Jumaat, 19/5/2017
Kamu bercuti di pulau.
Dan tak mahu layan benam mentari saat cuaca ingin bermesra dengan kamu?
Rugi laaa!
*
Pantai Tanjung Tinggi
Ok la, main-main aje. Dari KL lagi kitorang dah terbayang-bayang sunset di Pantai Tanjung Tinggi. Icon Pulau Belitung, selain rumah api Pulau Lengkuas. Cuaca cantik Alhamdulillah. Dan driver kitorang juga pandai bawak ke spot yang agak secluded tapi memang puas hati. Menelusuri batu-batu gergasi yang membawa fikiran berkelana, bagaimana batu sebesar ini boleh ada di pulau ini?
Ada orang berjualan. Gerai dan tempat-tempat makan sudah dibuka.
Kaum Cina ada ramai di Pulau Belitung ni. Sesuatu yang baru bagi mereka yang selalu ke Indonesia. Jangan tak tahu, Ahok itu asalnya orang Belitung okey..! Selain Cina, orang Melayu juga ramai di sini. Dengan loghat Melayu yang sangat nipis bahasa Indonesianya.
Dari celahan batu ini pun dah kelihatan limpah keemasan mentari senja yang hampir terbenam. Batu-batu ni memang besar, kalau nak tahu besar mana, cuba tengok gambar yang ada orang di sebelahnya. Dan yang menariknya, ada yang lagi besar dari ini!
Port baik. Agak secluded tapi masih ada orang. Beberapa orang, to be exact. Termasuk ada yang sedang memacakkan tripod. Untuk kakifoto, kehadiran kakifoto lain bagaikan satu perlumbaan untuk dapatkan spot terbaik untuk composition terbaik. Dengan harapan biarlah kakifoto yang lain tak nampak apa yang kita nampak. Kiasu. Hahaha!!!
Tapi takpe laa.. walau ada sikit tak puas hati ada orang lain masuk frame, kita ok. Jadikan constraint itu satu opportunity. We can't get rid of them, so we live with them! Eh??
Subhanallah.. segala perasaan muncul pada ketika ini. Betapa saat benam mentari itu memberi aura yang pelbagai, seiring warna-warna atmosfera yang bakal silih berganti dalam beberapa waktu cuma. Perasaan gembira bercampur hiba, perasaan ingin lari bersunyian bercampur perasaan ingin dilengkapi, entahlah. Bercampur baur.
Ke GB je yang macam tu? Sebab happy tengok sunset tapi pada masa yang sama geram sebab celop phone dalam air laut sampai rosak??
Apa pun, saat indah ini adalah anugerah dan rahmat dari Allah... :)
Dan selebihnya... I was quietly enjoying the moment...
Dan azan pun berkumandang...
*
Malam, kita singgah kedai souvenir kejap beli apa yang patut. Dan maka malam di Kong Djie Koffie lagi. Jalan kaki aje dari hotel. Sebelah hotel tu, ada hotel baru tengah under construction.
Dan tiba di Kong Djie, kita order lagi nasik goreng pedas mampus level 1 (masih pedas tapi takdelah sampai keluar air hidung tapi memang sedap macam semalam jugak!!) dan Roti bakar coklat keju. Gambo menu dan makanan GB cilok dari Elly. Sebab takde mood phone dah rosak. Hahah!
Sabtu, 20/5/2017
Pagi. Check out. Sarapan. Dan segera ke Bandara. Tapi sempat singgah kedai souvenir lagi yang bukak pagi-pagi buta. Kitorang takde la memborong sangat pun. Tengok-tengok pastu beli mana yang berkenan aje. Pastu sempat meninjau Kota Belitung di pagi Sabtu yang sunyi ni...
Bandara. Kecil tapi sibuk. Ramai orang mahu berpergian. Dan usai selesai segalanya, kita terbang kembali menuju Jakarta, dan teruja dengan keseronokan yang menanti di sana pula...
To be bersambung lagiiii....

huhu. pendeknya hal amaran dalam construction tu.
ReplyDeleteSubhanAllah...cantiknya gambar-gambar saat matahari melabuhkan tirainya...
ReplyDeleteIndahnya alam...suka sangat tengok sunset tu. walau tak dapat menyaksikan sendiri.
ReplyDeletecantiknya gamba2..dan indahnya pengalaman..
ReplyDeleterasa nak cepuk budak 3 org main bola dlm air masa sunset hahahahaha
ReplyDeleteTak tipu... Serius tak.
ReplyDeleteSunset dia... cantik banget!!
Lamanya akak tak ke Indonesia.
ReplyDeleteWoowww cantik2 foto...
ReplyDeleteCantik gambar dan sunsetnyaGB!
ReplyDeletePulau Belitung yang Laskar Pelangi tu kan haha
Terfikir jugak nak jejak belitung ni. Siapa yg suka nature suka la kot.
ReplyDeleteCantiknyaaa Belitung! Tak sangka secantik ni!!
ReplyDeleteYang kelakar, rokok pun masuk menu! hahahhaha