Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, October 14, 2017

Ada Siapa di Jakarta - Part 2 - Pulau Belitung (Danau Kaolin, Kong Djie Koffie, Kubu Air)

Khamis, 18/5/2017
Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia

*

Sebenarnya teksi yang kita book tu akan bawak kita straight dari bandara ke hotel. Tapi GB dah cek, on the way tu ada Danau Kaolin memang letaknya tengah-tengah antara bandara dan hotel. Sebab dah alang-alang kan. Makanya esok-esok tak payah la patah balik ke sini lagi.

Zaman-zaman Google Map ni segalanya bisa aja insyaAllah.. hehehe.

Disebabkan tu teksi yang pada awalnya flat rate dah bertukar jadi teksi bermeter. Ini suatu yang tak diterangkan awal-awal kepada GB masa booking online tu. Padahal dah cakap ke owner kite nak menyinggah dulu before ke hotel. Tapi bila baca balik ramai suggest teksi bermeter sebab diorang cakap rate lagi murah compared tu sewa ikut jam. Mmm... ok. 

Tapi tau ajelah kitorang ni kalau menyinggah berapa lama kannn? Hehehehe~

Nak tanya pasal beberapa tempat dalam list of itinerary ni pun, drivernya tak tau sangat. Cuma katanya, jauh. Situ jauh. Sana jauh. Abis mana yang dekat? Ishhh... 

Danau Kaolin

Anyway, pasal Danau Kaolin ni. Cantik, pasir putih dan air biru. Cuma sayang sikit sebab tempat ni berpagar. Dan satu lagi sampai time dah nak sunset. Jadi pasir putih tu jadi kuning-kuning. Kalau masa siang tengah hari pasti lain efeknya.

Dan satu lagi, GB rasa ada spot lain untuk view Danau Kaolin ni. Tapi drivernya asyik cakap takde yang lain, ini aja. Ingat GB nak percaya? Besar kot tasik ni, dari atas flight pun boleh nampak. Mustahil lah satu aje access dia.

Nak memandai-mandai kang, tempat orang pulak. Hahaha!!!

Apa pun, walau GB tak 100% puas hati dengan apa yang kita semua lihat, tempat ni memang cantik! :D

Oh ye, tak tau kaolin tu apa? Sila la Google ngeeheeheee~

Lombong ni sebenarnya~

Takpelah pasir jadi kuning pun, kita boleh divert ke another details pulak~

Curam jugak tebing ke arah tasik tu

Kalau boleh jalan atas batas pasir tu kan best!!! Hehehehe~

Ok la fine, sebab bahaya maka diorang pagarin. Biasalah degil kepala batu, yang dilarang yang itu la nak dibuat. Hehehehe~

Teka. Which is which? :D

Cubaan selpi dari seorang yang memang fail bab selpi!
 


Sebaik sahaja mahe bergerak, nampak ini pulak. How I loveeee to spend more time for this but tak boleh, dah nak gelap dah. Nak kejar sunset kononnya nih!!
Taxi driver cakap, dari Danau Kaolin ke hotel tu dah tak jauh dah. So kitorang dah teruja untuk tembak sunset. Tengok dalam web pun hotel ni tepi pantai and ada port boleh tengok sunset. Excited tak? Excited tak??

Hotel Bunga Pantai

Lepas check in, cari pantai. Mana pantai? Mana??

Rupanya jauhhhhh ok hotel tu dari Pantai! Hahahaha sabo je la. Takpe, jauh takde hal. Masih sempat untuk sunset. Tapi, boleh pulak takde access ke tepi pantai! Ok this time rasa nak gelak dah masing-masing. 

Sebenarnya dia macam ni tau... Pantai memang kat tepi tu je, tapi tak la dekat sangat. Boleh nampak. Tapi, nak ke tepi pantai takde akses! Boleh bayangkan tak? So amik je la gambo pastu balik hotel before pegi cari makan malam.

Tembak dengan lens panjang. Puas hati aje lah dengan composition yang dapat. Ini pun dah crop-crop ni, kalau tak kemain penuh semak samun masuk frame. Hehehe

Kawasan hotel. Dah gelap.
Kong Djie Koffie

Malamnya, jalan dalam 100 meter dari hotel dan ended up kat kedai kopi ni. Order nasi goreng pedas mampus level 1 dan kopi. Yes, malam pun malam lahhh.

Sebab, satu perkara pasal orang Belitung... mereka penggemar tegar kopi. Sangat tegar.  Tengok kat deco kedai pun macam emmmm kopi sesaja! Tapi kopinya kurang keras. Keras lagi kopi kampung cap Raga.

GB pun suka kopi, tapi ada waktunya pantang jugak atas beberapa sebab. Tapi kalau travel pantang sila kelaut! Hahaha!

Dan nasi gorengnya? Pedas mampus level 1, masih pedas, tapi sedap sangat!!!!

(Dalam menu memang itu nama dia: Nasi goreng pedas mampus! Gambo menu takde pulak...)






Nindiaaaa nasik goreng pedas mampus level 1!!! Esok nak try level 3 pulak! Hahaha!!!
Jumaat, 19/5/2017

Harini kita nak jalan-jalan pulau. Kereta sewa dah book, kita amik sehari. Bayarannya tak ingat. Nanti GB update. So bila dah sewa macam ni, senang sikit nak menyinggah sana sini. And ada aktiviti island hopping jugakkk! Bot makan segala dah book. Senang hidup! Hahaha 

Hotel Bunga Pantai. Siang

Breakfast ada yaaa!
Tepat kul 7.30 teksi kita sudah tunggu. Dah cakap ke dia ke mana kita akan pergi pada hari tu. Tapi ada yang tak sempat nak pegi sebab katanya jauhh. Asyik jauhhhh jaaaa. Bila mintak suggestions tak dapat pulak nak suggest. Sebab katanya dia asal dari Lombok. 

Adehhh!

Dalam geram-geram tu kitorang semua nampak sesuatu. Kat sini. Terus mintak stop nak menjelajah!

Kubu Air


Jambatan Kubu Air

Senang cerita, kawasan ni kawasan nelayan dan ada perusahaan membuat bot dan kapal. Menarik jugak. Jomlah pusing-pusing!


 


GB


Elly


CPL & FattahC
Dari jambatan pulak boleh nampak view macam ni. Tapi kan, GB tercame across satu berita. Ada waktunya ada event akan dianjurkan kat kawasan ni and nampaknya macam sangat menarik!!! Nak try for future luck? Boleh sajaaa!

Link berita tu kat sini!




Ok. Next stop please!

Saturday, October 7, 2017

Ada Siapa di Jakarta - Part 1 - Pulau Belitung

Khamis, 18/5/2017

*

Kaki movie, atau kaki observe masa tengok movie, atau dalam kes ini, GB, pasti akan meloncat-loncat kegatalan kaki bila tengok spot cantik dan best dalam movie. Lepas first time tengok Laskar Pelangi dulu, dah terbayang betapa bestnya kalau diri sendiri pun ada kat situ. Pantai jernih pasir putih dan batu-batu besar terdampar...best kot!

And off we went!

The Departure 

Frankly, malam sebelum ke KLIA2 tu GB tak tidur langsung. Pulang dari ofis jam 1 lebih kot atas sebab-sebab yang GB dah masak sangat dan geng travel ni pun dah biasa. I mean ini kerja yang GB tak boleh nak bawak ke airport dan buat masa tunggu nak boarding (ehehehe macam selalu buat je kan lalala). Kalau boleh, awal-awal lagi GB dah balik tidur hehehe.

Balik umah setelkan packing barang, double check bagai, and kul 3.30am dah keluar. Flight pagi-pagi buta tuh. And hujan lebat pulak tu. Jumpa geng travel kat airport and setelkan apa yang patut dan sempat la GB tidur jap masa tunggu nak boarding... mata dah layu dah.

Hujannnn

Selpie sikit. Cak! Nampak tak mata merah macam errrrr....
Tu baju rembat tudung rembat mana yang sempat je.
Tudung betulkan kat airport, muka kasi bedak lepas solat.
Kalo idak udah rupa mak lampir nak terbang ke Jakarta!
Flight ada sikit delayed sebab hujan sangat lebat. Agak seriau jugak sebenarnya memikirkan time nak take off dan nak lalu kat awan tebal nanti. Tapi macam biasa, kita betulkan niat travel kerana Allah dan baca doa naik kenderaan, selawat dan mengucap banyak-banyak semoga Allah berkati dan selamatkan.

Hujan lebat, maka flight delay sikit

Dah slow sikit... boleh gerak dah!
Right after take off, lepas dah gegor-gegor dengan hebatnya time langgar awan kelabu yang tebal tu, GB sambung tidur. Sampailah terjaga bila dah terbau makanan. Eloklah. Perut pun dah lapar. Dan cuaca dah cantik. Tengok luar nampak tuuuu... pelangiiiii... :D



Satu benda pasal AirAsia ni, makan dia sedap. Memang la kena beli, tapi murah aje la kalau nak compare harga makan kat Taman Tun. Hahaha!! So everytime flight GB akan cuba menu yang lain. But so far sedap aje lah semuanya.




Bulan siang di langit biru. Terus terimbau cerita Puteri Impian masa Puteri Nora tolak pinangan anak raja.

"Tengok tu..bulan siang..jarang diperhatikan tapi ia ada..sekejap lagi bila matahari terbit hilanglah ia.."

"Setiap manusia ada takdir masing-masing..kita tak boleh jadi orang lain..kalau tak kita akan tersesat.."

"Macam bulan..bulan tak boleh jadi matahari..tapi bulan gemilang di waktu malam..tak semua orang boleh jadi putera raja..dan tak semua orang boleh jadi gadis kilang.."

Deep tak? Okefainnn GB memang banyak berangan! Kalau tak takkan la jadi all time favourite movie tu! Hahaha!


  
Udah tiba. Alhamdulillah.


The Arival - Bandara Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia


Gb dan geng travel (siapa ek???) tunggu jap sementara nak lepaskan orang lain turun dulu. Sambil tu tengok la workers kat bawah remove all the luggage. Sambil mengomel pasal cuaca dan masalah negara. Tup tup kene tegur dengan mamat steward...;

"Cik, nak patah balik ke KL ke?"

Rupanya dalam tu dah kosong! Cepatnya!!! Kitorang sambil tersengih-sengih angkat beg dan turun. Menanti geng travel lain yang berlepas dari KLIA. 

Yerrr... kitorang naik separate flight yer... Hehehe...



Tadaaaa...

Geng travel from KLIA dah sampai. Suzie and FattahC! GB dan Elly dari KLIA2. 

Dan yang depannn sekali tu siapa pulak?? Ekhem!

Ini la Irvan, seorang kawan lama. Orang Bandung. Tapi kerja kat Jakarta. Landscape Architect jugak. Tapi dia kebetulan kerja kat Bandara Soekarno Hatta tu. Dia datang greet dan bawak makan dan tunjuk mana terminal nak naik flight ke Belitung pulak! Thanks Irvan!  


Walau tadi baru makan, GB order ni. Nak rasa. Soto Betawi nih. Sedap jugak!


And lepas dah setel solat and urusan FattahC, kite tunggu ajelah next flight ke Belitung. We took Sriwijaya Air yang tiketnya dah beli awal-awal lagi online.



Dalam flight dalam makanan lagi. Simpan untuk dinner or snacking bila bosan.




Flight ke Belitung from Jakarta adalah satu jam. Cuaca? Panas!!! GB dah bayangkan akan merentung kat situ kalau tak sapu sunblock banyak-banyak. Tapi FattahC? Steady je dia. Auntie-auntie ni yang risau lebih. 


H.A.S. Hanandjoeddin International Airport, Tanjung Pandan, Bangka-Belitung

Merupakan bandara utama di sini. Dulunya dikenali dengan nama Buluh Tumbang International Airport. Time kitorang pergi dulu direct flight from KL takde. Tapi kan, sekarang kan... dengar-dengarnya macam dah ada. Cuba kawan-kawan cek tengok? 



Kita dah book taxi from the airport to hotel. Tapi sebelum sampai hotel, nak menyinggah dulu. Singgah mana? Tunggu yerrr next entry!