Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, October 30, 2017

Ada Siapa di Jakarta - Part 3 - Pulau Belitung (Tanjung Binga & Island Hopping)

Jumaat, 19/5/2017

Kampung Nelayan, Tanjung Binga

Orait!

Next, jom kita pi jalan kat kampung nelayan kat Tanjung Binga. Kampung ni unik sebab nampak tak... ada pelantar buluh tu...? Nampak kan?? So jom la kita jalan-jalan dan sembang-sembang dengan orang kampung!!! Cuma nya kan, GB ada baca before ke sana yang nelayan kat sini adalah dari keturunan Bugis, dan jangan pelik kalau mereka tak berapa warm kalau kita nak tanya-tanya dan ajak menyembang. Tapi alhamdulillah, masa kat sana bila kita tegur-tegur, kaum ibu nya mahu berbicara... kaum bapanya takde pulak kitorang tegur...

Nak jalan kat atas pelantar buluh ni kena hati-hati sebab buluh-buluh ni ada yang longgar. And buluh ni kan bulat-bulat...karang tergelincir kaki jatuh ke bawah kang naya je.  



















One thing pasal orang kat sini, diorang macam laid back, relaxed camtu.. like really cool tak reti rushing. GB cakap macam ni sebab, lepas dah pusing kampung nelayan, patah balik ke teksi, drivernya gak ada. Ke mana pulak...? 

Lama jugak cari-cari tak jumpa. Tanya orang-orang yang tengah lepak kat kedai kopi pun diorang macam tak berapa response. Bukan ignore, tapi diorang macam main-main bila kita tanya. Kita tanya, diorang usik kita balik. Huh!

Dalam 10-15 minit macam tu baru la driver kitorang muncul. Dah la panas... dengan nak pegi ke lain pulak lepas tu. Kitorang takde la rushing sangat, free and easy je sebab itinerary kitorang yang plan sendiri. Kita  flexible but facing this kind of things buat GB simpulkan sesuatu; patut la bila kita cakap nak ke sana, ke sini, ke situ dan ke sinun diorang asyik cakap jauh laa, tak sempat la... Padahal tak la seberapa pun (according to google map and research sana sini hehehe). 

Ok dah lah mengomel. Jom pi island hopping! 

*

Island Hopping

Belitung. Dan pulau-pulau sekitarnya. Mereka sinonim. Jadi kalau ke Belitung, at least sekali, mesti kena island hopping. Once it is done, ok puas hati. Next trip ke Belitung boleh fokus ke tempat lain pulak... yeayy!!! Ehhh dah plan for next Belitung trip??

Psst.. dah ada direct flight from KL so why not kan lalala!!!

Anyway, masa booking boat for island hopping, we were advised to book sekali dengan lunch. Fresh seafood. Katanya lebih murah dan berbaloi. Ok lorrr... on. And sebelum melompat ke atas boat, kita beli kelapa sorang sebijik boleh buat minum-minum kat pulau. 

How does it sound? Heheheh...

Tuuu... kelapa kitorang!

Tuuu... kitorang dan boat kitorang..!!

Cantik jernih airnyaa

Dah nampak batu besor-besor...!!

Dah nampak Pulau Lengkuas!!! Tu.. yang ada rumah api tuu!!!

Fattah C dan Ummi diaaa

Elly

Batu besor yang sangatttt besor!

Pulau Batu Berlayar

First stop kita. Apa yang menarik kat pulau ni? Batu besor. Tapak sulaiman. Batu yang ada cengkerang hidupan laut. Dan henpon GB yang tamat riwayat kat pulau ini lah! Huwaaa!

Dari jauh dah nampak betapa besarnya batu-batu kat pulau tu

Nampak kan betapa besar batu? Ada scale tu hehehe

The tapak sulaiman! Hidup  lagi ni

Sentuh jangan tak sentuh!!!

Tapak sulaiman yang sebesar muka GB. Sebenornya shortly after this ada orang marahkan kitorang sebab katanya tapak sulaiman tu nanti mati kalau lama sangat di udara. Tapiii.. kitorang angkat sekejap je...

Pusing pulau kejap. Taknak spend masa lama sangat kat sini..
Banyak sangat cengkerang-cengkerang kat batu tu!





Kisah di sebalik sea gulls ni. Time ni kat tangan GB ada pasir. Ada henpon yang baru tercelop dalam air. Dan ada kamera. Tapi takleh nak snap gambo seagull ni. Mana satu nak buat ni?? Endingnya kawan-kawan speku lah sendiri based on gambo ni hehehe


Masa ni phone belum rosak. Boleh la nak selpi kononnye


Tengah amik group selfie tetiba ada orang volunteer nak amikkan gambo. Hehehe

Close up batu-batu

Pulau Pasir

Sama macam GIli Pasir kat Lombok, pulau ni muncul masa air tengah surut je ye. Dan ye.. kitorang sampai masa pulau sedang timbul. Hahaha. Kecik je tapi penuh dgn orang dan boat.





Pulau Lengkuas

Dari jauh nampak rumah api di Pulau Lengkuas, dah terbayang-bayang nak panjat dan amik gambo dari atas. Pasti keren!! Tambahan pulak GB memang suka rumah api tapi tak pernah panjat, so kali ini memang laa rasa teruja sangat!

Fattah C  excited..!

Approaching...! Air turquoise tapi langit tak biru. Tapi still mesmerizing oh myyy tak sabar nak sampai nak panjat!!! 


Sampai sudah~

Rumah api. Ada satu perasaan menular dalam diri GB tiap kali GB tengok rumah api. Rasa maca deja-vu... :)

Sedikit info pasal rumah api. Gambo hasil shoot dari atas pun ada. Gila tak teruja??
Tapi, rupanya hajat nak panjat tak kesampaian la pulak. Dah ditutup! Sedihnyaaa!

Mampu dongak dari luar aje lah

Notis penutupan, sila baca sendiri~

Elly kecewa sangat sebab tak dapat naik!!!
Disebabkan tak dapat naik, kita belek rumah api ni puas-puas!

Decorative steel door dari luar

Dan ini bila mengintai ke dalam







Ok dah lah that's it. Enough with rumah api at the moment. We still have other islands to hop in. Tapi sebelum tu kita jalan-jalan dulu tengok apa lagi ada kat Pulau Lengkuas ni.

Dia banyak amik gambo kita, meh kita tembak gambo dia satu kali!!!

Dan dia tu? Tegak je tapi kita tetap amik gambo dia banyak kali!!!

GB, rumah api, dan kisah mereka yang hanya GB tahu. Heheheh

Ok, time to move. Bye Pulau Lengkuas! Bye rumah api! Thanks for being sooo nice to us!


Pulau Kepayang

Sebelum tinggalkan Pulau Lengkuas tadi, GB dah tercelupkan phone kat dalam air laut. Masin la jadinya. Selain masin, dia dah tak boleh di caj. Touch screen tak berfungsi. Dan apa pun tak boleh lah. Pendek kata rosak masuk air lah senang cerita! Hahaha!!!

Gelak-gelak jugak, dalam otak dah terpikir alahaiii kena cari fon baru lagiiiii!

Sekarang dah short satu mesin nak amik gambo. Harapkan kamera aje.

Anyway, perjalanan ke Pulau Kepayang pada mulanya aman, tapi makin lama makin dilambung rasanya. Terlambung-lambung dalam boat. Ombak kuat, angin kuat, awan pulak kelabu. Dan kitorang semua tak pakai life jacket!!! Mula-mula tu amik gambo juga, tapi last-last kamera kasi simpan dalam beg takut kene air laut, And at last kitorang pakat duduk kat atas lantai boat sebab takut tercampak keluar, sambil jeling satu sama lain sebab life jacket kat sebelah tuuu je tapi tak pakai!!!.

Driver boat tu (betul ke driver? Hahaha) cekap la bawak, dia tahu mana arus yang selamat atau tidak. Sebab dia relax je. Dia siap suruh kita-kita ni relax sama. Mana mungkin bisa...!








Dalam pucat-pucat muka, kita selamat sampai kat Pulau  Kepayang. Pulau ni happening sikit sebab ada tempat makan, cafe, musolla, toilet. Kat sini la kitorang akan makan lunch. Lauk-pauk akan dimasak oleh driver boat!

Musolla

Toilet, siap ada shower!





Ni makanan kitorang. Serius sedap semuanya!!

And kat sini boleh bancuh kopi sendiri. Kopi and teh, free flow. Tapi dengan syarat, pakai sudu yang digantung tu untuk cedok gula dan kacau gula dalam air. Hahaha!!

Kenyang?? Dah jom kite pegi pulau lain pulak~






Pulau Kelayang

Pulau ni dari jauh lagi memang dah memanggil-manggil sebab batu-batunya yang luar biasa besar dan cantik!





Nampak batu tenggek tu? Dan garisan-garisan yang terjadi disebabkan hakisan!




GB

Elly. Suzi and FattahC punya gambo taktau pegi mana hahaha!!!

Batu cantik dari jauh

Close up sikit



Close up lagi... Subhanallah... cantiknyaaaaa

Dan lagiiii... Di atas batu tu ada hidupan... :)

To be bersambung!

5 comments:

  1. batu2 dekat pulau kelayang tu memang unik :D

    ReplyDelete
  2. Cantiknya batu...jernihnya air...

    FattahC pun seronok sama... :)

    ReplyDelete
  3. kita ada byk shot kt tg binga masa pakcik angkat kayu dari angkat sampai dia hempas, ngan mbak yang jemur ikan tu, uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ilangggg
    juga gambar perahu kolek
    cantiknya gambar spider tu kan
    hahahaha sea gulls punya moment tu mmg lawak, abis semua berterabur kahkahkah
    budak yang tak dpt naik rumah api tu, itamnya kulit dia weiiiii
    astaga

    ReplyDelete
  4. wah .. sungguh menarik. mekasih kongsi banyak gambar .. uncle rasa macam pergi sendiri.

    ReplyDelete
  5. eh dah ada flight direct ke Belitung ye dari KL? serius baru tahu lepas baca blog gB ni.... Hi FattahC lama tidak ketemu

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D