Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, March 31, 2018

Ada Siapa di Jakarta - Part 8 - Jakarta. Masjid Istiqlal. Dan Sunda Kelapa.


Intro



Sunda Kelapa.

Antara sebab lain kenapa GB rasa Jakarta sangat menarik. For heritage site lovers macam GB dan Elly dan Suzie dan FattahC, you will ask for no explanations why we chose to come here.

Nanti GB cite panjang lebar dan taruk gambar banyak-banyak kat end of this entry ye...

***

Jakarta
Indonesia
Isnin, 22/5/2017

Selamat Pagi, Jakarta

Pagi indah dan cerah di hari terakhir di Jakarta. Lepas Subuh, kepala dah menjengul ke luar tingkap. Dengan kamera, ready to capture the moments outside the window. Harini ada beberapa tempat nak pergi, dah ready dalam itinerary. Dapat ke pegi semua? Dah habis hari ini baru tahu ye..

Anyway kite siap-siap, sapu sunblock (sebab Jakarta panasss!), breakfast kopi cincau dan pack up untuk checkout.

1. Basic room kat Zen Hotel ni. Boleh la..
2. Sunblock favourite GB. Kecik, senang nak dibawak ke mana-mana. Dan berkesan. Muka pun tak bercapuk pakai ni.
3. Kopi cincau beli semalam. Minum dulu ni supaya perut tak meroyan.

1. Out my window
2. Zoomed in

Nampak tren dari kejauhan. Lepas tu zoom dan zoom dan zoom lagi sampai max!

Orang dah bangun. Harini hari keja. Dah ramai start berniaga dan dah mula bawak Grab Ojek


The Hotel. Interior and Surrounding.
Lepas dah setel semua kita pun meredah Kota Jakarta. Time ni belum nak jammed sangat lagi.  Kedai pun tak banyak bukak. Tapi opis kerajaan dah bukak kot.

Speda motor (motosikal) dah makin bertambah banyak ye. Kat sini moto memang banyak pun. Banyak teramat sampaikan yang naik moto pun boleh sangkut dalam jammed jugak. Hehehe.

Sebab pagi lagi, kitorang pergi tengok Masjid Istiqlal dulu...




Masjid Istiqlal

Masjid Istiqlal (maksudnya: Masjid Merdeka) adalah masjid terbesar di Indonesia dan juga terbesar di Asia Tenggara. Di seberang Timur masjid ini adalah Gereja Katedral Jakarta yang tersergam juga. Arkiteknya adalah Frederich Silaban, seorang Kristen Protestan.

Selain tempat ibadat, ada banyak juga kantor beroperasi di dalam masjid ini. Siapa juga boleh berkunjung tetapi kalau yang non muslim, tempat yang boleh dilawati agak terbatas dan kena ada guide. 



FattahC depan pintu Al Fattah



Gereja Katedral Jakarta di hadapannya

Ada sungai mengalir di sisinya tapi baunya tak best


Ok, cukup untuk waktu ini. Nak ke tempat lain pulak!

Sunda Kelapa

Nampak je signage 'Sunda Kelapa', dah rasa happy sangat dan dah terbayang suasananya nanti macam mana. Tak sabar nak tengok apa yang GB tengok kat Google.


Dah sampai... Nampak tak tuuu??? 
Sebelum pusing, kita cari makan dulu. Ada gerai-gerai kat situ dan nampaknya macam ada jual benda sedap, so why not kan kita makan dulu? Lagipun tadi kat Masjid takde gerai bukak sebab pagi sangat lagi, perut pun dah berkeruk-keruk minta breakfast. 

Pekena soto!
Lepas makan baru best nak jalan-jalan...

Hampir gila kitorang kat sini. Panas memang panas. And pak supir punya pandangan? Takde lain, pelik memanjang. Katanya, aneh sekali ibu-ibu ini. Apa mau diliat di sini? Ibu-ibu lain kalau datang Jakarta mau shopping-shopping beli kain, tapi kalian... ke Jakarta mau tengok kapal??

Hahahaa!!!

Sedikit cerita pasal Sunda Kelapa ye...

Old. Scenic. Historical. Timeless.

Of course. Pelabuhan ni dah berusia 500 tahun. Dah lama. Dari zaman Belanda lagi. Dan keadaannya hampir tidak berubah sejak dari dulu. Cuma sudah kurang sibuknya sahaja. Tapi dari segi lain, masih banyak kapal-kapal Makassar (pinisi, Makassar schooners) yang magnificent, yang saiznya besar sekali kelihatan di sini. Dan masih beroperasi. Untuk orang-orang yang pesen boleh go deep into the moment, macam GB (hewhewhew), terus terasa macam kembali ke zaman silam... macam ternampak-nampak betapa ramainya orang kat situ; turun berlabuh dan berdagang.

Taktau la adakah sebab GB ni deep sangat, atau tempat tu memang ada 'sesuatu'. Hahahaa!!!

(Baru discovered recently Sunda Kelapa memang ada 'sesuatu'...).

***

Anyway, rasa sangat tak puas amik gambar kat sini. Pusing la mana pun, semua cantik. Panas pun takpe. Kalau ikut hati ni kan, memang nak je datang balik untuk sunset, tapi malam ni nak balik dah... hehehe.. so takpelah... InsyaAllah tak ke mana nya kapal-kapal besar tu. Untuk untuk kali ini, jom lah pusing mana yang sempat. Dan teropong mana yang nampak.


Bukan kita je tourists yang ada ye...


Truck pun nampak kecik aje











For now, ok lah. Alhamdulillah puas hati. Still there are places to go. Sebelum ke bandara petang nanti. Takleh nak rilex sangat sebab traffic kat Jakarta ni sentiasa sibuk, cuma kena berjaga-jaga, risau kalau jadi unusually sibuk pulak. Hehehe...

4 comments:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan sis...aku doakan yg terbaik utk ko....

    ReplyDelete
  2. Rindu Jakarta.. Nak sangat pergi lagi.. Love the food kat Indonesia ni & mcm2 lagi..

    ReplyDelete
  3. hai cik bunga. dah lama tak bersua!

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D