Kali terakhir GB update pasal trip ni adalah 6 hari sebelum birthday GB dulu. Wow. Lama sangat dahhh. Taktau la ni slow sebab busy atau sebab malas. Hahaha. anyway, kawan-kawan boleh baca entry yang itu untuk recall before teruskan dengan entry yang ini atau, boleh proceed terus je. Hewhew~
***
Bogor
Indonesia
Ahad, 21/5/2017
Perjalanan pulang ke Jakarta
Macam yang GB dah cerita dalam entry lepas, jalan Bogor-Puncak ni akan ditutup satu arah selama beberapa jam pada waktu-waktu tertentu pada hujung minggu. Semalamnya masa naik ke Puncak, jalan turun ke Bogor ditutup. Dan kali ini pulak, nak turun ke Bogor, jalan naik ke Puncak pulak ditutup. Masa tu kitorang semua excited sebab tak terkena time kita nak turun ni. Kalau idok... stranded atas jalan laa.. taktau pukul berapa la nak sampai Jakarta. Hahaha!!!
![]() |
Nampak tak kereta dah berbaris panjang, jalan dah ditutup! |
Coffee Break - Patio Cafe
Kat area kebun teh ni nampak deretan kedai, dan di antaranya terselit sebuah cafe yang kita dah aim dari semalam lagi. Sebab cafe tu all black macam seketul kotak besar warna hitam, rasa terpanggil nak masuk ke dalam. Dan sebab tidaklah terlalu mengejar waktu ke Bogor dan Jakarta, sebab dah tau jalan baru tutup kan, kite stop sekejap kat situ for coffee break merangkap lunch!
Menu ok saja. Kopinya biasa saja sebab GB ni penggemar kopi keras maka kopi kat situ rasa 'lembut'. Tapi sebab ada cantilevered balcony yang mengadap kebun teh yang cantik, maka view kat situ adalah sangat awesome!
Kat sini lama jugak sebab kitorang makan dan solat dulu sebelum teruskan ke Bogor. Sebab rasanya lepas ni mungkin kita akan mengadap jem yang lama dan waktu solat pun habis.
![]() |
The decoration |
![]() |
The food |
![]() |
The view |
Dan ada juga sedikit drama. Macam biasa.. :p
Kereta tak boleh keluar la pulak. Ada bas blocking. Time tu dah pasrah dah kalau terpaksa terlekat dalam jem nanti. Tapi doa jugak banyak-banyak supaya urusan kitorang akan dipermudahkan hehehe. Time ni baru nak mengada cakap "kita kan musafir, doa musafir tu dimakbulkan Allah". Hewhew..
Dan pengakhirannya?
Berjaya! Syukur...! :D
Jakarta
Akhirnya tiba di highway. Menuju Jakarta kota yang macet.
Malammmm baru sampai. Check in dulu. Lepas tu keluar balik cari makan.
Dan esok hari terakhir, harap-harap awesome macam hari-hari sebelumnya. Ameen...
~ to be continued ~

No comments:
Post a Comment
...kerana komenmu begitu berharga! :D