Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, October 7, 2017

Ada Siapa di Jakarta - Part 1 - Pulau Belitung

Khamis, 18/5/2017

*

Kaki movie, atau kaki observe masa tengok movie, atau dalam kes ini, GB, pasti akan meloncat-loncat kegatalan kaki bila tengok spot cantik dan best dalam movie. Lepas first time tengok Laskar Pelangi dulu, dah terbayang betapa bestnya kalau diri sendiri pun ada kat situ. Pantai jernih pasir putih dan batu-batu besar terdampar...best kot!

And off we went!

The Departure 

Frankly, malam sebelum ke KLIA2 tu GB tak tidur langsung. Pulang dari ofis jam 1 lebih kot atas sebab-sebab yang GB dah masak sangat dan geng travel ni pun dah biasa. I mean ini kerja yang GB tak boleh nak bawak ke airport dan buat masa tunggu nak boarding (ehehehe macam selalu buat je kan lalala). Kalau boleh, awal-awal lagi GB dah balik tidur hehehe.

Balik umah setelkan packing barang, double check bagai, and kul 3.30am dah keluar. Flight pagi-pagi buta tuh. And hujan lebat pulak tu. Jumpa geng travel kat airport and setelkan apa yang patut dan sempat la GB tidur jap masa tunggu nak boarding... mata dah layu dah.

Hujannnn

Selpie sikit. Cak! Nampak tak mata merah macam errrrr....
Tu baju rembat tudung rembat mana yang sempat je.
Tudung betulkan kat airport, muka kasi bedak lepas solat.
Kalo idak udah rupa mak lampir nak terbang ke Jakarta!
Flight ada sikit delayed sebab hujan sangat lebat. Agak seriau jugak sebenarnya memikirkan time nak take off dan nak lalu kat awan tebal nanti. Tapi macam biasa, kita betulkan niat travel kerana Allah dan baca doa naik kenderaan, selawat dan mengucap banyak-banyak semoga Allah berkati dan selamatkan.

Hujan lebat, maka flight delay sikit

Dah slow sikit... boleh gerak dah!
Right after take off, lepas dah gegor-gegor dengan hebatnya time langgar awan kelabu yang tebal tu, GB sambung tidur. Sampailah terjaga bila dah terbau makanan. Eloklah. Perut pun dah lapar. Dan cuaca dah cantik. Tengok luar nampak tuuuu... pelangiiiii... :D



Satu benda pasal AirAsia ni, makan dia sedap. Memang la kena beli, tapi murah aje la kalau nak compare harga makan kat Taman Tun. Hahaha!! So everytime flight GB akan cuba menu yang lain. But so far sedap aje lah semuanya.




Bulan siang di langit biru. Terus terimbau cerita Puteri Impian masa Puteri Nora tolak pinangan anak raja.

"Tengok tu..bulan siang..jarang diperhatikan tapi ia ada..sekejap lagi bila matahari terbit hilanglah ia.."

"Setiap manusia ada takdir masing-masing..kita tak boleh jadi orang lain..kalau tak kita akan tersesat.."

"Macam bulan..bulan tak boleh jadi matahari..tapi bulan gemilang di waktu malam..tak semua orang boleh jadi putera raja..dan tak semua orang boleh jadi gadis kilang.."

Deep tak? Okefainnn GB memang banyak berangan! Kalau tak takkan la jadi all time favourite movie tu! Hahaha!


  
Udah tiba. Alhamdulillah.


The Arival - Bandara Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia


Gb dan geng travel (siapa ek???) tunggu jap sementara nak lepaskan orang lain turun dulu. Sambil tu tengok la workers kat bawah remove all the luggage. Sambil mengomel pasal cuaca dan masalah negara. Tup tup kene tegur dengan mamat steward...;

"Cik, nak patah balik ke KL ke?"

Rupanya dalam tu dah kosong! Cepatnya!!! Kitorang sambil tersengih-sengih angkat beg dan turun. Menanti geng travel lain yang berlepas dari KLIA. 

Yerrr... kitorang naik separate flight yer... Hehehe...



Tadaaaa...

Geng travel from KLIA dah sampai. Suzie and FattahC! GB dan Elly dari KLIA2. 

Dan yang depannn sekali tu siapa pulak?? Ekhem!

Ini la Irvan, seorang kawan lama. Orang Bandung. Tapi kerja kat Jakarta. Landscape Architect jugak. Tapi dia kebetulan kerja kat Bandara Soekarno Hatta tu. Dia datang greet dan bawak makan dan tunjuk mana terminal nak naik flight ke Belitung pulak! Thanks Irvan!  


Walau tadi baru makan, GB order ni. Nak rasa. Soto Betawi nih. Sedap jugak!


And lepas dah setel solat and urusan FattahC, kite tunggu ajelah next flight ke Belitung. We took Sriwijaya Air yang tiketnya dah beli awal-awal lagi online.



Dalam flight dalam makanan lagi. Simpan untuk dinner or snacking bila bosan.




Flight ke Belitung from Jakarta adalah satu jam. Cuaca? Panas!!! GB dah bayangkan akan merentung kat situ kalau tak sapu sunblock banyak-banyak. Tapi FattahC? Steady je dia. Auntie-auntie ni yang risau lebih. 


H.A.S. Hanandjoeddin International Airport, Tanjung Pandan, Bangka-Belitung

Merupakan bandara utama di sini. Dulunya dikenali dengan nama Buluh Tumbang International Airport. Time kitorang pergi dulu direct flight from KL takde. Tapi kan, sekarang kan... dengar-dengarnya macam dah ada. Cuba kawan-kawan cek tengok? 



Kita dah book taxi from the airport to hotel. Tapi sebelum sampai hotel, nak menyinggah dulu. Singgah mana? Tunggu yerrr next entry!


6 comments:

  1. Agak-agaknya berapa bulan lagi mak kena tunggu untuk baca sambungannya? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Pedih betul gb baca mak. 不不不

      Delete
  2. assalam GB ..ingat Fattah A , rupanya Fattah C

    ReplyDelete
  3. berjalan je kerjanya!!

    (ayat dengki)

    ReplyDelete
  4. apa nih apa nih??? mana lagi kisah selanjut nya???
    tak puas hati laa baca blog tak sampai 3 minit...

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D