GB harap tak terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru 2018. Masih January hahaha. Masihhhh. Dan lepas tu February, March, April, sampai tetibe dah Decmber balik. Lajunya masa bergerak arghhh!!!
So tak payah lah bincang pasal azam tahun baru atau anything related since azam sejak pat lima nam tahun sudah pun banyak yang belum tercapai. Tapi apa-apa pun tahun 2018 adalah tahun yang best sebab X-Files season 11 dah muncul, hahaha!!!
And yes, I still can't get over Scully and Mulder even after 20 years. Sapa geng??
Ok laa.. jom sambung entry tahun lepas punya trip ngeeeee...
Puncak, Bogor
Indonesia
Sabtu, 20/5/2017
Sampai je kat bandara, bapak driver sudah tunggu sama kereta. GB dengan phone yang rosak sebab masuk laut (ciss) kena lah bergantung harap kat Suzie and Elly dan juga FattahC #tetibe.
Dipendekkan cerita, dari bandara terus aja kita ke Puncak, Bogor. Macet boleh tahan. Tambahan pulak Sabtu kan. Tapi ok jugak sebab kemacetan lebuh raya nampak meriah dengan aktiviti berjualan jajaj dan souvenirs di tepi jalan dan di tengah jalan. Yang jual tu bukan orang aja, serigala ada, pikachu pun ada!
Kat mana-mana pun boleh cari rezeki kan. Kan bumi Allah ni luas... :)
Agak-agak perut dah lapar, kita berenti makan dulu. This time kat resto Sunda. Rasa macam biasa, sedap. Menu pelik-pelik GB order sebab nak rasa, contohnya macam onchom (tempe busuk). Kawan seofis orang Sunda dari Bandung pernah cakap, try lah onchom. Tu yang pandai nak order onchom tu...
Ulam pun banyak bukan main. Hijau mata tengok meja. Geram sebab banyak dan fresh tapi tak mampu nak abiskan semua sebab kalau tambah ulam maksudnya nasi pun kena tambah. Dan kalau tambah nasi jadi apaaaaa...? Hehehehe.
Tengah-tengah leisure-leisure nak bayo, tetibe pak supir suruh cepat. Katanya jalan akan ditutup. Nanti tak boleh naik ke Puncak. Yang kita ni terpinga-pinga "hah?".
Cepat-cepat bayar dan cepat-cepat naik kete, dan cepat-cepat gerak. Di atas jalan raya kenderaan bergerak laju seakan mahu berlumba. Tak kira la motor ke kereta ke. Dan di hadapan ada kereta polis dengan siren yang berbunyi. Pak supir ni nak memotong, dan dalam hati fikir "beraninya nak potong kereta polis??", tapi diisyaratkan oleh pemandu kereta polis tu "potong laa, potong laaa...".
Dan yes, dipotongnya kereta polis yang tengah berbunyi siren tuh. Dan ada riak bangga dan puas hati di wajah pak supir setelah berjaya memotong kereta polis tu. Gembira dia. Gelak besar! Dannn... sepanjang beberapa kilometer kereta polis tu di belakang kita semua...
Lepas tu, baru tahu cerita.
Kalau tak buat gitu tadi, kita semua akan stalled atas jalan raya untuk beberapa jam sebab jalan menuju Puncak akan ditutup. Katanya, weekend memang macam tu. Jadi kena rancang betul-betul supaya tak tersangkut. Patut la kat belakang kereta polis tu takde kete lain dah...
Jalan ke Puncak dan ke Bogor akan ditutup bergilir-gilir selama beberapa jam. So sekarang kita selamat. Esok? Harap-harap nasib masih menyebelahi. Heheheeh...
Phewww... first time! :D
Tea time. Singgah snacking kejap. Kat the highest spot di Puncak.
Cer baca menu dia. :D
![]() |
Yang kanan tu Poffertjes. Yang kiri tu Kopi limau kot! |
Dari atas ni nampak view ini... |
Dan ini.... |
Macam biasa, itinerary dah siap sejak sebelum trip lagi. Tapi macam biasa jugak, flexible bergantung kepada masa dan route. So untuk harini, sebelum ke hotel, kita singgah sini dulu. Telaga Warna.
Kecik bebeno signboard ye, kena tengok betul-betul sebb 2-3 kali jugak patah balik sebab asyik terlepas, dengan jalan berbelok-belok lagi. Lepas kali ketiga kot baru berjaya.
Asal namanya Telaga Warna; tapi tasik sebenarnya; sebab warnanya boleh bertukar-tukar. Konon ada kisah lagenda. Tapi sebenarnya sebab kewujudan tumbuhan akuatik yang banyak kat dalam tu.
Sampai sini dah agak petang. Jadi agak ragu-ragu apakah nanti telaganya akan berwarna? Atau kelabu asap aje? Tak masuk.. dah sampai.. Tiket masuk pun boleh tahan mahal. Takut tak berbaloi.
Lepas bargain-bargain ok lah kitorang masuk dengan tiket diskaun sebab dah petang. Dekat aje rupanya telaga tu dari pintu masuk.
Tapi memang betul lah kelabu asap. Takde warna pun. Tengok aje lah gambo-gambo di bawah.
Tapi situ ada monyet. Monyet banyak sampai rasa terancam pulak. Dah la bawak FattahC. And ada sekali tu GB mejerit kuat-kuat sebab keliling monyet dah berkerumun sambil tunjuk taring. Cis!
Sekejap aja kita semua keluar. Taknak lah kene gigit dengan monyet pulak, tak pasal-pasal jadik were-monkey kang!
Kat luar ni ada kebun teh, dan sambil-sambil ambil gambo, kita sembang sekejap dengan orang lokal yang rajin nak menegur. Kemudian gerak ke hotel.
Datura |
Kandang kambing tepi jalan |
Sini banyak orang Arab bukak kedai. Dan ramai jugak yang berkahwin dengan orang tempatan. Reason, sejuk. |
Menuju hotel |
Hotel Jayakarta, Cisarua, Puncak, Bogor.
Checked in. Makan. Solat. Mandi. Dan tidur. Esok bangun untuk hari yang surprising. ;)
Dan sempat jugak GB buat night photography dari balcony hotel sebelum tidur. Gigih tu sejuk-sejuk berselubung!
Hotel Jayakarta, Cisarua, Puncak, Bogor.
Bangun bersiap dan jalan-jalan sekitar hotel ambik angin sejuk dan ambik gambo munge sebelum isi perut. Sejuk lah. Best jugak sini.
Ada padang bola, and seawal pagi tu dah ada yang main bola. And maybe sebab weekend, boleh tahan ramai jugak orang kat sini.
Dari restoren boleh nampak view kampung macam ni. |
Dan macam ni |
Dan macam ni |
![]() |
Dan macam ni |
![]() |
Selection for breakfast |
![]() |
Ini namanya kacang Bogor. Khas Bogor nih, tak ada di tempat lain! Walau GB tak berapa makan kacang, tapi disebabkan khas, maka GB cuba! |
Ada satu hutan pinus ni kitorang nak pegi, cantik tempatnya. Tapi bila ditanya sama supir dia kata jauhhhhhh. Mana bisa. Nanti makan waktu. Lumayan jauh katanya. Maka, fine!
GB agak geram jugak asal tanya je jauh. Semua jauh. Tapi kita tanya in ther first place sebab dia kan orang sini, at kleast boleh la advise. Tapi advise yang kita dapat, tak boleh, jauh.
Jadi untuk menenangkan fikiran GB ajak stop sini jap. Kecik je spotnya, tapi boleh laaa. Ada sikit pokok pine, kat tepi jalan. GB dah aim dari semalam nak stop sini. But alhamdulillah not bad. OK laaa untuk ubatkan hati yang geram takleh pegi hutan pinus tu..
Cantik tak?
Cantik la kot, kan? Hahaha. Tapi takpe. We have surprises later on. Next entry.
To be continued...

sejuknya di Puncak
ReplyDeletePuncak tu sejuk nyaman. Best!!
DeleteApakah rasanya onchom itu?
ReplyDeleteBaguslah ada polis yang sengaja bungikan siren tapi surung kenderaan lain potong sebagai isyarat supaya semuanya bergerak cepat. :)
Eh... kenapa Pak Supir tu macam kerek je? Nak kena disuap ke?
Rasa dia pelik pelik mak, mcm masam2 kot tapi gb boleh terima. Heheh. Tapi yg experience berkejar takut jalan ditutup tu mmg terbaik lah mak! Pak supir tu bukan kerek.. dia cuma pelik sebab tamunya kali ini aneh. Sebab biasa org pi bogor akan ke taman bunga atau safari, tapi kita ke lain heheh.
DeleteCuma bab suap tu ye. Suapkan info jalan sebab dia tak tau jalan mana yg kitorang nak pegi! Hahaha
ape ni auntie.. mana gambo Fattah.. ��
ReplyDeleteErrr errr hahaha. Gambo Fattah kat entry lain yerrr lalala
Delete