Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, July 1, 2019

Mari Berangan dan jadikan Kenyataan: FLY TO LONDON WITH EMIRATES



Nak tau tak… walau dah dewasa tapi Gb selalu berangan walaupun time tu tengah kerja. Sebab kadang-kadang kita stress mengadap kerja menimbun and the easiest escape adalah dengan… berangan laaa… And kalau dah namanya GB,,, tak lain tak bukan mesti la berangan nak pegi travel! Hahaha!!!

Ok sekarang… cuba kawan-kawan bayangkan… best tak kalau sekarang ni kite packing baju nak gi jenjalan kat London? GB tak penah pegi Europe lagi. Tapi walau tak pernah pergi GB tahu je kos ke sana memang tinggi, tapi biasa la bila kita selalu nak jalan and jimat kita akan cari jalan jugak macam mana nak minimumkan kos bila pergi travel kat sana. Lagi pulak sekarang ni ekonomi pun agak sendu, tapi kaki gatal jugak nak jalan, I tak kira! Hahah!!

Tapi nasib baik jugak sekarang ni senang. Semua main online aje. Flight ticket.. hotel.. nak bayar segala.. semua online.

So lepas dah menggali-gali, GB dah terjumpa cara untuk jimatkan kos tiket flight, yang agak menarik dan rugi kalau GB tak share kat sini. Jangan tak tau… Emirates Air punya tiket pun harganya boleh tahan berpatutan tau! Dah alang-alang nak jalan jauh why not kita cuba kan?

So cara nak book Emirates Malaysia air ticket untuk dapatkan harga yang murah, pertama sekali cuba kawan-kawan pergi ke web Traveloka, atau pakai apps nya pun boleh. Lepas tu… pergi kat link https://www.traveloka.com/en-my/emirates terus sebab kat sini la kita boleh search flight yang ada. Contohnya, since kite kan nak pegi London.. kita cari cheapest flight to London. Macam biasa stepnya… pilih tarikh yang kita mahu (GB strongly suggest untuk pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu kita akan dapat harga yang best!!). Lepas tu click search flight. Kalau tak dapat maksudnya tarikh tu dah tak available.. maka kena la  search tarikh lain pulak. Nanti kan, result dari airline lain pun akan keluar juga..  so time ni kita boleh bandingkan harga. Senang sangat sebab semuanya ada kat situ je.

Anyway, since GB dah tertarik nak try Emirates Airline, GB buat research jugak pasal airline ni. This airline memang dah famous tapi sometimes kita tau on surface je, jadi tak salah kan gali lebih dalam sikit…

So sebenarnya Emirates Airlines ni apa dan siapa di sebaliknya? They are actually from Emirates Group, and siap sponsor beberapa kelab bolasepak gergasi dunia! Asal from Dubai, UAE and salah satu leading airlines yang ada inflight entertainment yang terbaik (Oh yes!!!). They have 3 jenis class seating; Economy Class, Business Class, and First Class. Kalau ada rejeki dah tentu la kita nak First Class or Business Class, tapi sebenarnya Economy Classpun dah cukup bagus dan sangat selesa.

***

So apa yang best kat London? Normally orang pi sana nak tengok Big Ben. Parliament Square. London Eye.  The iconic double decker red bus. Dan Thames River. Itu yang biasa.

Tapi tempat yang tak biasa lagi best kot. Kalau GB.. of course akan cari tempat-tempat yang not too touristy so GB boleh explore lebih lagi. GB prefer kawasan sub-urban, outskirts area.. maybe jauh sikit but I think it’s gonna be worth it. Itinerary masih dalam construction so I can assure it’s gonna be great! Untung juga sebab kite ada kawan kerja kat sana, and ada IG friend orang sana… and ada someone yang pun asal dari sana untuk kita korek gali lagi mana yang best and rare kat London hahah gitewww…

Kamera dah tentu kena bawak, ke nak harapkan smartphone je? Sayang la pulak sebab smartphone ada limitationnya. Tapi harap-harap bila bawak kamera GB tak lupa untuk ENJOY the moment sebab kadang-kadang nak shoot gambar cantik with all the different angles, sampai terlupa nak ‘menikmati’ moment tu. And of course for GB antara benda terpenting adalah nak rasa kopi kat sana. Itu wajib!

Alamak tetibe tak sabar pulak. Boleh tak GB tukarkan berangan ni jadi reality

So ini baru bab tiket flight. GB akan terbang dengan Emirates Airlines sebab nanti  boleh pakai duit lebih tu untuk belanja lain and more coffee! Selebihnya, hotel ke air bnb ke akan menyusul kendian. Sementara tu kawan-kawan cuba la tengok-tengok website tiket murah tu ye!

Sesungguhnya berangan itu indah dan free. Hehehe!

Ok now, jom sambung kerja supaya kita boleh cepat-cepat kumpul uang pergi London!

Thursday, April 25, 2019

Trip Kelakar Seram Bangkok Kanchanaburi: Part 3 - Day 3

Isnin
10/9/2018
Bangkok, Thailand

Dalam entry yang lepas (ye...ye... 6 bulan lepas.. omg...!), GB ada cerita pasal kitorang terjumpa driver yang bawak kitorang pergi Chatuchak Market. And.. dia ada buat tawaran menarik pasal agenda kitorang harini.

Sebenarnya harini kita nak pegi pasar aje, tapi pasarnya jauh sikit. Nak pegi Damnoen Saduak Floating Market and Maeklong Railway Market. Driver tu cakap dia boleh pickup kitorang semua kat hotel and drive ke tempat-tempat tu and hantar balik hotel dengan bayaran THB 1000 sahaja.

Bagi kitorang offer tu ok sebab jauh jugak floating market and railway market tu and lagi satu tak payah susah-susah cari transport dah... TAPIIII... dia kata nak singgah rumah kakak dia nak hantar barang lah apa lah like.. ok... kena hati-hati jugak la ni. But since kitorang berempat, insyaAllah ok.

So sesudah Subuh kita siap dan gerak. Breakfast singgah beli kat R&R aje. Coffee would be enough. Nak makan yang lain tak berani.

Papehal pun update IG duluuuu...

Another flat white yang sedap!
Nampak cantik, nampak sedap, tapi takde la beli pun.

Pakai blouse beli kat Chatuchak Market semalam. Nyaman betul blouse ni!


Lalu kat atas Sungai Chao Phraya. Kat Bangkok pun ada jambatan Pulau Pinang.

GB syak van-van kat depan tu tengah masuk treasure hunt kot...






Jauh sikit dari Bangkok, nampak banyak bendera and road block, macam nak ada PRK pulak.


Tengah panas macam ni nampak kedai jual tea... terliur pulak rasa...
So sepanjang masa dalam kereta yang agak lama nak ke Damnoen Saduak, tu dia dok sembang dengan basic English yang kadang kitorang pun tak berapa nak faham, tapi dalam tak berapa faham tu dia selit konon jalan nak ke Damnoen Saduak tu jauh dan teruk kalau naik kereta.

Time tu dia dah masuk simpang lain, padahal signboard and Google Map cakap terus lagi. Time ni dah rasa something. Last-last dia masuk satu simpang kecik, yang ada jeti dan booth, dia park situ and suh kitorang turun.

Dia kata pegi la floating market dulu, dia nak pegi rumah kakak dia.

Ok, sekarang soalan nya, mana floating market??

***

Kat sini drama bermula...

Rupanya kena naik bot pegi floating market tu, and tambang sorang THB2000. And mamat jual tiket yang berwajah gangster tu pun dengan angkuh cakap '2000 baht per person'. Hantu betul. Bila masa kitorang cakap nak naik boat?

Time ni sorry la, ingat kita takut dengan kau punya muka gangster? Sebelum driver tu drove away kita suh dia stop. Dia turun, muka dah pucat sebab onar yang dia buat membuatkan kitorang terpaksa create drama kat situ. Kitorng suruh dia bawak pegi another floating market. And sebelum berlalu, mamat gangster tadi pun jadi pucat sikit and cakap 'ok ok, 1500 baht only per person'.

Jangan harap!

Kalau nak baca lebih boleh pegi kat blog Elly. Dia pun ada cerita jugak kat sana.

Silap diorang adalah ingat kitorang tak tau floating market mana boleh pegi naik kereta and yang mana kena pergi naik bot. Hantu betul!

***

Untungnya sebab duit THB 1000 tu belum bayar lagi. So dia kena ikut je apa kita nak. Kau taknak bawak pegi Damnoen Saduak sebab takde komisen kan? Ok.

Pergi Amphawa Floating Market!

***

Amphawa Floating Market

To be frank, kita tau je time-time ni Amphawa Market takde apa sebab diorang berniaga malam. Tapi bila sampai tengok ada jugak yang berniaga tapi bukan dalam bot la. Cuaca panas sangat, mengharap sunblock cukup power untuk protect kulit dari burn teruk, hahaha! Hati pun panas tapi tengah cool kan sebab tengah bercuti ni, malas nak layan sangat. Ada la tu hikmahnya kenapa tak sampai Damnoen Saduak.

Takpe, next time datang lagi for the floating market.

Untuk membantu penyejukan segera, kita minum air kelapa dalam cawan buluh dengan straw bunga ya!


Banyak jugak makanan dijual kat sini. Tapi sebab tak pasti apa bahan diorang taruk, kite tak beli lah. Desserts pun nampak tempting sangat tapi tak beli pun. Ada antara desserts mirip yang GB pernah nampak kat Kelantan.

Ni rupa dia macam Buah Pauh and Nekbat from Kelantan

Pisang salai... ni boleh makan tapi tak beli

Udang, tapi ramuannya tak tau

Dodol


Baby crab rangup pedas




Dalam panas-panas ni pun ada jugak orang berniaga dalam bot. Tapi makanan lah. Kitorang tengok dari jauh aje dan GB terpong zoom rapat-rapat pakai kamera sudah.

Bot ada payung tu ada jual mee




Lengang. Panas berdenting!

Haaa nampak.. siap ada tong gas. and ada pelanggan pulak tuh



Kat tangga pun boleh pasang meja makan kalau kau kreatif! Makan mengadap sungai lagi!







Next entry kita skip terus ke Maeklong Railway Market ok.. Doakan GB update cepat!