Intro
GB selalu dengar pesanan ni: Kalau dapat nikmat yang kecil, bersyukurlah, kerana akan datang adalah nikmat yang lebih besar lagi.
Dalam kes ini, nikmat yang datang subhanallah besar sungguh! Nampak tak senyum GB lebar sampai telinga ni?? :D
Dalam entri lepas GB ada cerita pasal plan nak pegi hutan pinus cantik yang pak supir cakap jauh takleh pegi lantas kitorang kecewa dan berenti kat pokok-pokok pinus tepi jalan aje semata-mata nak ubatkan hati. Tak lama lepas tu, kitorang gerak ke arah Puncak semula. Kalini itinerary adalah main redah, mana tempat best yang kitorang nampak semalam atau on the way tu, boleh la singgah.
Terima kasih kepada mata tajam Suzie dan Elly, diorang nampak seakan-akan hutan pinus yang kelihatan dari jalan raya. Dan terus aja kita belok dan cari tempatnya. Jumpa! Bukan hutan pinusnya aja, malah lebih lagi! Semua happy kecuali pak supir.
Ok la.. pak supir bukannya tak happy, cuma dia pelik: "Aneh sekali ya ibu-ibu ini, mahu masuk kampung masuk lorong masuk kebun dan panjat bukit untuk perkara seperti ini?".
Hehehe... aneh la best pak supir!! Dia teruja sebenarnya, katanya ini kali pertama bawa tamu seperti ini. Hahaha!!! Nasib la pak supir, tamunya kayak orang gila! :p
Jadi, dipendekkan cerita, kitorang jumpa tempatnya. Approaching kawasan tu, mulut masing-asing ternganga... bila nampak hutan pinus, perkampungan lereng bukit, dan kebun sayur di lereng bukit semuanya bersatu!
Kampung Parabon Pojok
Kabupaten Cipanas, Cianjur,
Indonesia
Ahad, 21/5/2017
Kebun Sayur
Sebelum cari hutan pinus nya, fokus teralih je kebun sayur dulu. Satu perkara yang GB dan kawan-kawan sangat suka tentang Indonesia adalah kebun sayur lereng bukitnya. We can spend hours here. Masuk kebun orang. Amik gambo. Panorama. Close up. Macam-macam lah. Pusing la mana pun, view adalah superb! Kelibat petani, bau sayur fresh, bau tanah, bau lembu bau kambing: macam liven up our souls. I don't know how to describe, so meh la GB belanja gambar-gambar ni je ye.
Kampung
Dah puas menyukat kebun orang, tiba masanya untuk cari hutan pinus. Tanya-tanya orang kampung, kata mereka terussss kemudian ke kanan. Iya, ikut aja jalan kampung.
Jadi maksudnya nak taknak kena menjelajah kampung jugak la baru sampai ke hutan tu. Semput berkeruk jugak tempurung lutut sebab tau ajelah, kampung di lereng bukit. Memanjat aje lah. Panjat dan panjat. Nampak Elly macam steady, GB dah rasa peluh baju, Suzie kendong FattahC, taktau la cemana. Hehehe.
Tapi tak terseksa sangat sebab banyak benda boleh tengok kat dalam kampung tu. dan orang kampung pun peramah-peramah semuanya. :D
 |
Ni kedai runcit! |
 |
Sebab cuaca sejuk, maka strawberry boleh tanam depan rumah tepi tangga aje~ |
 |
Dan roses pun subur dan gemuk! |
 |
Saat memanjat semakin tinggi, view kebun sayur jadi macam ni. Macam-macam peribahasa keluar time ni sambil terfikir patut la pak supir bilang kitorang aneh. Hehehee |
 |
Tak dapat tengok orang, tengok bumbung rumah pun jadi laaaa |
 |
Panjat ni, pastu kona kanan. Ulang sampai jumpa hutan pinus. Fuh lutut! |
 |
Takyah baling seluar dalam dah kalau taknak hujan, segala benda boleh disidai kat atas bumbung kat sini |
 |
From this point dan nampak bumbung rumah orang, kebun sayur, dan Elly |
Dan mendaki jalan yang sempit. Dan akhirnya tiba!!!
 |
Berkenan pulak tengok pokok pisang batang hitam ni. Tanam kat taman cantik nih |
Taman Nasional Gunung Gede Pangrango
Ok lah. Sebenarnya hutan pinus yang kitorang dok kejar sangat adalah sebahagian dari Taman Nasional Gunung Gede, and entrance yang kitorang masuk dari kampung tu adalah entry point ke 4! Entry points lain letak jauhhh dari situ sebab Taman Nasional ni besar sangat dan meliputi beberapa kabupaten ye! (sumber, Google map. Hahaha!!!)
 |
Sampai dahhh! |
 |
Unsangkarable kan??? |
 |
Register dulu |
 |
Dah nampakkkk!!!! Tak sabarnyaa!! |
Kemudahan asas macam toilet tu ada. Sebab sini ramai jugak orang datang berpiknik atau sekadar mau foto-foto juga bisa hehehe
So apa lagi. Cari port lah mahu self portrait!
 |
Ok, GB taruk camera kat atas tunggul kayu. Nanti GB focus, set timer dan lari duduk kat kayu tumbang tu. 10 seconds.. and... |
 |
Tadaaaaa!!!! |
Pastu ramai-ramai pulak. Taruk aipon Suzie atas tunggul kayu, set timer... dan....
Pastu port lain pulak. Pakai kamera GB yang dah tercelup air laut tu. Focus, set timer, and....
Pastu Elly baru nak join. Set timer, set burst...and... hasilnya off focus semua! Ceh! Lupa pulak ter set manual focus. Hahahaa!!!
Ok ok, refocus, and....
Penat ok buat aktiviti amik-amik gambo ni! Set timer pastu lari. Tak jadi? Buat lagi. Lari la banyak round sampai puas hati! Terbakar beberapa ratus kalori. Yeayy!!!
 |
Fattah penat berlari. Kahkah! |
Ok lah, it's time to go back. Time nak balik, ada terjumpa someone yang cakap kalau nak balik boleh jalan terus dan akan sampai semula ke jalan masuk kampung tadi. Maksudnya tak perlu lah kita lalu semula kat celah-celah kampung tu.
Tapi sebelum balik, amik gambar lagi puas-puas..
 |
Dari sini nampak entry point tempat kita mula-mula sampai tadi.
|
 |
Nanti akan lalu kat lorong kecik tepi lereng tu... |
 |
Bukan GB je, Elly pun sama tak puas amik gambo. hahaha! |
 |
Jalan ke depan, pastu mesti akan toleh juga ke belakang. Sayang nak tinggalkan hutan cantik macam fairytale ni... |
 |
Macam tak caye tadi kitorang lalu kat kampung tu |
 |
Tengok belakang lagi |
 |
Dan lagi. Sebelum rindu. |
 |
Dan akhirnya tiba. Tuuu... nampak tak kereta kitorang? |
 |
Zoom in.... Dan nampak tak hutan pinus tempat kitorang berlarian bergambar tadi? Bukan dekat tu.. |
Dan last panorama sebelum bergerak pulang ke Bogor dan Jakarta.
Lepas ini tak ada lagi kebun sayur. Kampung. Dan hutan pinus. Kerana Jakarta adalah kota batu dan kota macet!
...to be continued...
Gigih mak baca dan 'ikut berlari' sampai tercungap-cungap....hahaha
ReplyDeleteBaca entri ni macam terikut sekali dalam pengembaraan ni. Lagi-lagi part ada bau tanah, kambing tu. Memang terus teringat kat kmapung.
ReplyDeletetunggu gak gambar panjat pokok tu
ReplyDeletetak de rupanya
apa nih apa nih
tak puas hati la camnihhh
yish
mana gambo lompat2.. baring2... ahahahahah..
ReplyDeletetetiba rindu kat sini....
Saya syorkan menginap di Pesona Alam Resort & Spa...dikelilingi hutan pinus...terletak di sebelah kiri sebelum pintu masuk Safari Cisarua
ReplyDelete