Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, January 23, 2018

Selingan: The Wau Bulan


Break jap citer Jakarta ya kawan-kawan... nak update tapi gambo banyak sangat tak pilih lagi hahaha adoiii la GB... Tapi nak jugak update entri, maka terhasil lah entri ini... mimpi apa ntah laa tetibe rajin pulak kan GB ni??

***

GB tau kawan-kawan selalu terbang pegi sana-sini. GB pun ada jugak lah terbang tapi tak selalu sangat, tapi bila kepala otak dah serabut, hati sakit dan fikiran mula bercelaru, GB akan cari tiket flight hahahaha! It's like a therapy. Biasanya kalau tengah main-main atau sangat banyak masa lapang (tapi jarang sangat laa nak), apa jenis website yang GB tak bukak. Semua GB bukak! Tapi selalu jugak dapat kejutan bila main-main macam tu sebab pernah je jadi betul-betul beli, omg!!

So kawan-kawan, biasanya mana dulu website yang dituju kalau nak cari flight ticket? GB faham mesti ada yang nak cut cost mesti cari yang budget airlines; kalau nak terbang jauh sikit, mesti cari airlines yang boleh bagi keselesaan sepanjang flight, ada jugak yang nak hassle free, nak semua all in, tak perlu nak fikir nak add on itu ini, akan go for premium airlines. Itu semua pilihan masing-masing.

Cuma kan this lately GB rasa berbaloi jugak terebang dengan Malaysia Airlines... Bukan GB je, Suzie dan FattahC pun rasa macam tu #hahahatetibepetiknama :D

Untuk GB yang tak selalu terbang dengan Malaysia Airlines ni, (almaklum asyik beli tiket bajet je sebelum ni pastu bila nak bayo luggage terus rasa tobat taknak check in tapi terpaksa juga sebab dalam kabin boleh bawak berapa kg je hehehe...), ada laaa beberapa experience yang manis bila terbang dengan Malaysia Airlines ni. Antara yang paling menyentuh emosi (hey I am an emotional full of drama swasta one!), adalah bila kapten sebut "...and to all Malaysian, welcome home" tiap kali dan sampai KLIA. Masa tu bergenang air mata jatuh ke pipi heheheh. Terharu. Sebab dan dan terimbau segala kenangan masa kecik-kecik dulu dengan Malaysia Airlines ni. Atau sebenarnya GB ni yang sedikit patriotik??

My childhood memories dengan MAS banyaknya berkisarkan touch, taste, & visual: Baju biru pramugari yang cantik. Selimut dia yang comfortable hehehehe. Makanan dia yang classy dan sedap! (time kecik dulu makan in-flight food is something unforgettable ok...). Dan paling banyak sekali bila tengok gambo-gambo ayah GB kat luar negara bergambo kat airport berbackground kan none other than MAS aircraft. Time tu logo lama lagi. Logo Wau Bulan. The Iron Wau Bulan.

I love the Wau Bulan... :)

***

Back to the present... Terbang dengan Malaysia Airlines buat GB rasa comfortable. I dunno why but itu la yang GB rasa. Rasa dekat. Rasa eskrem magnum mini yang GB kunyah 30,000 kaki above sea level tu 10 kali ganda sedapnya dan tak malu nak mintak satu lagi hehehe. Ok dah.


Bagi GB, MAS masih berkelas dunia. Of course la, mahal kot tiket dia.

But wait a minute. Mahal ke??

Haaaaa... Ramai orang takut nak beli tiket MAS sebab ingat mahal kan? Tapi tuh la, disebabkan kepala dan fikiran berserabut dan hati sakit ni la GB boleh come across cara nak dapat tiket MAS yang murah-murah! Macam mana? Pssttt kat Traveloka.... yaaaaa...

Dah tak perlu lagi nak tunggu year end sales or travel fair or apa-pa fair lah untuk dapatkan tiket dengan harga promosi. Anytime pon boleh nak dapat promotional price via Traveloka. Tak percaya cuba click sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal MAS ataupun Malaysia Airlines ni. Jangan terkejut pulak...! Travel with style dengan tiket murah tapi orang bukan tau pun kita dapat tiket murah lalaala!!!!

Caranya senang banget sihhh... masukkan details, destinasi, dan tarikh. Proceed step by step yang pop out kat dalam website Traveloka tu sampai la settle with payment. Pastu jangan lupa pack baju gulung-gulung masuk dalam beg sebab eh kan dan nak terbang tuuu!!!

Sekarang ni mudah amat... ada member citer Malaysia Airlines dah sediakan perkhidmatan drop off luggage kat KL Sentral. Senang sangat ni! GB taktau sebab tak penah amik KLIA Express from KL Sentral, tapi ini kira good news jugak lah kan. Sebab dah takyah nak queue up nak drop luggage kat airport dah. Tapi passport jangan lupaa.. Apa? Duit tak tukar lagi? Bisa diatur itu dong...! Pastu terus je amik KLIA Express untuk ke airport takyah nak bawak luggage dah. Kalau ada masa lagi, boleh gi shopping cekelat dan perfume (kahkah!!!) kat duty free dulu! Ok dah, selamat terbang dengan Malaysia Airlines dan jangan lupa baca doa naik kenderaan!


7 comments:

  1. Kebetulan tadi mak terpandang bantal kecil MAS yang ada di rumah mak ini. Kain selimut pun ada! Hahaha...dulu-dulu pernah naik MAS dan rasa 'macam orang kaya' je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mak? Tu yg GB teringat. Sebab ada lagi selimut MAS tu kat umah. Hahaha!!

      Delete
  2. haahahha... kalau bawak fattahC.. adelah wajib naik MAS... tiket lg murah uOls... layanan istimewa gittewww...!!!...
    #dandanpetiknama .. hahahaahaaa

    ReplyDelete
  3. Kalau cuti dpt plan awal2 mmg nak sangat naik MAS tp bila selalu last minute, mmg tak dpt lah sbb terlebih bajetnya nnti. Mmg MAS kebanggaan kita wa imma ada kes sakit yg terpencil.. MAS tetap dibangga..

    ReplyDelete
  4. Masa g perth naik mas.... Ternyata lebih murah dari airlines lain... Luggage n food all in

    ReplyDelete
  5. Saya pun antara yg suka naik MAS...mungkin layanan cabincrew yang lebih pro berbanding penerbangan tambang murah (pada pendapat saya)...ok..tips yg bagus dari you..nxt time nak book thru travelok..thx for the info :-)

    ReplyDelete
  6. Mmg Mas tempat duduk luang banyak dan makanan pun sedap

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D