Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, September 18, 2018

Trip Kelakar Bangkok Kanchanaburi: Part 1 - Day 1 (Updated)

Bismillahirrahmanirrahim...

Sabtu
8/9/2018
Malaysia

(Lepas taip tarikh ni rasa eh cam familiar laa... tarikh apa ni ek? Rupanya birthday seorang sahabat lama. Terus pegi wish belated birthday kat dia... delayed 10 hari! Elok!)

***

So, apa yang buat trip ni kelakar?

Sebelum trip ni, Elly busy dengan akaun dia. Pagi nak pegi tu baru dia packing. Suzy busy gi sana sini sampai ke Melaka ke Kemaman dan uruskan FattahC lagi. And yang agak mencemaskan sebab dia takleh web check in!!!  Suzie siap bagi statement "ada rejeki sampai la kita kat sana". Siti kalut jugak pasal hal dia yang GB tau tapi takyah la citer kat sini hahaha!

Dan GB? Tak sihat. Demam dan sakit tekak. Dan busy. Dan sangat busy. Sampai itinerary pun asal ada je dan almost everything buat last minit: book hotel, beli insurance, tukar duit, activate international roaming, and activate oversea's withdrawal (yang ni bukan last minit lagi, dah tercekik kat sana baru buat hehehehe).

Dan lebih kelakar lagi bila GB salah bajet. Mebi sebab busy sangat, tak sempat nak tanya kawan-kawan dan tak sempat nak buat research betul-betul. Kawan-kawan pulak percaya aje kat GB sebab selama ni kan ok jer hehehehe.

***

Tapi sempat lagi plan nak meet up kat mana nanti kat airport tu. Kat food court level 2.

Konon.

Nak check in luggage sesama.

Konon.

***

Flight ke Bangkok adalah 4.10pm. Seawal 11.30 pagi GB dah keluar rumah, lepas breakfast dan borak-borak dengan mak ayah. Kalau ikut bajet timing biasa GB selalunya tak seawal tu, tapi sebab nak amik Siti kat Kota Damansara so GB keluar awal sikit. Itu pun plan asal nak keluar 12.30pm. Tapi Siti cakap "Hah?? Sempat ke?" sebelum GB tukar awalkan sejam (yang sebenarnya GB salah tengok timing departure. Ingatkan 5.40pm hehehehe.)

Yang GB tak sedar adalah, time tu tengah cuti panjang. Nak ke Putrajaya Sentral tu biasanya paling lama pun sejam dari rumah GB, tapi hari tu seiring sejalan pulak dengan orang-orang yang nak balik Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Dan kebetulan hujan pulak turun dengan sangatttt lebat.... :)

Boleh bayangkan? Highway Elite menghala ke Selatan tak bergerak. Tengok Google Map, sana sini merah. Hehehe. Map merah. Muka GB? Dan muka Siti? Belum biru lagi alhamdulillah. Mungkin GB tak panik, maka Siti pun relax je padahal dah lewat.

Terus Google Map ke Putrajaya Sentral. Diorang suruh keluar highway ikut Puchong. Ok baik!

Ok dah, jangan tanya kenapa GB tak amik ERL hehehee.

Pukul 1.30pm, lebih kurang, baru sampai Putrajaya Sentral. Bila nak masuk parking, tengok alamak, cuma boleh pakai touch and go; atau paywave; atau QR code parking apps. Nampak sangat dah lama nau tak parking kat sini. Maknanya dah lama nau tak travel? Hahaha!!!

Muka GB dah jadi kelabu. Sebab Touch and Go punya baki tak cukup. Tadi lalu toll main redah taknak top up sebab dah lambat. Pakai Visa Paywave asyik reject reject reject! Interkom? Tak ada yang menyahut. Abis cemana ni?? Terpaksa la on kan hazard light; stalled kat depan boom gate tu, dan last resort was to download apps for parking. Itu pun boleh kat depan gate tu takde line internet. Kena reverse sikit baru ada line. My goodness please lah jangan nak canggih sangat kalau depan boom gate pun takde line!!!!

(Time ni Elly dan Suzie dah update, diorang dah sampai airport. Tapi bila nak check in Suzie masuk under standby list alamak! Later baru tahu status dia boleh ikut ke tidak. Ya Allah cuaknye rasa! Elly dah drop luggage. Dah gi solat. Tanpa tahu yang kita kat sini nak masuk parking pun tak lepas, sangkut depan boom gate lebih 15 minit!)

Back to Putrajaya Sentral...

Siti pun tolong download dalam phone dia dan dia masih tenang. Cuma dia kata dia lapar tak makan lagi dari pagi. Hahahaha!!!

Dah berjaya download, nak pakai tak reti. Cari QR code tak jumpa. Dah jumpa QR code, takleh scan pulak. Bila dah berjaya scan, parking space takde pulak. Sampai lastttt sekali jumpa satu space kat hujung-hujung yang bukan dalam kotak parking tapi takde sign 'clamping zone' kat situ; itu pun berebut dengan sebijik lagi kereta.

Alhamdulillah episod kelakar kat Putrajaya Sentral dah selesai. Dan Siti? Masih lagi tenang. Cuma lapar.

Kaunter drop luggage tutup pukul 3pm. 2.40pm baru sampai airport. Tapi masih optimis. Sempat...sempat... Walau queue panjang tapi masih "don't worry, sempat... sempat.." walau bila sampai kat kaunter tangan dah terketor dah tapi muka ada senyummm!!! Sebelum tu, Suzie berjaya check in selepas mengamuk-ngamuk kat kaunter bila diorang suruh dia naik next flight. Eiii mana boley!!

Tapi kesimpulannya semua berjaya check in and drop luggage and proceed ke dalam. Cumanya... bila dapat boarding pass, memasing macam pelik tengok kenapa seat number tak sama yang macam kitorang reserve?

***

Rupanya kes tukar kapal.. sebab ada few flights before this cancelled. Combine le tuu dengan passengers before ni. Patut la seat number dah berterabur masing-masing.

Lepas tu apa lagi? Berlarian la, dengan nak tukar duit, kejar shuttle train, dan gate pun boleh tahan jauh. Semput jugak menapak sambil menahan sakit nak telan air liur sebab tekak bengkak ni. Tapi Perut dah lapar mintak disumbat. Lepas tu bile dah dekat-dekat dengan gate (gate paling hujung ya Rabbi!) baru la kita semua stop kejap for makan kat Coffee Bean. Itu pun sebab itu je yang paling dekat dengan gate. Lagipun lepas beberapa lama buat lawak kitorang perlukan makanan dan kopi untuk balancekan balik segala kegilaan ni.

In any moment:  Panic attack; black out; tiredness; heartbroken - all you need is coffee. 


Sambil kacau-kacau air dan makan dengan tenang, Siti cakap. "Aku tau kita dah lambat tapi aku tak panik. Nak tau kenapa aku tak panik? Sebab kau tak panik.". Kahkahkah!!! Itu memang kapakaran GB! Sambil GB dan lain-lain pun minum kopi dengan tenang...

Tapi ketenangan tu tak lama... Tetibe masa nak shoot gambo buat flatlay, GB nampak time kat phone siti dah nak dekat pukul 4. Takde announcement made, tapi logically, by this time gate dah nak tutup.

Maka berlarian sekali lagi kita semua ke gate sambil bawak paperbag masing-masing, of course lah kena marah sebab lambat.  Siap kena tempik "Bangkok? Berapa orang??". "Empat!!!". "Cepat! Cepat! Gate dah nak tutup! Dah la lambat!!".

And seriously, muka masing-masing masa tu.... hahahaha!!! Priceless!

Anyway, this trip is pretty much needed for all of us. I'm ready to leave everything office related behind. No matter what, I'm gonna enjoy this trip. And expecting more drama!

Bye bye office!


"To see the world. things dangerous to come to see behind walls, to draw closer, to find each other and to feel. That is the purpose of LIFE" - The Secret Life of Walter Mitty

Bila makanan dah sampai, mengadap jugak sebab tadi mushroom pie tu sempat makan sikit je kat Coffee Bean. Siap bawak masuk kapal lagi. Ingat nak ngap masa tengah tengok movie tapi since makanan ni sampai awal, kite makan je dulu. 

Lupa nak mintak jus tu takyah taruk ais. Sebab tekak tengah parah. Tapi... minum je la.. paksa je. Memang perit siap nak nangis, tapi takpe GB redha, harap-harap boleh menghapus dosa..



Approaching Bangkok... nampak view ni.... Subhanallah so awesome! Bila tengok ni je GB tau dah trip is gonna an awesome trip! Layan je view ni sampai la landing :D




Sebaik je landing, perasaan lega tu memang tak boleh nak habaq!! Masing-masing rasa relieved sangat macam tercabut batu besar dari atas kepala. Maklum laa... benda-benda kelakar sebelum departure tadi masih bermain-main di kepala dah serupa wayang gambar. Dan akhirnya, sampai jugak kita semua kat sini, cukup set 4 orang! Hahaha!!

Masa sampai cuaca baik. 

Tapi dah lambat. Sebab tadi GB tak sempat solat kat KLIA. So kena kejar time untuk solat kat sini. Papehal cari tempat solat dulu.


Us
Ada Muslim Prayer Room! Setel wuduk terus masuk solat. Kelam kabut punya pasal, GB rupanya solat kat tempat lelaki hehehee. Sebab tak perasan rupanya ada tempat solat untuk perempuan dalam tu, siap ada tempat amik wuduk lagi. Tapi dalam tu a bit stuffy la, which GB tak berapa selesa. Lagi satu, ingat Surau tu macam kat Hong Kong atau Jepun atau Indonesia; campur je lelaki perempuan. GB pulak takde la rasa pelik sebab kat Indon dah selalu buat gitu, siap terbawak-bawak ke Malaysia (bila solat kat ofis, kadang nak nunggu giliran perempuan solat tu lambat sangat sebab nak siap gi meeting la apa laa, belasah je solat belakang opismate lelaki hehehe *tapi macam biasa bawang-bawang selalu memerhati hahahaa).


Usai solat, jom amik luggage. Ok, kali ni memang pecah sekali lagi anak tekak kitorang.

Sebab lambat sangat agaknya, conveyor belt tu dah kosong. Dah takde bags. Tinjau punya tinjau rupanya masing-masing dah didirikan kat luar. Nampak sangat makngot bebenau sampai beg pun orang tolong angkat keluar!

Ta[i for GB ini bukan kali pertama; first time dulu masa kat Sapporo, pun beg beg diangkat dan disusun berderet luar dari conveyor belt. Cuma, yang kat Jepun tu kite dah tau awal-awal memang orang sana begitu. Yang kat Bangkok ni tak penah pulak baca kat mana-mana yang bags kita pun akan dilayan sebegitu.

Ke kat kitorang je???


***

So sekarang jom pegi hotel. Book Grab aje. Rate, boleh tahan murah lepas dibahagi empat lalalalaaa....

(Lepas booking accepted, keluar number plet tulisan siam semuanya; biru jap muka nak baca. Cemana nak cari kete plet number ni?? Last-last baru keluar nombor 4399... asalkan ada nombor jadi laaa..... phewww)

Suvarnabhumi Airport (orang sana sebut Swarnaphoom) ------ Thee Hotel, Sukhumvit = TBH362 (including toll)



Sampai, bayo Grab, check in hotel.

Hotel ni murah je. Book thru booking.com. Total for 2 rooms for 3 nights cuma TBH 5868 (around MYR 750 sahaja). Deposit dia minta TBH2000 for 2 rooms. Ok, kita bayar. Tak sabar-sabar dah nak mandi tukar baju ni! Bayangkan dari pagi kot!



Huhuhuhu bestnye toilet... nak mandi!!!!

Hehehehee bestnye katil!!!
Elly duduk dengan Suzie. GB dengan Siti. Kitorang dua orang ni ada very longgggg history hahahaha!
 ***

Baring-baring kejap, tengok Harry Porter cakap Siam jap... pastu dah jom laa kite sume cari makan. Hotel ni sebenarnya kat tengah-tengah city, semua dekat; nak cari makan, nak naik tren, nak gi Family Mart, nak gi massage - dekat semuanya. Tapi jangan la expect keluar je pintu hotel tu semua terpampang depan mata. of course la kena jalan kaki sikit dalam 1-2 km. Tapk sampai 1 km pun boleh kalau tak salah jalan hehehe....


Sambil jalan sambil tengok design

Ada buah. Kalau emergency kelaparan ni boleh la beli...

Bangkok and the street sculptures - another jalan-jalan sambil tengok design thingy

The fifth member trying to escape?


Detailing GB...detailing... my goodness.. bringing work into travel? I can't escape just yet!


Another detailing GB...detailing... look at the staggering water feature and the splashes lit by the spotlight... oh my...
 ***

Sebenarnya kitorang jalan jauh jugak untuk cari makan malam tu. Sebab tersilap jalan and sebab bab makan GB tak masuk dalam itinerary. Pandai-pandai la kitorang kat sini. Tapi dengan adanya Elly, Suzie dan Siti? Beghehhhh...

Jumpa restoren Muslim tak jauh dari hotel sebenarnya (after patah balik)... terus order nasi and lauk set untuk 4 orang, siap order extra lauk sebab nak rasa.. Tapi ya ampun... pedaihhh! GB makan degan sedih sebab tekak sakit. Susah nak telan. And pedas lagi hahahah rasa macam nak cedera anak tekak ni...



Sedap... tapi pedas sampai nangis!!!
 ***

Sebelum balik hotel, kite singgah Family Mart jap beli stok makanan. Pastu kat cashier ada 3-4 orang Bangladesh ke India kot... nak top up i think, atau nak beli simcard maybe, tapi fail to register. Lama diorang kat situ sebab nak mintak staff Family Mart ni tolong. Tapi lama sangat sampai staffs dia pun dah naik fed up. Nasib baik kaunter bukak dua.

Tetibe terdengar ayat ni, "Wak gaponyo la bodoooo sangakkk.. doh ghoyak doh dok buleh...pom dok pehe pehe lagi....", sambil penuturnya senyum manisss sekali kat mamat 3-4 orang tu.

Komphem oghe Narathiwat niiii... hahahaha!!!!

GB tokleh tehey dohhh.. tegelak situ jugok. Automatik mulut ni ghoyak "gapo dio hok bodoooo sangak tuuu?"...

Lepas tu kalau korang kat tempat GB agak-agak apa akan jadi? Hahahaha!!!!


GB beli eskem buat ubat sakit tekak. Nak tau berkesan ke tidak? Tunggu esok. Hahahaha!!!



Sambil tunggu yang lain belek benda lain kat 7Eleven, GB makan eskem kat sini sambil tengok abang yang jual sotong kering kat situ. Meriah weyyy basikal dia siap ada lampu liplapliplap!


~to be continued~

16 comments:

  1. hadoiii.... rasa nya kalau kita update blog.. org akan nampak others side of our kekalutan for this holiday.. hahahhaaaa... ��������

    ReplyDelete
  2. Eeeeeeeee len kali kita nk jadi keji.....lps drop baggage terus masuk dalam!
    Pasni sapa lambat kena blanje kopi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah!! Parking yang bersalah!! Dgn orang2 yang nak balik kampung pub salah jugak! 😂

      Delete
  3. kelakar la korang ni...kalut2 pon akhirnya sampai juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun tak serik2. Dag tak terkira dah buat scene watson nyambek kat airport ni 😂

      Delete
  4. baca sambil berdebo siut
    hahahah
    tau korang make it
    tapi
    drama queen lahaiiiii

    ReplyDelete
  5. eh dh ada shuttle train di KLIA2? Lamanya tak naik kapal terbang...

    ni kira blog update hari2 la kan GB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klia. Kalau klia2 masih menapak lagi berkilometer tu.

      Hahaha taktau nak gelak ke nak gelak. InsyaAllah kite cuba update selalu yer ngeee

      Delete
  6. Aduhai...mak yang baca pulak rasa berdebo-debo...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kalau rasa semput dinasihatkan baca slow slow tau. 😂

      Delete
    2. Ok dah sambung baca selepas FB kenaskini ��

      Delete
  7. dia edit la hahahahhahaha
    dia sambung panjang lagi la hahahahhahaha
    gapo mek?
    kalau aku tau ko pi amik gambo detail2 tu, lama dah aku sekel....masih lagi mikir kerja ye....mmg nak kena!
    untung la duk depan byk gambar hahahahhaa

    ReplyDelete
  8. Suspen sungguh awalnya.. Alhamdulillah sampai jua..

    ReplyDelete
  9. apa nih edit lagi
    pi la buka entry lain
    haish...
    hahahahahahah
    okbai

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D