu keping. Kalau 10 keping? Kira la sendiri...
Dalam waktu tu apa aktiviti yang boleh dibuat? Kalau GB, biasanya main snap-snap la. Tapi kalau ramai orang nampak janggal pulak, nanti dituduhnya kite ni wartawan akhbar tabloid yang menyamar jadik pelanggan untuk intip aktiviti rahsia di sebalik kedai perniagaan alat tulis dia tu....(macam la ade pun....hahah)
Oleh itu aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah berborak dengan customer lain yang menunggu giliran nak print jugak. Biasanya GB bernasib baik sebab sentiasa jadi orang pertama. Yang datang kemudian, tak dapatlah GB nak bagi can potong Q walau sehensem mana pun dia. Kikiki...!
Tapi untuk mengelakkan orang kemudian yang hensem itu dari mereput kebosanan, GB pun bersembang dengan dia. Biasanya datang dari firm consultants juga. Tapi tak semestinya lanskap. Dan tak semestinye hensem. Hahaha!
Ada baiknya mengisi masa lapang dengan cara begitu. Sembang-sembang aje. Bak kata Alicia Keys, small talk. Ilmu pun dapat. Tiada terikat dengan komitmen. Tiada perasaan yang mencelah. Habis sahaja urusan, GB bayar dan mintak resit. Kemudian say bye dan balik.
Kemudian hidup terus sahaja seperti biasa. Cerita satu pagi seorang stranger kepada stranger yang lain. Kihkihkih!!!
P/S: GB rindu plotter tu. Cepatlah baik...! Banyak drawing nak print ni!!!